MP PAS Kota Raja: Ingin tahu peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh Koridor

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin tahu peluang-pelaung pekerjaan yang akan diwujudkan oleh koridor-koridor ini. Berapa peratus untuk pekerja tempatan dan berapa peratus untuk pendatang pekerja daripada luar?

Tan Sri Amirsham A. Aziz: Memang kita hendak beri pelaung kepada pekerja tempatan dan seperti saya beritahu tadi, untuk tahun 2009, IRDA ataupun Iskandar Malaysia akan memberi peluang pekerjaan kepada 5000 pekerja jadi peluang ini harus dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.

Kita sepatutnya mendapat faedahnya. Jadi itu memang tujuan kita belanja itu untuk memberi keselesaan atau pendapatan untuk rakyat Malaysia. Itu memang dipastikan. Pelaburan dalam projek-projek yang diterajui sektor swasta merupakan komponen …

Tan Sri Amirsham A. Aziz: Can I sambung ini. Komponen utama pembangunan koridor pertumbuhan. Oleh itu bagi menyediakan iklim pelaburan yang kondusif, kerajaan akan terus menyediakan infrastruktur fizikal dan bukan fizikal bagi menarik dan memudahkan para pelabur beroperasi di kawasan koridor.

Program Promosi Koridor Pertumbuhan serta penyediaan pakej insentif dan dapat menarik kemasukan pelaburan tempatan dan asing ke kawasan koridor pertumbuhan terutamanya di Iskandar Malaysia sehingga 30 September 2008.

Nilai pelaburan yang telah diperoleh melalui perjanjian kontrak di seluruh koridor pertumbuhan berjumlah RM101 bilion. Sumber pelaburan ini adalah dari dalam dan luar negara.

Sebelum itu, Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan berkenaan kemajuan program koridor. Saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada Koridor Utara supaya Dewan yang mulia ini boleh mendapat jawapan yang jelas daripada Yang Berhormat Menteri.

Pada awal tadi saya bangkitkan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan pelaksanaan projek di bawah program koridor ini yang terpaksa ditangguhkan kerana melibatkan kos yang besar. Itu penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, lebih seminggu yang lepas.

Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bahawa kerjakerja awal telah pun dijalankan terhadap sejumlah projek di bawah program koridor ini.

Kedah misalnya, antara program besarnya ialah di bawah sub topik oil and gas, misalnya ada Zon Industri Petroleum Kota Perdana, Tanjung Dawai, Trans-Peninsular Petroleum Crude Oil, 300km Pipeline Project, Merapuh Resources 200,000 barrels per day oil refinery project, pristine oil storage facilities SKS Refinery dan segala macam. Saya boleh senaraikan banyak lagi.

Saya tidak nak sentuh yang Kelantan, Sabah, Sarawak atau Iskandar, yang saya sebut tadi Yang Berhormat menteri yang mana dah jalan dah? Itu yang pertama. Kedua, komitmen kerajaan dalam saya membaca pelan koridor ini, master plan dia ialah untuk mewujudkan iklim pelaburan yang sangat kondusif.

Sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa di Kedah sekarang satu kawasan Technology Park, Kulim yang sudah pun memasuki fasa keempat dan geran pembangunannya daripada Kerajaan Persekutuan tetapi fasa keempat yang sedang berjalan rancak sekarang ini satu sen pun daripada peruntukan geran pembangunan Kerajaan Pusat tidak turun lagi.

Ini sudah tentu bercanggah dengan komitmen mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif khusus untuk koridor utara. Dua perkara saya bangkitkan, mohon minta penjelasan. Tan Sri Amirsham A. Aziz: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana soalan itu.

Seperti saya katakan tadi di koridor utara, komitmen ataupun peruntukan untuk perbelanjaan awalan dari segi NCIA adalah hanya RM45 juta. Itu kebanyakan diguna sekarang ini untuk pelanpelan sistem pengaliran di MADA. Nanti saya akan perjelaskan, ada persoalan berkenaan dengan MADA, yang lain-lain itu kita masih lagi menunggu komitmen daripada syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan perniagaan-perniagaan ataupun untuk membuat pelaburan-pelaburan di NCIA.

Di Perbadanan NCIA tetap memberi tumpuan untuk menarik pelabur-pelabur ke NCIA. Dari segi Kulim Technology Park, ada perbincangan untuk dapat meningkatkan lagi efficiency technology park itu. Keputusan itu masih lagi belum dibuat, sekarang ini di peringkat perbincangan di peringkat Cabinet Committee.

Ini satu perkara yang tetap akan memberi penekanan untuk menarik pelaburan asing walaupun mereka ada pelaburan ini akan diadakan di Kedah atau di Kulim Technology Park, tiada perbezaan di mana pelaburan yang akan ditarik, mana yang pelabur dapat memberi tumpuan untuk mendapat pelaburan kita akan beri sokongan dari segi itu.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Menteri, saya mohon sedikit lagi celahan. Berkenaan dengan Kulim Technology Park. Isunya ialah, sekarang sudah masuk fasa keempat, fasa satu, dua, tiga cukup berjaya kerana prinsipal aktivitinya ialah dia buka prasarana pelaburan. So, pelabur datang tetapi apabila masuk fasa keempat yang sedang rancak berjalan, geran pembangunan daripada Kerajaan Pusat yang biasanya disalurkan kepada SEDC itu tidak sampai, satu sen pun belum sampai.

Rundingan antara Kerajaan Negeri khususnya Presiden Taman Teknologi dengan kementerian terbabit telah pun berjalan. Diberitahu di peringkat pegawai-pegawai tinggi, Ketua Setiausaha dan sebagainya tiada masalah tetapi sampai sekarang belum satu sen pun sampai kontraktor menggelupur, kerja berjalan kerja tidak dapat bayar kerana kegagalan menjelaskan komitmen dari segi geran pembangunan oleh Kerajaan Pusat untuk program ini.

Tan Sri Amirsham A. Aziz: Okey, saya ambil perhatian tentang ulasan dan dapat saya mengambil tindakan yang seterus supaya dapat pelaksanaan itu dijalankan dengan baik..

Rujukan: Pencelahan Penggulungan menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A. Aziz, 29 Oktober 2008, ms 191-193

Tinggalkan komen