Usul bincang Ketua Polis Negara ditolak, MP Pakatan Keluar Dewan

Usul-Usul Dewan Rakyat 16 Mac 2010

Cadangan usul membincangkan/ membahaskan tindakan Ketua Polis Negara yang dikemukakan MP PAS Tumpat ditolak oleh Speaker

– Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ [ 16 Mac 2010 ]

Tinggalkan komen