MP PAS Pokok Sena: Menteri akan usaha dapatkan jawapan secepat mungkin

PAMPASAN KEPADA LIMA BEKAS HAKIMTuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan soal ex gratia kepada hakim-hakim ini, saya pun agak hairan juga bagaimana Yang Berhormat Menteri kata dia tidak tahu berapa jumlah yang dibayar sebab bagi saya bahawa sudah tentu keputusan itu, berapa jumlah yang hendak dibayar mesti dibuat dalam Kabinet.

Tidak tahulah sama ada Yang Berhormat tertidur, terlena, wallahu ‘alam. Tetapi ini persoalan-persoalan, persetujuan dan keputusan Kabinet. Adakah keputusan Kabinet itu supaya setiap anggota Kabinet mesti merahsiakan jumlah pemberian yang diberikan kepada rakyat ini.

Jadi berterus-teranglah, kalau rahsia, rahsialah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita membuat keputusan untuk bersetuju supaya hakim-hakim yang berkenaan itu diberikan bayaran apa yang dianggap sebagai due to them. Itu keputusan dasar.

Dalam Jemaah Menteri kita selalu membuat keputusan dasar iaitu untuk membayar, tetapi detailnya kita tidak tahu berapa sebab pengiraan itu dibuat oleh pihak Setiausaha Kabinet, Bahagian Pencen, jadi saya tidak mahu dalam Dewan ini saya kena cakap betul, kalau saya tidak tahu saya cakap saya tidak tahu. Saya tidak boleh mengambil satu jumlah daripada angin dan mengatakan itu sebagai jawapan kerana saya akan menipu Dewan.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Boleh Yang Berhormat beri tempoh ataupun bawa jawapan itu secara terbuka di sini.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Oleh kerana desakan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tidak kira bukan sahaja daripada pihak pembangkang, daripada pihak kerajaan pun mereka ingin tahu berapa sebenarnya dibayar.

Saya telah menyemak dalam jawapan saya di sini tidak ada jawapan dan sebenarnya saya tidak tahu, tetapi saya akan usaha dan ikhtiar untuk mendapat jawapan secepat mungkin yang boleh. Tengoklah saya akan terpaksa menghubungi pejabat semula.

Rujuk: Pencelahan penggulungan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz, 29 Oktober 2008 ms 116

Tinggalkan komen