Dato Halim: ‘Spiritual strenght’ penting dalam Pembangunan Sumber Manusia

Ucapan Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembangunan Sumber Manusia (Pindaan) 2007 pada 29 Ogos 2007.

Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat tertarik dengan ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu yang membuatkan saya rasa nak bercakap pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau tak ada Yang Berhormat tapi nak bercakap, bercakaplah fikir apa yang nak cakap.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Fikir, dah ada dalam fikiran itu. Dalam pembangunan sumber manusia ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa dari perspektif Islam. Saya rasa dari segi perspektif Islam pun tidak jauh bezanya dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Terengganu.

Apabila kita membicarakan tentang pembangunan sumber manusia, pokoknya kita nak membangunkan manusia itu sendiri. Manusia inilah yang menjadi ejen yang boleh menentukan kebaikan, keuntungan, keburukan, kejahatan dan sebagainya. Sebab itu Allah sebut dalam satu
ayat Al-Quran [Membaca sepotong ayat Al-Quran], berlakunya kerosakan di atas muka bumi sama ada di darat di laut ialah hasil perbuatan manusia.

Tangan manusia ini yang menentukan sama ada masyarakat itu baik, kilang itu baik, company itu menjadi baik, produktif ataupun inovatif ataupun sebaliknya. Manusia itu sendiri, apabila kita membincangkan soal ini, di sana ada empat faktor.

Yang Berhormat Menteri, empat faktor mengikut Islamic prospect ataupun event. Satunya dipanggil spiritual strength. Spiritual strength. Ini sangat penting itu letak nombor satu. Kalau tidak ada kekuatan spiritual pada dalam apa yang berlaku ini dia merupakan satu surface sahaja. Sebab itu spiritual strength ini sangat penting. Mesti ada syllabus nya. Sama ada swasta hendak latih ataupun hendak mengadakan sekolah latihan ke, kelab latihan ke, kelas latihan, mesti ada masukkan di sini satu daripada syllabus nya ialah unsur-unsur nilai murni yang kuat. Ini penting.

Apabila ini berlaku, pekerja itu merasa bertanggungjawab, dia dengan sendirinya mudah mendisiplinkan. Dia merasa dia tidak boleh, tidak mari lewat. Kalau dia mari pukul lapan dia merasa satu tekanan jiwa dia mesti buat. Dia merasa berdosa. Ini bukan masalah skil, masalah dalaman. Kalau dia, katalah keluar pergi makan, dia ambil masa yang secukupnya untuk makan. Dia tidak leka, tidak ponteng. Di pejabat, dia buat apa yang excellent. Ini dia menjaga harta company itu sendiri seperti mana harta dia sendiri. Ini perlu kepada kekuatan dalaman ataupun spiritual strength yang disebut dalam Islam sebagai akidah.

Yang kedua, itulah yang diistilahkan sebagai high touch oleh Kuala Terengganu tadi. Yang keduanya iaitulah akademik ataupun knowledge. Apabila kita hendak melatih sesuatupelatih, mestilah kita fokus kepada apa yang hendak dilatih. Kalau company ini merupakanelectricity dia mestilah knowledge tentang electricity itu tinggi. Mempunyai basic knowledge.Knowledge nya sangat tinggi. Ini berlaku.

Saya tengok dalam Kementerian Pertanian, pelatihpelatih dalam bahagian pertanian diberi latihan dua tahun untuk menjadi pelatih pertanian. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Assalamualaikum ustaz. Ustaz.

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Guru, begitu juga dua tahun.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Assalamualaikum ustaz.
Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Jerai, Jerai.
Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Silakan.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat walaupun di peringkat mana, tetapi Yang Berhormat dan kita membentuk manusia, adakah Yang Berhormat bersetuju
bahawa pembentukan kelakuan manusia, mental manusia itu sebenarnya adalah di dalam perut ibunya itu sendiri, sudah boleh kita membentuk anak yang akan dilahirkan itu dan pembentukan itu dapat kita buat secara teratur dan tersusun dengan sistem pelajaran yang ada.

Jadi apabila mereka ini memegang sesuatu jawatan, mereka ini pendidikan mereka itu, pembentukan mereka itu daripada kecil daripada perut ibu sampailah dia besar dia akan jadi baik. Kadang-kadang ini tidak dilakukan oleh keluarga dan akhirnya kerajaan terpaksa mengambil alih untuk membentuk modal insan negara kita akan datang. Jadi contohnya kalau dadah hari ini, kerana kegagalan keluarga membendung dan menjaga anak-anak mereka, akhirnya rakyat kena keluar duit untuk menyelamatkan mereka-mereka ini daripada gejala dadah.

Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya bukan spiritual yang Yang Berhormat kata tadi tetapi daripada dalam perut ibu, kandungan ibu itu kita boleh dah bentuk dengan kelakuan ibu bapa itu. Kadang-kadang anak pun buat perangai macam itulah bila di keluar mari ke dunia. Jadi macam mana Yang Berhormat? [Ketawa]

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Persoalan itu betul tetapi ia lebih dekat dalam kita bercakap dari segi pembentukan keluarga. [Ketawa]. Jadi kementerian, saya hendak cakap dari segi ini tetapi bukan sekarang. Sekarang kita ambil ialah sekolah latihan. Tak pergi lebih awal lagi. Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya iaitu knowledge. Mesti mempunyai knowledge seperti katakanlah walaupun pelajar-pelajar ini, siswazah-siswazah ini lulus universiti semua tetapi bila hendak jadi guru mesti dapat latihan. Ilmu perguruannya, barulah dia mampu untuk menghadapi masalah itu.

Yang ketiganya ialah skil. Skil ini sangat penting. Kalau tidak ada skil walaupun ilmu ada, walaupun spiritualnya kuat, dia tidak boleh buat apa. Dia tidak maju dan tidak hendak produktif. Ini saya ingat skil.. Jadi untuk mendapat ini, tiga training ini mesti dibuat mengikut perspektif Islam. Satunya di panggil basic training. Apa yang hendak diajar. Nak masukkan ini supaya nak mengubahkan sikap manusia ini, basic training ini apa dia?

Yang kedua intermediate training. Apa dia kelas dua ini? Yang ketiganya ialah advance training. Advance training ini bukan kursus yang merupakan training yang disebut tadi oleh training bagi kita ada tiga peringkat training yang mesti dibuat serta menilai sesuatu itu selepas sesuatu training itu adakah berjaya atau tidak.

Yang keempatnya Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan ini, iaitu akhlak. Apabila kita sempurnakan di sini, akan timbullah budaya, sikap. Sikap produk itu sendiri, manusia itu dah berubah sebagaimana yang telah dibuat oleh Jepun, sebagaimana dibuat oleh Germany dan sebahagiannya dibuat oleh orang-orang-orang Cina kita di sini. Sahabat-sahabat kita, dia sangat, walaupun dia katalah beragama lain tetapi committed dengan kerja itu.

Sebagaimana orang Jepun committed itu sangat tinggi. Kalau kita dapat laksanakan ilmu ini, kita
telah lahirkan satu produk yang telah dibentuk, yang boleh memberi produktif…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tangga Batu.
Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Ya.
Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Saya seronok juga Yang Berhormat menyebut tentang orang Jepun, orang negara-negara China dan rakan-rakan kita yang Tionghoa. Yang Berhormat boleh tak baru saya satu keputusanlah, saya kadang-kadang fikir juga. Kalau dibandingkan dengan konteks pelaksanaan kerja rang-orang-orang Islam di negara kita, berbanding dengan orang Jepun, yang mana lebih Islamik?
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Kalau mengikut Islam, Jepun lebih Islamic dari segi sikapnya tetapi yang tidak ada pada Jepun, pada Germany, pada orang lain ada satu perkara iaitu bukan, apabila kita membuat pembangunan, kita dapat melahirkan satu sahsiah yang baik. Satu identiti yang baik tetapi akhlaknya itu, hanya committed kepada kerja sahaja. Di luar daripada ini dia membuat kacau. Dia berseronok, merosakkan masyarakat, di sinilah timbulnya sama sendirinya berzina, sama sendiri, macam-macam berlaku. Ini yang tidak ada. Kita mesti melahirkan satu produk bukan sahaja committed dengan kerja tetapi dia juga relevant dan baik dengan masyarakat. Dia tidak membuat keadaan-keadaan yang akan merosakkan masyarakatnya sendiri. Ini yang tidak ada. Inilah yang dinamakan akhlak ataupun budaya yang hendak dilahirkan dalam pembentukan pembangunan manusia mengikut cara-cara yang saya telah alami sendirilah. Sebab saya telah dilatih sebagai instructor bahagian ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Pengkalan Chepa, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bersetujukah Yang Berhormat kalau kita katakan bahawa hasil ataupun the last result daripada apa yang kita ajar itu adalah untuk membentuk pekerja-pekerja yang, satu beramanah yang mengikut konsep ihsan yang telah di sebut oleh Rasulullahlah iaitu [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Maknanya Allah sentiasa melihat apa yang kita buat.

Apakah bersetuju Yang Berhormat. Maknanya konsep amanah itu terletak dalam konsep ihsan yang diterangkan oleh Rasulullahlah.

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Apa yang disebutkan oleh Rasulullahlah dalam soal ini bukan soal amanah tetapi dia panggil sebagai ubudiah, yang kedua baru amanah, yang ketiga baru masuliah, yang keempatnya ialah [Menyebut Bahasa Arab], excellent.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat kata pendek pun sudah sebegini…

Dato’ Haji Ab. Haji bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Dah nak habis dah ni. Jadi empat-empat ini kalau kita dapat rangkumkan dalam satu syllabus satu manhaj, satu kurikulum dan kita bagikan kepada training-training tadi, saya yakin bahawa kita dapat menciptakan kalau tidak 100% pun, boleh mengeluarkan produk pembangunan manusia yang dikehendaki oleh masyarakat kita terutama sekali di masyarakat timur ini. Sekian.

Salahuddin: kita terkebelakang 20 tahun dalam pembangunan sumber manusia

Ucapan YB Salahuddin Haji Ayub, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembangunan Sumber Manusia (Pindaan) 2007 pada 29 Ogos 2007.

Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk bersama membahaskan satu akta untuk meminda Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001.

YB Salahuddin Ayub Tuan Yang di-Pertua, setelah saya melihat keseluruhan daripada akta ini dan juga yang telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, saya merasakan dengan izin, keywordnya ataupun inti pati daripada pindaan adalah untuk memastikan bahawa setiap pekerja yang diambil oleh setiap majikan untuk bekerja di negara ini mestilah memiliki tahap pendidikan dan juga tahap pengetahuan yang up-to-date. Biasa dengan teknologi tinggi ataupun yang disebut sebagai pekerja yang lebih kompeten dan lebih berdaya saing untuk menghadapi cabaran hari ini dan juga cabaran masa hadapan.

Saya tidak punyai masalah untuk menyokong akta ini untuk dipinda kerana saya yakin dan percaya bahawa setiap individu, setiap insan yang diambil bekerja terutama di dalam Negara ini mestilah menjadikan diri mereka sebagai insan yang bersedia untuk menerima pendekatan pendekatan baru di dalam kita menjadikan ataupun mencapai kepada matlamat menyediakan modal insan yang produktif yang boleh bertanggungjawab terhadap apa yang dicita-citakan oleh masyarakat dan negara pada hari ini.

Namun begitu saya melihat bahawa kita agak terkebelakang di dalam mungkin kita terkebelakang 20 tahun di dalam menyediakan facilities ini, kemudahan ini dan tetapi apa yang penting ialah saya yakin dan percaya bahawa Kementerian Pembangunan Sumber Manusia tidak boleh bersendirian di dalam mencapai maksud dan matlamat yang murni ini.

Kementerian ini juga seharusnya melihat kepada apakah peranan yang telah dimainkan oleh Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, di dalam memastikan setiap graduan yang lahir daripada IPTA kita ataupun IPTS dalam negara kita ini telah benar-benar mencapai standard ataupun piawaian yang boleh dibanggakan bukan sekadar di peringkat negara tetapi di peringkat antarabangsa di dalam kita menghadapi cabaran globalisasi yang semakin mencabar pada hari ini. Kita menghadapi beberapa isu di dalam membincangkan tentang sumber manusia ini.

Yang pertama, adakah mutu pendidikan kita telah mencapai standard yang diharapkan kalau dibandingkan dengan graduan-graduan yang dilahirkan oleh pusat-pusat pengajian di luar negara? Ini satu isu yang saya rasa sedang bermain dalam jiwa pelajar-pelajar kita sama ada mereka masih menuntut di peringkat universiti ataupun mereka telah memiliki segulung ijazah dalam bidang mereka di IPTA kita, kerana berdasarkan kepada pengalaman yang telah dilalui oleh graduan dalam era pada hari ini kita menyaksikan bahawa syarikat-syarikat multinasional lebih berminat untuk mengambil pelajar-pelajar ataupun graduan-graduan yang dilahirkan oleh universiti-universiti daripada luar negara.

Jadi di sini, kita harus mempersoalkan apa sebenarnya yang salah, what went wrong dengan mungkin mutu ataupun standard pembelajaran dalam IPTA kita. Sebagai satu contoh, seorang graduan yang memiliki ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan elektrikal daripada IPTA kita dengan seorang yang memiliki ijazah daripada Universiti of Yales sebagai contoh atau Universiti of Tokyo sebagai contoh. Apabila mereka ini ditemu duga ataupun memohon untuk bekerja di syarikat-syarikat yang berprestij maka mereka berhadapan dengan satu dilema di mana mereka cukup diserang dengan satu mungkin bukan virus tetapi suatu sindrom iaitu inferiority complex.

Jadi dalam kita menyelesaikan masalah ataupun isu yang berkaitan dengan sumber manusia ini seharusnya juga kita melihat the way forward, kita harus melihat ke hadapan dalam kita menentukan modul kita, cara kita dan juga kita perlu melihat kita dengan jelas tentang keperluan-keperluan dan pendekatan baru yang seharusnya kita ambil dan kita telaah supaya IPTA kita ataupun mana-mana badan yang ingin memberikan training dengan izin ataupun memberikan latihan-latihan yang berasaskan kepada teknologi tinggi ini benar-benar mampu untuk melahirkan individu yang boleh mencapai tahap yang dibanggakan.

Saya bersetuju dengan pindaan ini bahawa wang ini mestilah digunakan untuk melatih pekerja-pekerja kita, kita tidak mahu nasib pekerja kita sama ada mereka bekerja dalam Negara ini ataupun mereka bekerja di luar negara sama ada buat sementara waktu atau seterusnya mereka tetap membawa bendera Malaysia, imej Malaysia dan kita perlu belajar apabila kita perlu menerima secara keseluruhannya sebagai contoh dalam industri pembantu rumah apabila kita mengambil manusia-manusia ini datang ke dalam negara kita. Maka ada satu report yang dikeluarkan oleh ILO baru-baru ini yang datang ke Malaysia adalah kelasnya kelas apa? C, D ataupun E?

Yang kelas pertama kelas A, B+ ini dihantar ke negara-negara Timur Tengah, dihantar ke negara-negara maju yang lain dan kita menerima hasil ataupun modal insan yang begitu rendah kualitinya dan mereka tidak keterlaluan kalau saya katakan ada sebahagian rakyat Malaysia yang menjadikan mereka sebagai hamba dan kita tidak mahu Malaysia ini menjadi perlu lagi tokoh seperti Abraham Lincoln untuk memperjuangkan kembali kes-kes seperti ini.

Jangan jadikan Malaysia ini sebagai satu medan untuk memperhambakan manusia oleh golongan-golongan dan individu-individu yang tertentu dan kerajaan harus juga peka dengan perkara ini supaya setiap individu yang masuk ke negara ini mesti diklasifikasikan bukan hanya dengan bermatlamatkan material semata-mata.

Teruskan membaca

RM10.9 juta belanja Majlis Pelancaran Koridor Utara

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sejumlah RM10.9 juta telah dibelanjakan untuk majlis pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) pada 30 dan 31 Julai lalu.

Perdana Menteri berkata, kos itu telah dibelanjakan oleh Sime Darby Berhad, sebagai agensi peneraju yang dilantik oleh kerajaan untuk menyediakan pelan induk pembangunan bagi Koridor Utara.

Menurut beliau, kos tersebut telah mengambil kira pelbagai program dan aktiviti yang perlu disediakan semasa majlis pelancaran WEKU termasuk sewa penginapan hotel, tapak dan khemah, makan minum, pengangkutan dan sebagainya.

Katanya, pecahan perbelanjaan mengikut negeri ialah, Perlis sebanyak RM1.24 juta, Kedah (RM5.6 juta), Pulau Pinang (RM2.4 juta) dan Perak (RM1.756 juta).

Abdullah berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dewan Rakyat tolak usul bincang isu ADUN Pelabuhan Klang

Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang untuk membincangkan isu pengguguran 37 pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros yang sebelum ini didakwa di bawah Akta Syarikat 1965.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul yang dibentangkan oleh Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) itu berkata, setelah menimbang usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2), beliau berpendapat, ia tidak perlu disegerakan kerana mahkamah juga telah membuat keputusan.

“Saya anggap isu itu sudah selesai kerana mahkamah sudah menetapkan keputusan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zakaria bersama lima rakan kongsi niaganya sebelum ini didakwa di mahkamah antara lain atas tuduhan gagal mengadakan mesyuarat agung syarikat dan gagal menyerah simpan penyata akaun untung rugi kepada pendaftar syarikat.

Kit Siang ketika membentangkan usul itu berkata, pengguguran tuduhan terhadap Zakaria merupakan tamparan terbaru yang boleh memusnahkan keyakinan orang ramai dan para pelabur terhadap kedaulatan undang-undang negara ini.

“Kegagalan memberi penerangan yang memuaskan hati 37 tuduhan terhadap Zakaria, mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa terdapat mereka yang berkuasa dalam politik di negara ini menikmati hak istimewa dan imuniti sehingga undang-undang yang dikenakan ke atas mereka berbeza daripada undang-undang biasa dikenakan terhadap rakyat lain,” katanya.

Bodoh, binatang, pergi jahanam!, ucapan harian MP BN bila bertegang leher dengan pembangkang

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Taib hari ini memberi amaran kepada semua anggota parlimen (MP) agar tidak lagi menggunakan perkataan kesat dan berbaur prejudis ketika berbahas.

Amaran itu diberikan ketika beliau cuba meredakan ketegangan antara anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang yang saling tuduh-menuduh mengenai sikap patriotisme mereka.

Pertikaman lidah itu bermula apabila Datuk Mohd Said Yusoff (BN-Jasin) bangun mempersoalkan tindakan anggota parlimen parti pembangkang yang didakwa tidak berdisiplin dan tidak mempunyai sikap patriotik apabila tidak bangun semasa sorakan “Merdeka” dilaungkan sebelum persidangan bermula sebelah pagi.

“DAP ni macam mana kita nak buat contoh soal disiplin, pagi tadi masa kita laung merdeka dia tak bangun… Ini menunjukkan mereka tidak setia kepada negara,” katanya yang disambut sorakan anggota parlimen BN yang lain.

Kenyataan Mohd Said itu membuatkan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang bangun mempertahankan barisan pembangkang dan menyifatkan apa yang berlaku pagi itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada anggota dewan.

“Apa yang berlaku tanpa notis… kita pun tak tahu,” katanya yang disambut ejekan beberapa anggota kelab penyokong kerajaan.

Mohd Said berkata sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, secara automatik akan melaungkan “Merdeka”, setiap kali diminta berbuat demikian.

Keadaan menjadi bertambah gamat apabila kedua-dua pihak saling bertikam lidah hampir 10 minit sebelum Ramli campur tangan dan meminta mereka bertenang.

“Minta semua duduk dan bertenang… Siapa yang tidak bangun dan melafazkan ‘merdeka’ tadi belum tentu dia tidak taat setia,” katanya yang disokong oleh anggota parti DAP.

Belum reda ketegangan itu, keadaan kecoh kembali apabila Timbalan Menteri Pelajaran yang sedang menjawab soalan mengenai isu disiplin pelajar sekali lagi mengaitkan DAP sebagai parti yang tidak mengikut peraturan.

Mendengar kenyataan itu, beberapa anggota pembangkang bangkit membantah dan meminta supaya tuduhan itu, dan tuduhan yang mendakwa anggota parti DAP tidak patriotik, ditarik balik.

Dalam ketegangan dan saling membalas tuduhan itu, beberapa anggota parlimen telah menggunakan pelbagai perkataan kesat seperti bodoh, binatang dan go to hell (pergi jahanam).

Kekecohan kali kedua itu memaksa Ramli sekali lagi campur tangan dan mengeluarkan amaran supaya kedua-dua pihak tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat dan menghentikan pertikaman lidah itu.

Dr Wan Azizah: Sumbangan pekerja menjayakan projek Malaysia tidak dihargai

Ucapan YB Datin Seri Dr Wan Azizah bin Wan Ismail (Keadilan – Permatang Pauh) membahaskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2007 pada 28 Ogos 2007

Baca juga kenyataan MTUC akan cabar pindaan Rang Undang-Undang ini ke mahkamah.

Dr Wan Azizah bt Wan Ismail Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sekejap saja, saya mengambil masa yang pendek.

Sumbangan kaum pekerja dan kesatuan sekerja terhadap perkembangan ekonomi yang pesat dan pembangunan negara termasuk kerjasama dalam pengekalan keharmonian, perusahaan seharusnya menerima penghargaan dari kerajaan dan rakyat. Tanpa titik peluh pekerja yang bekerja di kilang, di ladang dan di pejabat, ekonomi Malaysia terutamanya dalam sektor perusahaan dan pertanian tidak akan berkembang dan berjaya menawan perhatian pelabur-pelabur asing.

Kita seharusnya mengiktiraf sumbangan kaum pekerja dan kesatuan sekerja yang telah mengorbankan segalanya bagi menjayakan projek perindustrian Malaysia sehingga negara kita pada satu masa telah digelar sebagai Asian Tiger dengan izin.

Maka apabila rang undang-undang semalam yang bertujuan meminda Akta Perhubungan Perusahaan dan rang undang-undang ini, Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja Pindaan 2007 ini, dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, saya berasa sedih. Saya sedih kerana pekerja-pekerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan projek Malaysia tidak dihargai. Malah, hak-hak asasi pekerja semakin merosot.

Saya sedih kerana kebanyakan daripada pekerja-pekerja di negara ini masih menerima gaji pada kadar yang rendah sehingga mereka tidak berupaya menikmati keperluan asas untuk kehidupan seharian. Saya sedih kerana walaupun Kesatuan Sekerja Kebangsaan iaitu MTUC yang mewakili para pekerja telah mendesak kerajaan supaya rundingan diadakan dan pendapat mereka diambil kira.

Sebelum rang undang-undang ini dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, namun seruan para pekerja tidak dipedulikan. Saya sedih kerana selepas hari ini hak berpersatuan dengan izin right to association, para pekerja akan merosot. Hak berpersatuan merupakan satu hak asasi manusia yang mustahak sehingga ia disenaraikan dalam Perlembagaan Persekutuan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dengan izin, Universal Declaration of Human Rights. Ia merupakan satu daripada lapan konvensyen asas dengan izin core convention. Organisasi Pekerja Antarabangsa dengan izin International Labour Organization atau ILO.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun majikan-majikan di negara kita dapat memperoleh keuntungan besar, namun gaji asas pekerja-pekerja seperti di sektor perladangan masih dibayar kurang daripada RM400 sebulan. Pekerja-pekerja dalam sektor tekstil dan pakaian yang diwakili oleh kesatuan sekerja, gaji bulanan yang diterima adalah seperti berikut, saya beri contoh.

Di Kangar dan Kulai hanya RM366 sebulan. Di Zon Dagangan Bebas Bayan Lepas hanya RM364 ke RM426 sebulan. Di Kluang RM353 sebulan dan di Johor Bahru RM286 ke RM450 sebulan.

Hak untuk berpersatuan secara bebas merupakan hak yang paling asas untuk seorang pekerja yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi ini dihadkan oleh Akta Kesatuan Sekerja.

Pada 22 Februari 2005, ada satu aduan telah diterima oleh Organisasi Pekerja Antarabangsa (ILO) tentang pencabulan hak dan kebebasan berpersatuan. Aduan tersebut telah menyebut bahawa Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang hendak dipinda ini menafikan kebebasan pekerja untuk membentuk sebuah kesatuan pekerja di mana kuasa mutlak adalah berada di dalam tangan Director General Kesatuan Sekerja (DGTU) untuk mendaftar ataupun membatalkan sebuah permohonan sebuah kesatuan pekerja.

Dengan izin saya ingin memetik perenggan yang berkaitan dengan kuasa mutlak DGTU “The power of the DGTU in deciding on the issue of similarity under section 2(2) of the Trade Union Act 1959 can be exercised by him not only in registering a new union but also in determining who is competent to be recognize as the representative union”.

Selama 30 tahun lebih kuasa DGTU telah digunakan untuk menafikan sesebuah kesatuan industri kebangsaan yang dituntut lebih daripada 100,000 pekerja di sektor industri elektronik. Selain daripada itu Malaysia sebagai ahli ILO harus menghormati deklarasi prinsip asas dan hak kerja dengan izin ILO Declaration of Fundamental Principles and Rights at Work yang telah dipersetujui secara sebulat suara dalam conference pekerja internasional dalam menyatakan dengan izin, saya hanya ingin mengingatkan yang berada di sebelah sana

“declare that all members even if they have not ratified the conventions in question, have an obligation arising for the very fact of membership in the organization to respect, to promote and to realize, in good faith and in accordance with the constitution, the principles concerning the fundamental rights which are the subject of those convention. Namely; freedom of association and the effective recognition of the right to collective bargaining.”

Teruskan membaca

Kerajaan hendaklah berlaku adil kepada pekerja

Ucapan YB Ismail Noh (PAS Pasir Mas) membahaskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2007 pada 28 Ogos 2007

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk sama-sama berbincang dalam meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959. Saya mengaitkan dengan pindaan ini di mana di muka 7 menyebut rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262), fasal 1 sehingga 16. Saya mengambil fasal 16 iaitu fasal 15 bertujuan untuk melindungi kepentingan anggota kesatuan sekerja.

Berdasarkan kepada itu,saya membaca sepotong ayat Al-Quran Al-Karim bagi memudahkan perbincangan ataupun perbahasan saya pada petang itu iaitu [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah s.w.t berfirman dengan menyebut “Katakanlah wahai Muhammad, katakanlah kepada seluruh manusia, kepada yang beriman iaitu bekerjalah kamu pasti Allah s.w.t pasti akan melihat kerja kamu dan Rasulnya juga seluruh orang beriman. Kemudian semua kerja-kerja kamu itu akan dikembalikan ke alam akhirat, kemudian kamu akan diberitahu selepas daripada itu semua hasil apa yang telah kamu kerjakan di dunia ini”.

Bertolak daripada itu saya akan menyentuh beberapa perkara kerana saya melihat ianya mempunyai kaitan rapat di antara satu sama lain. Sebelum kita sampai kesatuan sekerja, perlu
kita menyebut ada faktor-faktor lain yang menyokong kepada berjaya atau tidak berjaya kepada kesatuan sekerja ini ataupun pindaan akta ini. Antara sokongannya ialah:-
(i) kerajaan itu sendiri;
(ii) turun kepada kesatuan sekerja;
(iii) majikan;
(iv) pekerja-pekerja; dan
(v) peraturan.

Apabila kita melihat kepada rentetan ini, kita dapat melihat bahawa kerajaan sendiri mesti memainkan peranan yang paling utama di dalam menjayakan semua kerja ia dilakukan oleh rakyatnya atau warga negara di sebuah kerajaan itu. Oleh itu, kerajaan ini mesti dipastikan dahulu. Saya rasa sahabat-sahabat saya daripada Barisan Nasional akan bersetuju dengan apa yang saya cadangkan ini. Kalau ia berlaku, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t., kalau belum berlaku kita baiki pulih. Benda-benda ini bukan satu perkara statik, perkara mati, tetapi dia boleh
diperbincangkan, dia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Pertama sekali kerajaan itu sendiri mempunyai sahsiah adilah. Mempunyai keperibadian yang adil yang saksama yang merasakan bahawa warga negara di negara kita ini adalah anaknya sendiri. Tidak ada bezanya antara anaknya dengan anak orang lain. Ataupun tidak ada bezanya antara parti politik PAS, UMNO, Barisan Nasional, DAP dan lain-lain. Ia mesti dilayani dengan sama kerana mereka adalah warganegara Yang di-Pertuan Agong dan mereka adalah warganegara yang berkhidmat di negara ini apa sahaja parti politik yang mereka anuti.

Tidak diambil kira tentang fahaman parti politik dalam menyamakan keadilan. Dia adalah warganegara kita yang mesti kita laksanakan dengan sepenuh keadilan. Ini kerana mereka juga akan melakukan sesuatu produktiviti in touch. Mereka merupakan orang yang dapat melahirkan sesuatu yang baik walaupun mereka daripada kalangan orang yang bukan serumpun dengan kita. Hati bukan serumpun daripada Barisan Nasional kerana daripada parti-parti lain juga dapat mengeluarkan suatu yang terbaik untuk membina negara kita. Bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang , tetapi yang paling penting, selain daripada Jalur Gemilang itu pengisian kepada Kemerdekaan itu mesti dilaksanakan oleh semua pihak.

Apa yang penting ialah keadilan, kerajaan mesti meletakkan keadilan ini suatu status yang utama daripada yang lain. Apabila melakukan keadilan, saya rasa tidak timbul tidak puas hati walaupun saya daripada Parti PAS dan sahabat kita daripada DAP dan lain-lain.

Oleh itu, ucapan saya pada waktu saya masuk Dewan tahun 1999 saya menekankan bahawa Negara Islam mesti berteraskan kepada keadilan. Namun sekarang ini saya lihat semacam tidak sama.

Yang Berhormat Sungai Petani kita semacam tidak sama. Contohnya misalnya Tuan Yang di-Pertua, baru ini Timbalan Perdana Menteri pergi ke kampung saya betul-betul di kampung saya dan Yang Berhormat pergi bukan di atas tujuan parti politik tetapi atas dasar kerajaan. Satu jamuan rakyat diadakan. Rumah saya dengan tempat jamuan rakyat itu tidak lebih 100 meter.

Jadi saya tanya pihak-pihak yang berkaitan saya kata, “Apakah ini jamuan parti ataupun jamuan kerajaan?” Mereka menjawab, “Jamuan kerajaan”. Tidak apalah saya tunggu. Pada hari Jumaat di Kampung Slow Machang di Masjid Slow Machang di Samping sebelah Slow Machang diadakan jamuan rakyat. Jaraknya 100 meter sahaja dengan rumah saya.

Di waktu Menteri KeKKWa membuat kempen budi bahasa sana sini, sana sini jelajah negara dan sebagainya tetapi saya lihat semacam tidak ada budi bahasa. Saya yang berada 100 meter sahaja tidak dijemput. Bukan saya hendak makan tetapi budi bahasanya begitu.

Pemergiannya adalah kerja kerajaan bukannya kerja parti UMNO, tidak. Walaupun sebelah petangnya kerja parti UMNO, tetapi jamuan makan saya diberi maklum bahawa kerja kerajaan. Ertinya apabila kerja kerajaan, duit PAS pun ada, duit UMNO pun ada duit semua parti pun ada. Mengapa tidak boleh berlaku keadilan ini?

Pada waktu Perdana Menteri pergi, saya menyanjung Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat pergi ke Kelantan baru-baru ini pada waktu merasmikan Jambatan kedua Sultan Yahya Putra. Apabila Perdana Menteri kita pergi, rakyat Kelantan menyambut kedatangan dengan hati terbuka. Dalam bahasa Arab menyebut “ahlan wahsahlan wa marhaban bikum”

Selamat datang Perdana Menteri, saya orang PAS pun selamat datang Perdana Menteri. Menteri Besar Negeri Kelantan pun mengatakan selamat datang Perdana Menteri.
Teruskan membaca