Kepayahan warga emas diingati Ahli Parlimen Rantau Panjang

GUAL PERIOK, (Rantau Panjang): Kepayahan dan kesengsaraan warga emas, Esah Umar, 71, yang diserang strok sejak empat tahun lalu menerima berita gembitra apabila dia menerima kerusi roda Khamis lalu (19 Julai).

Sumbangan peralatan tersebut disampaikan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Harun di rumah warga emas tersebut.

Abdul Fatah berkata, Kerajaan Negeri sentiasa membantu meringankan beban rakyat, terutama golongan tidak berkemampuan.

“Ini merupakan sebahagian tanggungjawab kita sebagai masyarakat dan pemimpin untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

“Pemberian ini merupakan satu suntikan semangat kepada warga emas bahawa ada insan yang mengambil berat mengenai mereka,” katanya ketika dihubungi semasa majlis penyampaian kerusi roda tersebut.

Sementara itu, Esah yang lumpuh sebelah badan melahirkan kesyukuran dengan pemberian kerusi roda tersebut kerana sebelum ini dia banyak bergantung pada anak untuk bergerak.

“Makeik amat menghargai pemberian ini, terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan bagi memudahkan pergerakan makcik,” ujarnya.

Anak Esah, yang suka dipanggil Siti sahaja menyifatkan pemberian tersebut banyak meringankan bebannya kerana dia satu-satunya yang menjaga Esah sekarang.

“Dalam sehari tiga kali saya mengangkatnya untuk di bawa ke bilik mandi, buang air besar atau air kecil.

“Walaupun amat rumit, tetapi sebagai seorang anak saya wajib menjaganya dengan sebaiknya kerana inilah satu-satunya ibu dan bapa saya,” katanya

Pilihanraya Guna Dakwat: ….. kalau lambat tanyalah Sultan, kata Dato’ Nazri

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri): Pertamanya cadangan penggunaan indelible ink. Untuk maklumat Yang Berhormat, SPR sedang membuat kajian penggunaan indelible ink kepada pengundi yang keluar mengundi sebagai bukti bahawa mereka telah mengundi dan tidak mengundi dua kali.

SPR telah pun merujuk kepada Majlis Fatwa Islam, dari segi kesesuaian untuk diguna pakai bagi mereka yang beragama Islam. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, apabila orang Islam pergi sembahyang, maka bila dia ambil air sembahyang, dia dikenakan syarat supaya setiap air itu mesti mengenakan kulit.

Sebab itu, kalau di kalangan orang Islam, sebenarnya tatu yang permanent itu tidak dibenarkan kerana air yang dia ambil sembahyang itu tidak mengena kepada kulit. Jadi dalam soal indelible ink ini, kita hendak dapatkan dahulu kepastian daripada Majlis Fatwa sama ada ink yang dikenakan itu dia tidak boleh ditembusi oleh air untuk kena kulit. Kerana orang Melayu, dia sembahyang 5 waktu sehari. Jadi kalau kita bubuh indelible ink ini, mungkin ada empat waktu yang kita tidak boleh menjalankan sembahyang. Jadi, itu sahaja.

Daripada segi soal lain, kita tidak ada masalah. Kita tunggulah Majlis Fatwa ambil keputusan. Kalau tidak pun, kita syaratkan kena kepada yang bukan Islam sahaja. Itu pula mungkin nanti diskriminasi. Jadi, kita tunggu keputusan daripada Majlis Fatwa.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi, berapa lama? Berapa lama?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini kena tanya Majlis Fatwalah, sebab dia berada di bawah kerajaan negeri.

Jadi, mereka hendak panggil mesyuarat, saya tidak boleh tentukan kerana agama ialah terletak di bawah kerajaan negeri dan penghulu agama ialah sultan. Lebih baik Yang Berhormat halakan pertanyaan ini kepada sultan yang ada sekaranglah, bila?

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Menteri…

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau hendak tanya mengapa lambat, tanyalah kepada sultan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pendang.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih menteri dan Tuan Yang diPertua. Kita dapati banyak penggunaan bahan-bahan yang boleh dibolehkan mengikut fahaman saya, iaitu seperti inai. Inai, orang hendak kahwin pun bubuh inai. Maknanya inai ini satu benda yang dibolehkanlah. Mungkin benda-benda lain pun boleh difikirkan oleh Majlis Fatwa, saya rasa.

Tidaklah mengambil masa yang terlalu lama untuk memberikan kebenaran kepada SPR kerana kami berjumpa, saya pernah berjumpa dengan Pengerusi SPR sendiri berhubung dengan perkara ini. Cakap dia itu, macam berdolak-dalik banyak perkara yang dihuraikan. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak mengapalah. Maknanya itu bukan soal saya untuk menentukan ataupun soal suruhanjaya, ini soal agama. Kalau Yang Berhormat rasakan iaitu benda ini hendak dipercepatkan, pergilah suruh sultan-sultan semua panggil mesyuarat cepat supaya Majlis Fatwa boleh… [Ketawa][Dewan riuh][Disampuk] Itu memang betul, agama bukan soal saya dan Yang Berhormat saya ingat, benda-benda tentang agama ini kita tak usah pertikailah. Yang ini kita telah rujuk kepada Majlis Fatwa. Jadi terpulanglah kepada Majlis Fatwa untuk mengambil keputusan.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Yang hak ini tidak rambang ni. Kalau kita perhati betul-betul, pengundi pos terutama sekali askar. Selain daripada kertas undi yang dihantar balik setelah mereka itu menerima dan mengundi, satu lampiran saksi kepada pengundi itu sendiri dihantar. Saksi itu biasanya pegawai yang menyaksikan, ditandatangani oleh pegawai saksi pengundi itu. Tak boleh ke kerajaan tidak menggunakan kertas saksi itu?

Hanya kertas mengundi sahaja yang hantar balik supaya askar saat ini tidak terikat dengan pegawai dia sewaktu dia nak memangkah undi walaupun di dalam kem ataupun di mana-mana sahaja. Itu penting.
Teruskan membaca