MP PAS Kuala Selangor: Permasalahan bayaran …..banyak ligitasi bagi membantu Kontraktor

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dalam usaha untuk membantu kontraktor-kontraktor khususnya dalam suasana kegawatan ekonomi, salah satu masalah kontraktor Tuan Yang di-Pertua adalah permasalahan bayaran, delayed ataupun nonpayment. Terdapat banyak kes litigation atau ligitasi akibat daripada perkara-perkara ini.

Pada awal tahun ini, Masters Builders Association of Malaysia (MBAM) mengangkat isu tentang perlunya dipercepatkan Akta – Contructions Industry Payment And Education Act seperti mana yang wujud di negara-negara yang maju seperti UK, New Zealand, Singapura yang ada Building Construction Industries Securites of Payment 2004.

Tuan Yang di-Pertua, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri ke atas perkara ini kerana khususnya dalam menangani pembinaan yang lebih besar seperti koridorkoridor dan isu pembayaran bagi membantu kontraktor dari segi aliran tunai mereka.

Apakah perkara dan akta ini dapat dipercepatkan, khususnya juga sebagaimana yang dihadapi oleh subkontraktor kerana sedikit masa dahulu kerajaan membantu terus kepada subkontraktor. Jadi, soalan ini adalah cukup penting bagi membantu kontraktor dan juga subkontraktor dalam menghadapi kegawatan ekonomi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, kita memantau dari segi aliran tunai kerajaan pada setiap waktu untuk memastikan bayaran dibuat dengan cepat. Antara punca mengapa bayaran lewat berlaku adalah kerana dokumen yang sepatutnya diberi oleh kontraktor kepada kerajaan tidak menepati kehendak, itu yang lewat.

Biasanya dokumen yang memenuhi semua keperluan itu kita bayar dengan cepat. Di samping itu, di Kementerian Kewangan, kita ada Bahagian Kawalan dan Pemantauan yang mana saya percaya dari segi pembayaran lewat ini elok kita buat secara rasmi. Maknanya kita mempunyai satu unit aduan dari segi bayaran lewat dan kontraktor hendaklah membuat aduan di situ. Ia akan menjadi lebih mudah untuk kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dari segi pembayaran.

Soalan asal
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin [Papar] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan akan memberikan kepada 6,000 kontraktor kritikal yang terlibat menjayakan projek rakyat di bawah RMK-9 suntikan tambahan memandangkan harga bahan binaan dan harga minyak semakin naik sedangkan harga tender yang ditawarkan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

RUJUKAN: 29 Oktober 2008

Tinggalkan komen