Perjuangan lebih penting daripada parti – Salahuddin

Majlis Prihatin Malaysia (Prima) bersama Dr M pada 15 Ogos 2007

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub mengalu-alukan ucapan yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir kepada para bloggers di Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Dr M - 15 Ogos 2007 “Segala ucapan yang disampaikan oleh Dr Mahathir hari ini akan dibongkarkan selanjutnya pada sidang Dewan Rakyat akan datang bermula pada 27 Ogos nanti,” kata Salahuddin kepada media selepas majlis tersebut.

Antara isu yang dikemukakan oleh Dr Mahathir adalah isu rasuah, jenayah, salahguna kuasa yang memperlihatkan Malaysia diambang bahaya (Malaysia in Jeopardy).

Salahuddin menyifatkan bahawa kenyataan Dr Mahathir jelas membuka ruang kepada rakyat supaya menilai semula kepimpinan negara yang ada hari ini.

Katanya dengan segala kelemahan dan kebobrokan pentadbiran yang dikuasai anak menantu Perdana Menteri, beliau mahu rakyat bersatu menolak kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga menghulur tangan kepada Dr Mahathir atas nama Pemuda PAS untuk memberi kerjasama dalam mempertahankan hak agama, bangsa dan negara yang kini telah dirosakkan oleh kepimpinan negara yang ada hari ini.

Lebih 200 para bloggers hadir. Turut kelihatan dalam majlis tersebut Raja Petra (Laman Malaysia-today) Rocky Bru, Zaharin Mohd Yassin (Sang Kelembai – yang telah dipecat dari Umno), Dato Ruhanie Ahmad (Kuda Kepang), Dato Ibrahim Ali dan lain-lain.

Mohd Sayuti Omar yang mengggelarkan Dr M dalam bukunya sebagai Mahafiraun pun turut hadir.

Pemimpin-pemimpin politik lain yang turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Haji Omar, Ronald Liew (DAP), pemimpin Umno tidak kelihatan.

Khidmat merawat pesakit antara tanggungjawab Ahli Parlimen Pendang

Tugas seorang wakil rakyat bukan sekadar membahas rang undang-undang dan membawa permasalahan rakyat di Parlimen, tetapi turut juga menziarahi pesakit baik di hospital maupun di rumah.
merawat warga emas secara percuma Bagi seorang wakil rakyat yang mempunyai kemahiran kedoktoran, maka merawat pesakit adalah salah satu lagi tugas tambahan beliau, bukan sekadar melawat atau menziarahi.

Begitulah tanggungjawab tambahan sebagai Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati yang juga sebagai pegawai perubatan merawat pesakit warga emas yang terlantar sakit, tidak dapat makan dan minum dengan sempurna telah mendapat rawatan ‘intra venous drip’ daripada Ahli Parlimen.

Pesakit yang dirawati berusia lebih 90 tahun, dari Kpg Banggol Besi, Pendang.