Apa istimewa Shah Rukh Khan dapat Datuk?

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meluahkan rasa pelik dan rakyat perlu mengetahui apakah asas dan kewajaran penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran “Datuk” kepada superstar bollywood, Shah Rukh Khan.

“Kebiasaannya setiap penganugerahan diberikan kepada individu yang banyak berjasa dan banyak menyumbang kepada pembangunan negara atau kepada tokoh-tokoh tertentu.

“Apa jasa Shah Rukh Khan kepada Malaysia dan negeri Melaka, kita nak tahu juga apa asasnya sehingga dia layak menerima anugerah tersebut,” katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Salahuddin berkata demikian mengulas pengiktirafan yang diberikankan kepada Shah Rukh Khan sebagai antara 758 penerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke 70 semalam.

Difahamkan penganugerahan diberi kerana kemasyhurannya dan popularitinya dikalangan peminat di Malaysia dan Melaka?

4 Respons

  1. […] to get Datukship because they are also promoting our country in many perspectives. So whats so special about Shah Rukh Khan? I don’t know what to say but I think there are many people out there […]

  2. Assalam mu alaikum wr wbt.
    Negeri Melaka dan pemimpinnya dah hilang fokus. Tak kenal mana kaca dan mana permata. Insan bernilai permata dari standard malaysia sahaja yang patut dapat datuk. Ramai lagi yang berjasa. Polis ramai yang berjasa, Askar ramai yang berjasa, Pegawai Tadbir ramai yang berjasa. Guru guru paling ramai yang berjasa, pengarah pelajarannya, tuan PPDnya, Pengetua sekolahnya, Guru besarnya. Apa tak cukup ke jasa mereka. Kecil ke jasa mereka. Siapa yang mendidik Ketua menterinya, exconya, TYT Yang Di Pertua Melaka? kan ke guru-guru.
    Ketua pembangkang pun berjasa juga, lebih besar jasanya daripada Shah Rukh Khan itu. Ini begi datuk ikut rasa saja. Ikut rasa binasa. Melaka oh melaka!!

  3. Dah sakit akal dah agaknye …

Tinggalkan komen