MP PAS Kuala Krai: Kenapa multivitamin tidak diteruskan di Sekolah Rendah?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada timbalan menteri. Saya ingin mengemukakan semula pertanyaan mengenai salah satu program yang dibuat di Tadika-tadika KEMAS yang akan menyediakan pemberian multivitamin kepada anak-anak pra-sekolah seramai 170,000 orang yang di bawah KEMAS, yang kita tidak diperjelaskan asas kenapa program tersebut akan diadakan.

Saya nak bertanya, sama ada program tersebut akan di panjangkan kepada anak-anak yang di bawah pengawasan Kementerian Pelajaran yang ada di annex sekolah-sekolah rendah tersebut. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Itu adalah merupakan agenda daripada pihak Tadika KEMAS di bawah kementerian yang lain. Kementerian Pelajaran tidak ada perancangan seumpama itu. Cuma kita pastikan bahawa dari segi mutu pemakanan anak-anak kita berkhasiat, dari segi kesihatan anak-anak.

Ini merupakan agenda-agenda di bawah Kementerian Pelajaran yakni perkara yang penting ialah dari segi pemakanan anak-anak kita seperti susu, bekalan yang berkhasiat, makanan seimbang. Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan asal
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah Tadika 6 tahun di sekolah yang dipenuhi oleh anak guru-guru sedangkan anak penduduk miskin tidak dapat memasuki kelas tersebut secara percuma.

RUJUKAN: Sesi soalan jawab lisan 29 Oktober 2008

Tinggalkan komen