Dato’ Seri Abdul Hadi bahas peruntukan Kementerian Kewangan, 10 November 2008

10 November 2008:

Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan pada peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat pada 10 November 2008, jam 12.48 tengahari

Teks penuh:
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh B.10 – Butiran 010000, 020000, 030400, 090000. Dalam menangani krisis ekonomi dan kewangan antarabangsa, banyak pemimpin-pemimpin dunia sama ada barat dan timur dan pakar-pakar ekonomi di negara barat sendiri meminta supaya dicari sistem dasar konsep alternatif dalam melakukan kegiatan ekonomi.

Di sini menunjukkan betapa wajibnya pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi muamalah Islam dalam kegiatan ekonomi. Di Britain terbukti bank Islam di Britain adalah bank yang selamat daripada krisis ekonomi menyebabkan bank itu mendapat sambutan daripada masyarakat yang bukan Islam. Usaha kerajaan dalam meningkatkannya bukanlah untuk mengekalkan sistem riba. Seboleh-bolehnya riba itu ke arah dihapuskan dan ditukar kepada muamalah Islam mudarabah, Qiradh, musyarakah, Bai-Bitamin Ajil, jual salam dan lain-lain.

Kita melupai bahawa nabi kita Nabi Muhammad SAW adalah orang yang pertama dalam sejarah yang menunjukkan kegiatan bank apabila baginda memegang barang-barang amanah bukan sahaja kepada orang Islam termasuk orang yang bukan Islam. Ketika berlakunya hijrah ditugaskan Sayidina Ali bin Abi Talib ra supaya memulangkan barang dan wang kepada tuan punya.

Menunjukkan bahawa yang penting ialah amanah dan sifat amanah dalam membangunkan manusia sangat penting. Zuhuf bin Auf sebagai satu contoh lagi sebelum beliau meninggal mewasiatkan supaya
membayar hutang-hutang kerana beliau adalah menjadi tempat simpanan barang-barang.

Mewasiatkan kepada anaknya supaya mencari selama empat tahun orang yang berhutang. Kalau ada sesiapa yang beliau berhutang. Biasanya orang lari daripada hutang, ini pergi cari orang yang berhutang dalam masa empat tahun. Menunjukkan betapa amanah dan dalam tempoh empat tahun setelah berjuta hutang dibayar masih ada lagi baki harta sebanyak 30 juta dirham atau dinar dan orang Islam yang pertama melakukan cek dalam muamalah pada zaman kerajaan Abasiyah apabila khalifah Islam menggunakan kertas yang ditulis dengan berapa harga bayaran diambil duit daripada baitulmal. Ini adalah peristiwa sejarah yang patut kita ulangi bukan sahaja menjadi bahan sejarah.

Oleh kerana itu Bank Negara hendaklah memulakan sendiri dalam kegiatan muamalah Islam ini dan mengelakkan diri daripada saham-saham yang bersifat perjudian. Membeli bank daripada luar negara kerana mengharapkan untung daripada faedah dan sebagainya. Sebenarnya, telah nyata membawa kerugian.

Yang kedua saya ingin menyentuh tentang hasil judi kerana dalam buku ini menunjukkan strategi kerajaan dalam menangani masalah judi ini ialah untuk mengawal dan mengurangkan perjudian. Perkara yang haram ini ada yang haram oleh semua agama dan ada perkara yang diharamkan oleh agama Islam sahaja. Dalam perkara yang diharamkan oleh semua agama seperti judi langkah-langkah hendaklah diambil untuk menghapuskan bukan sahaja mengawal dan mengurangkan.

Menghapuskan kerana ia mendapat sokongan daripada semua penganut semua agama. Perlembagaan kita mengakui Islam adalah agama Persekutuan. Dalam masa yang sama agama-agama lain diakui. Ini bersama menghapuskan judi di mana lesen judi adalah di bawah Kementerian Kewangan. Premis perjudian di bawah kerajaan negeri.

Kita pernah mencuba di Kelantan menghapuskan pusat-pusat perjudian di Kelantan hasilnya kita mendapat ucapan terima kasih daripada yang bukan Islam sendiri kerana mengatasi masalah keluarga dan di sana ada peraturan yang diharamkan oleh agama Islam, agama lain tak haram seperti arak, babi dan lain-lain sebagai contoh.

Kerajaan perlu membuat kawalan dan mengurangkan dan seboleh-bolehnya dalam pengagihan hasil ini kerajaan menyediakan akaun yang khusus, simpanan yang khusus dalam perkara yang diharamkan oleh Islam supaya kewangan ini diperuntukkan kepada mereka yang diizinkan oleh agama mereka sahaja supaya orang Islam yang menerima pendapatan yang benar-benar halal dan berkat.

Kemudian saya ingin menyentuh perkara yang berkait dengan mata wang. Kita perlu mata wang yang kukuh. Sepatutnya kerajaan hendaklah bebas daripada menggantungkan mata wang kita dengan mata wang asing. Usaha mesti dilakukan secara bersepadu dengan negaranegara jiran, negara serantau dan negara Islam sendiri. Kita melihat bagaimana negara-negara Eropah yang tidak mempunyai sumber ekonomi yang kukuh yang kuat mereka boleh bertahan dalam menghadapi pelbagai krisis antarabangsa dan mereka telah berjaya mewujudkan euro pergantungan kepada negara-negara Eropah.

Mengapa kita negara serantau tidak boleh mengadakan kerjasama seperti itu ataupun negara Islam yang mempunyai sumber-sumber yang banyak dan kita boleh bergantung kepada negeri kita sendiri.

Yang ketiga dalam pengagihan ekonomi saya mengharapkan supaya pengagihan ekonomi dilakukan secara adil dan demokratik. Peruntukan bukan sahaja diberikan kepada nelayan. Sepatutnya diberi kepada buruh-buruh, diberi kepada pekebun-pekebun kecil yang menghadapi masalah menurunnya harga getah dan harga kelapa sawit. Pegawai-pegawai rendah yang menghadapi masalah inflasi, kawasan setinggan yang menghadapi pelbagai masalah.

Di mana bantuan diberi bukan sahaja kepada nelayan dan secara demokratik saya mengulangi apa yang disebut oleh rakan-rakan supaya peruntukan yang sama diberi kepada negeri di bawah Pakatan Rakyat dan di sana ada peruntukan yang saya ingin memberi peringatan. Sebagai contoh umpamanya di sana ada perkara-perkara yang tidak mengikut Perlembagaan. Pelantikan JKK.

JKK ini adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa yang berlaku hari ini Kerajaan Persekutuan melantik JKKK campur urusan negeri dan beri elaun dan peruntukan kepada JKK. Ini merugikan Kerajaan Pusat. Ini tanggungan kerajaan negeri.

Sepatutnya biar kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat jangan takut dalam masalah politik. Ini kita perlu mengendalikan dengan cara yang adil dan demokratik. Sekian, terima kasih.

Rujuk: 10 November 2008, ms 49-51

Tinggalkan komen