MP PAS Pokok Sena: Perbezaan harga Eurocopter, Timbalan Menteri bertelagah dengan angka KSU……

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Begini, persoalannya sekarang, di awal penggulungan ini sudah berlaku timbul satu isu, isu itulah merupakan isu yang penting dalam kes ini iaitu isu harga.

Jadi, apabila sudah timbul perbezaan harga yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan apa yang disebut oleh ketua setiausaha, jadi saya percaya bahawa kita sukar untuk hendak turut terlibat dalam penggulungan ini untuk isu ini. Ini kerana isu itu sudah pun bertelagah antara satu sama lain daripada satu kementerian.

Jadi, sebab itu, saya minta jasa baik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya boleh menangguhkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri minta untuk menangguhkan penggulungan ini sehingga beliau mendapat maklumat yang jelas tentang maklumat yang dibuat oleh ketua setiausaha. Kemudian bawa ke sini untuk kita turut terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itu bukan keputusan saya Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat Pokok Sena saya sudah dengar Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Keputusan Tuan Yang di-Pertua sudah lah, cukuplah apa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya sudah buat keputusan itu tadi Yang Berhormat.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan harga ini
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya.

Datuk Wira Abu Seman Yusop: Yang disebut oleh KSU bahawa harga asas ialah RM1.1 bilion dan tidak termasuk pakej, offset yang menjadikan jumlah semuanya RM1.604 sebagaimana yang saya maklumkan tadi bahawa harga asas bercampur dengan harga pakej, totalnya ialah RM1.604 bilion.

Sebelum itu, Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, ini kenyataan selepas ucapan kita, selepas Yang Berhormat Permatang Pauh dan saya ada ucap dalam Dewan yang mulia ini, KSU Dato’ Abu Bakar, kalau tidak silap, ada keluar satu kenyataan di mana dia kata adalah dengan izin,

“Abu Bakar said that tender was closed on February 12 this year and had known the same day the tender committee open the seven tenders that were received while being witnessed by representative from companies had taken effect. Tenders offered received were as such.”

Ada angka-angka diberi, tidak perlulah saya sebut. Ada banyak angka di sini – 5512/07/A/001, RM2.80 bilion dan lepas itu kedua ialah RM663.1 million, ketiga ialah RM494.9 million, lepas itu ialah RM777.45 million and lepas itu RM2.49 million dan Eurocopter RM1.1 bilion dan ketujuh ialah RM1.22 bilion. Itu angka-angka yang KSU MINDEF, bukan angka-angka yang saya cipta.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop: Bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, bagi masa untuk saya untuk mendapatkan penerangan daripada KSU bagaimana perbezaan daripada
angka yang saya perolehi di antara harga yang disebut oleh Yang Berbahagia KSU.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah ini bererti Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu bahawa KSU ada keluarkan kenyataan? Sekarang baru tahu. Tidak baca surat khabar tentang kenyataan KSU sendiri. Apa yang berlaku dalam pentadbiran ini?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi penjelasan dan saya percaya dapat maklumat daripada pegawai yang bertugas. Akan tetapi perkara ini Tuan Yang di-Pertua saya anggap satu perkara yang serius. Kalau kita lihat seluruh rekod kenyataan Perbendaharaan Pertahanan, kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Seandainya kenyataan begitu dikeluarkan oleh KSU dan jumlahnya kemudian cuba diperbetulkan, hal ini harus dijelaskan muktamad di peringkat kerajaan sebelum di sebut di Parlimen. Kalau tidak ia jadi bahan olokan, dan ditertawakan orang.

Sepanjang maklumat saya, ini bukan soal pertimbangan politik kepartian. Ini soal dasar kebiasaan dan juga prinsip yang diguna pakai dalam mana-mana kerajaan. Kita tidak boleh beri setelah umum harga, kemudian datang balik kepada Majlis Rasmi mengatakan ini bukan harga asas, tidak pakej, tidak ada. Contract is a contract.

You award a contract, a complete contact dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau hendak diteruskan saya hendak beri pandangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menangguhkan bahagian berkenaan, Eurocopter dijawab kemudian. Ini biasa, lazim dalam Parlimen dan saya fikir kita boleh terima.

Akan tetapi, saya ingin memberi pandangan Tuan Yang di-Pertua dan juga nasihat jangan dipaksa untuk buat kenyataan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan kemudian. Terima kasih.

Datuk Wira Abu Seman Yusop: Tuan Yang di-Pertua, inilah harga yang dinyatakan dalam PAC semalam Tuan Yang di-Pertua dan inilah harga yang dimaklumkan bahawa jumlah harga tawaran adalah sebanyak RM1.604 bilion.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua apa yang saya sebutkan ini tadi berkaitan pokoknya dakwaan yang dibuat oleh pembangkang bahawa mereka membuat dakwaan berasaskan daripada surat Mentari Services Sdn. Bhd yang mana mengandungi harga yang mengelirukan iaitu…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan boleh tidak sebelum kita masuk itu…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tunggu, tunggu belum habis Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop: Tunggu dahulu.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: …Selesai RM1.604…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya hendak dengar Yang Berhormat saya hendak dengar dahulu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Bagilah menteri jawab dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi dia jawab dahulu Yang Berhormat lepas itu kalau hendak bantah, bantah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya sebelum dia masuk perkara itu apa itu harga asas apa itu harga offset apa perkara itu supaya kira faham.
Datuk Wira Abu Seman Yusop: Tunggu dahulu, duduk dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur. So apa yang saya timbulkan pada peringkat awal tadi bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur menyebutkan harga berkaitan tawaran Eurocopter adalah sebanyak 463.44 euro juta ataupun RM2.31 bilion yang mana mereka mengambil harga ini daripada surat yang dibuat oleh Syarikat Mentari Services Sdn. Bhd.

Itu pokok yang saya nyatakan tadi dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang. Jadi saya menunjukkan bahawa harga sebenarnya ialah sebanyak 323.7 juta ataupun bersamaan RM1.604 bilion yang termasuk pakej sokongan teknikal dan offset.

Itu yang saya hendak menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang adalah tidak benar Tuan Yang di-Pertua. Itu tujuan saya ingin menimbulkan dalam isu ini. Jadi saya teruskan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua sehubungan dengan proses perolehan Eurocopter utiliti….
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Permatang Pauh bangun lagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada jawapan tadi, perbahasan ini tidak terikat dengan surat Syarikat Mentari. Syarikat Mentari yang ditandatangani oleh Kapten (B) Azhar, Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan yang mengemukakan surat ini hanya salah satu daripada bahan dan jumlah 463 yang saya sebut kemudian dijelaskan semula oleh Yang Berhormat Ipoh Barat 323 setelah diberikan penjelasan oleh syarikat berkenaan.

Soal yang kita bangkitkan itu termasuk percanggahan kenyataan yang disebut oleh timbalan menteri, soal perbandingan dengan harga yang dibeli oleh India, Brazil, soal keputusan diambil cara tergesa-gesa dan gagal melaksanakan proses tender terbuka teratur. Itu yang dibahaskan. Terima kasih.

Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pokoknya berkaitan dengan dakwaan pada peringkat awal yang dibuat oleh Ketu Pembangkang dan juga oleh Ipoh Timur bahawa berkaitan dengan harga sebenar dengan harga yang mereka merujuk daripada surat Mentari yang mana ini adalah perlu untuk diperbetulkan.

Berkaitan dengan isu-isu lain saya akan menjawab selepas ini jadi makna kita tidak boleh dismiss begitu sahaja berkaitan dengan rujukan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dan Ipoh Timur berkaitan dengan harga yang tidak benar yang telah dikemukakan ataupun yang telah dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak minta sedikit penjelasan. Mengikut syarat untuk teknikal punya spec ini, itu yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang perlu kepada test drive dan juga ujian teknikal dan sebagainya.

Antaranya ialah untuk helikopter yang bagi kegunaan utiliti dan transport support helicopter ini, dia mesti ada ciriciri rem. Sedangkan saya difahamkan bahawa helikopter ini tidak mempunyai ciri-ciri rem untuk muatan dan penghantaran bekalan.

Sebab itu saya lihat bahawa dengan harga ini yang disebut tadi, walaupun disebut RM1.604 bilion bermakna sebuah yang kita beli itu lebih lingkungan dalam RM130 juta ataupun RM132 juta, berbanding dengan harga yang dibelikan oleh Brazil hanya dalam lingkungan RM80 ke RM84 juta sahaja sebuah. Jadi, saya hendak minta penjelasan, apa yang menyebabkan kita beli dengan harga mahal itu. Adakah mempunyai spec yang dikatakan lebih daripada apa yang dibelikan oleh Brazil.

Datuk Wira Abu Seman Yusop: Tuan Yang di-Pertua, dalam berkaitan dengan penilaian teknikal ini, ada garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Teknikal yang mana perlu dipenuhi. Jadi berbanding di antara satu jenis helikopter dengan helikopter yang lain, yang mana sepertinya keupayaan berkaitan dengan operasi, sama ada helikopter itu boleh diatur gerak malam dan siang pada berbilang masa dalam semua keadaan cuaca.

Itu salah satu kriteria yang dilihat daripada helikopter yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pertahanan ataupun TUDM.

Begitu juga dari segi penyelenggaraan yang mana ia mudah diselenggarakan ataupun maintenance and maintainability dan daripada segi mobiliti juga, helikopter yang kita perlukan hendaklah berupaya terbang 200 nautika miles radius dengan tangki sedia ada, dengan kelajuan tidak kurang daripada 150 knot, serta respons dan mempunyai reserve selama 30 minit untuk penerbangan instrumen.

Begitu juga, daripada berat dan saiznya, mampu membawa sekurangkurang 25 penumpang yang lengkap dengan stretcher pada berat muatan tidak kurang daripada 1000 paun dan ‘survivality’ ia hendaklah dilengkapi dengan self protection system dari tembakan atau meminimumkan kesan terhempas. Inilah dia antara…

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat. Beri peluang?
Datuk Wira Abu Seman Yusop: …Yang terutama yang kita perlu dalam kita memilih helikopter yang kita hendak beli ini.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Penjelasan. Baik Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat menyebut bahawa fizikal ataupun teknikal evaluation itu hanya akan dibuat selepas daripada kita sudah confirm hendak dibeli. Peringkat sekarang ini baru peringkat mengenal pasti apa jenis yang kita hendak pakai.

Jadi saya hendak persoalkan di sini bahawa kita sepatutnya sebelum kita hendak kenal pasti apa jenis aircraft ataupun helikopter kita hendak pakai itu, kita mesti melihat bahawa dia sama ada kesesuaian ataupun dengan persekitaran negara kita dan juga di rantau-rantau ini dari segi kegunaannya.

Baru boleh kita kenal pasti sampai ke peringkat itu. Kemudian barulah kalau kita hendak katakan bahawa ada peringkat-peringkat yang lain kita hendak buat ujian-ujian lain tetapi sekarang kita belum melihat sama ada ia bersesuaian ataupun tidak. Kalau berlaku peperangan umpamanya adakah dia bersesuaian ataupun tidak dengan keadaan cuaca, keadaan environment persekitaran di negara kita dan juga di negara ini.

Jadi sekarang ini tiba-tiba kita confirm kata itu sesuai dengan negara kita. Jadi kita pun buat keluar surat niat beli tanpa kita mengenal pasti sama ada dia mempunyai kesesuaian ataupun tidak. Jadi bagi saya bahawa tidak sewajarnya berlaku begitu. Malah kita pernah pun, apa salahnya kalau kita hendak buat ujian pandu, test drive ini kerana kita bukan menanggung kos seperti mana yang disebut tadi.

Malah ada pembekal-pembekal sebelum ini kita tidak niat pun, tidak ada LOI memang tidak ada niat hendak beli pun umpamanya macam aircraft imperial, maknanya Brazil mari suruh kita test drive untuk hendak tengok sama ada kesesuaian ataupun tidak. Jadi sekarang kita hendak beli dengan duit kita, tiba-tiba kita tidak buat satu ujian yang complete, tiba-tiba kita kata dia sesuai untuk negara kita, sesuai untuk tentera kita dan sebagainya.

Ini bagi saya satu benda yang cukup malanglah. Apatah lagi macam saya katakan tadi bahawa ciri-ciri ramp itu sangatsangat menjadi keperluan tetapi takkan tidak ada satu ciri ramp.

Walaupun disebut tidak menjadi satu kewajipan tetapi itu sebagai satu kemudahan pergerakan untuk anggota tentera kita masuk ke dalam helikopter, takkan hendak lompat ikut tingkap?

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa itu adalah asas-asas keperluan yang perlu ada kepada sebuah a craft, sebuah helikopter tetapi asas itu atas kertas.

Akan tetapi apakah kita telah pun membuat ujian dari segi praktikalnya untuk memastikan helikopter itu memenuhi asas atas kertas tadi. Ini yang menjadi masalah kepada kita. Kalau kita hanya berpandukan kepada atas kertas sahaja jadi ini problem lah kepada kita.

Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kita telah membelanjakan sejumlah wang yang besar tetapi kita tidak boleh hanya berasaskan kepada asas atas kertas kemudian orang mai bagi tahu kategori kita helikopter ini memang memenuhi asas apa yang diperlukan tanpa kita membuat satu ujian, sama ada dia boleh membelah awan tebal ataupun tidak, keadaan cuaca yang bagaimana ataupun tidak, dia mesti melalui satu ujian. Jadi sekarang kita tidak buat satu ujian. Jadi apa?

Saya bimbang macam disebut Yang Berhormat Ipoh Timur umpamanya apa akan jadi kepada ini, apakah anggota tentera kita akan menjadi mangsa akibat daripada kesilapan daripada kita hendak mengenal pasti betul-betul helikopter seperti mana yang disebut rakan saya Yang Berhormat Gombak tadi, Skyhawk umpamanya.

Kita beli kita tidak boleh pakai. Hari ini helikopter yang dibelikan oleh Kementerian Dalam Negeri sudah disebut oleh laporan Ketua Audit tidak boleh pakai sebab dia tidak didaftar di bawah Jabatan Penerbangan Awam kerana tidak ikut dia punya spec dia, tidak ikut dia punya syarat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Berdiri]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Berdiri]

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Jadi kita tidak mahu nanti jadi sekali lagi akan ada satu laporan audit negara yang menunjukkan secara jelas bahawa akan berlaku satu penyelewengan tetapi laporan audit hanya boleh membuat penjelasan setelah kita kehilangan wang.

Kita tidak mahu belum buang kita hilang, kita hendak supaya sesuatu pembelian itu dibuat mesti dibuat berasakan kepada keputusan yang betul dan tepat. Terima kasih Yang Berhormat.

Rujuk: Pencelahan Penggulungan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop, 30 Oktober 2008 ms 44-67

Tinggalkan komen