MP PAS Pendang: Bahas peruntukan Kemnteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

13 November 2008:

Ahli Parlimen Pendang membahaskan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 13 November 2008.

Teks penuh:
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada menteri dan timbalan menteri pada hari ini. Saya nak menyentuh tentang 03200 – Program Kesejahteraan Rakyat. Saya rasa ini mungkin melibatkan perumahan rakyat ataupun rumah-rumah yang akan dibuat untuk rakyat di samping pembasmian kemiskinan di luar bandar.

Saya mendapat berita daripada kawasan berhubung dengan satu kes, saya rasa ini bukan spesifik tapi ini melibatkan ramai rakyat. Apabila dia mendapat berita bahawasanya perumahan rumah mesra rakyat yang melibatkan geran ataupun tanah untuk dibina rumah, dia pun pergilah ke pejabat untuk mendapatkan borang.

Akan tetapi apa yang menjadi masalah yang dirisaukan oleh rakyat ialah apabila dia meletakkan kad pengenalan untuk disemak, pegawai membawa masuk kad pengenalan dalam pejabat dan dia kata, “Pakcik kena isi borang UMNO dulu”.

Ini yang menjadi masalah pada orang kampung, kadang-kadang mereka merasa begitu tergurislah, nak mendapat borang pun terpaksa isi borang UMNO dulu. Ini rakyat yang miskin yang tidak ada rumah nak mendapatkan rumah. Saya nak tahu adakah ini merupakan dasar daripada kementerian.

Keduanya, 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, begitu juga dengan jalan-jalan ini. Apa yang berlaku di tempat saya dua tiga tempat dan saya dah masuk dua tiga kali dalam blog saya dan saya juga telah bawa pemberita Metro ke tempat saya. Jalan yang terpaksa kalau kita nak guna, kena guna gear lompat. Dia dari rumah Pengerusi JKK jalan tar daripada jalan besar jalan tar, di tengah-tengah dalam 100-200 meter tidak dimasukkan tar kerana dia masukkan jalan itu start daripada tangga rumah Pengerusi JKKK.

Sekarang ini JKKP lah saya rasa, tapi saya harap Perdana Menteri yang baru yang berjanji 30 kilometer daripada bandar itu akan ditarkan ataupun dimasukkan jalan. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku pada masa yang akan datang.

Kemudiannya yang ketiga iaitu 01707 – Pemasangan / Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung, saya mendapat gambaran bahawasanya tidak ada lagi lampu-lampu ini, adakah perkara ini benar? Kita dapati pengedaran lampu-lampu ini juga bertompoktompok, tidak menyeluruh kepada kawasan-kawasan kampung. Saya harap perkara ini diperbetul oleh menteri yang baru walaupun tidak ada kawasan tetapi Insya-Allah akan menang timbalan presiden. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Rujuk: 13 November 2008, ms 95-96

Tinggalkan komen