MP PKR Machang: KM Sarawak guna deretan Rolls Royce, Timbalan KM guna BMW 7 Series, Apa pandangan YB…

19 Februari 2009
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolah-olah itu benda yang cukup besarlah.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat. Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Di hadapan saya yang akan saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek-projek besar.

Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat….

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya faham sudah tu soalan itu.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: …Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Bolehkah kita mengambil satu pendirian itu …..
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Biar cikgu jawab anak murid… [Ketawa]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sila terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sebab itu Tuan Yang di-Pertua apa pun saya tidak setuju. Saya sebenarnya sebab itu saya kata saya tidak setuju apabila Ketua Menteri kah, Menteri Besar kah jadikan kereta peribadi sebagai kereta rasmi termasuklah di Selangor itu.

Apa fasal kereta peribadi hendak jadikan kereta rasmi? Ini yang kita kata nanti. Silap-silap wang kerajaan untuk kegunaan maintenance kereta peribadi yang dikatakan kereta rasmi. Lebih buruk lagi kalau rumah sendiri jadi rumah rasmi. Habis kerosakan pijat dan anai-anai semua guna duit, dana kerajaan untuk baik pulih. Ini bahaya sebab memberi ruang. Bab ini, saya tidak ada kompromi, saya setuju iaitu bahawa kalau kereta peribadi menjadi kereta rasmi, memang tidak boleh. Tidak boleh dibiarkan sebab itu kalau kita marah orang lain buat, kita pun jangan buat. Akan tetapi, isunya apa? Termasuklah runding terus yang disebutkan tadi.

Isunya ialah memang ada perakuan tetapi apabila kita tidak ikut peraturan, maka ini jadinya. Oleh sebab itulah apabila kerajaan mewujudkan SPRM, kita kena komited, sebab itu apabila saya menyebut soal ‘taring’ tadi, soal pegawai penyiasat tadi ada kredibiliti atau tidak ada kredibiliti. Akan tetapi sekiranya takut juga, maka itu yang kita bahaya. Apa yang kita bimbang negara kita menjadi negara envelope, negara sampul surat. Diputuskan oleh sampul surat yang sudah putus, tidak dibatalkan keputusan tersebut. Ini yang menjadi masalah sebenarnya.

Jadi, oleh kerana itulah, saya menyokong sebenarnya apabila SPRM ini memohon supaya gaji kakitangannya dinaikkan sekurang-kurangnya 30% lebih tinggi daripada kakitangan awam yang lain sebab kehidupan mereka juga seperti hakim yang tidak boleh terdedah kepada awam dan tidak boleh bercampur secara bebas dan sebagainya.

Oleh kerana itulah supaya tidak berlaku apa yang disebut sebagai kehilangan kakitangan yang berpengalaman, yang sudah lama ini, masuk ke sektor swasta kerana adanya tawaran-tawaran yang lebih baik, maka kita kehilangan mereka yang lebih berpengalaman ini untuk terus memantapkan integriti SPRM ini. Ya.

[Ahli Parlimen Machang mencelah ucapan MP BN Batu Pahat pada 19 Februari 2009]

Tinggalkan komen