MP PAS Pokok Sena: Kewujudan tiga empat Hypermarket bermasalah kepada Peniaga Kecil

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini soal persaingan antara hypermarket dengan mini market dan juga kalau di kampung-kampung, kedai runcit biasalah dia tak sebut mini market pun, kedai barang biasa saja.

Saya melihat bahawa keupayaan untuk bersaing dengan hypermarket itu terlalu tinggi dan terlalu besar. Kemampuan dan keupayaan mini market dan juga kedai-kedai runcit biasa ini adalah sangat terhad.

Jadi apa yang berlaku hari ini ialah walaupun disebut tadi oleh Yang Berhormat mengatakan bahawa ada syarat-syarat tertentu keluasan, jarak daripada kawasan bandar dan sebagainya daripada jumlah kawasan taburan penduduk. Akan tetapi saya melihat bahawa hari ini di sesetengah tempat itu kewujudannya sampai tiga empat hypermarket.

Maknanya tidak menampakkan memenuhi syarat yang dikehendaki apa yang di sebut oleh Yang Berhormat tadi. Jadi ini memberikan satu tekanan yang kuat kepada peruncit-peruncit ataupun kepada
kedai-kedai biasa, kepada mini-mini market ini yang menyebabkan pembekal-pembekal barangan kepada mini market ini lebih banyak tertumpu untuk membekalkan barang kepada hypermarket.

Umpamanya pembekal-pembekal barang-barang basahan. Mereka akan lebih banyak memberikan bekalan kepada hypermarket kerana mereka melihat bahawa mereka sudah mendapat satu ketetapan harga umpamanya.

Jadi saya lihat bahawa di situ akan berlaku monopoli dan belum tentu kita akan mendapat satu kadar harga yang munasabah daripada hypermarket kerana suatu hari nanti oleh kerana semua orang membekalkan barangan kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan menentukan pada kadar harga yang lebih tinggi.

Jadi sukar bagi peruncit-peruncit kedai-kedai biasa ini untuk mendapat bekalan-bekalan khususnya kepada barang basahan. Jadi ini memberikan tekanan harga yang lebih melambung kepada pasaran yang lebih umum.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Pandangan Yang Berhormat tadi kita ambil kira tetapi dalam masa yang sama, Yang Berhormat kita memang memikirkan juga hal-hal yang berkaitan dengan prosperity dengan izin kedai-kedai kecil kita.

Dengan adanya hypermarket ini, mereka juga boleh meniaga bersama-sama seperti yang saya sebutkan tadi dan dari semasa ke semasa kita buat pemantauan harga supaya harga di hypermarket ini juga tidak melambung tinggi dan monopolies keadaan yang sedia ada seperti yang baru-baru ini.

Kelmarin dulu Yang Berhormat Menteri telah pun merasmikan bahawa penurunan harga barang yang dimulakan oleh sebuah supermarket di Kinrara dan pagi ini juga telah ada satu hypermarket yang menurunkan harga, prices.

Kelmarin dulu hypermarket itu ada 1,200 item ataupun barang-barang yang disenaraikan dikurangkan harga daripada harga dahulu dan kita akan memantau supaya peniaga-peniaga kecil kita akan juga bersama-sama dapat perniagaan yang bagi hak mereka. Sekian, terima kasih.

Soalan asal
Soalan No. 9 – Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah polisi kerajaan dalam menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa bersaing dengan Hypermarket seperti TESCO dan GIANT yang kesannya menyusutkan hasil jualan mereka.

Rujuk: Sesi Soalan Jawab Lisan 30 Oktober 2008

Tinggalkan komen