MP PAS Baling: Mencelah penggulungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

13 November 2008:

Ahli Parlimen Baling mencelah penggulungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, pada 13 November 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Oleh kerana saya tidak sempat untuk mendapat peluang bahas dalam peringkat Jawatankuasa cuma saya ingin mencelah dari sudut apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi tentang pasaran.

Cuma saya tengok juga di sini ialah laluan pasaran produk pertanian ke luar negara. Kalau ikut itu butiran 020100. Jadi apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kemudahan laluan pasaran
produk pertanian ke luar negara di tempat kita ini terutama sekali tidak begitu mendapat perhatian. Contohnya MAS kargo tidak memberi kemudahan untuk kita eksport pertanian kita ke luar negara, tidak sebagaimana yang diberi oleh Thai Airways

Jadi kerajaan Thailand mengarahkan Thai Airways untuk menyediakan dan memberi kemudahan eksport pertanian di negara dia sehingga kemudahan itu disubsidikan dan diberi satu insentif. Akan tetapi MAS kargo kita, kita tidak ada sehinggakan pengeksportpengeksport di tempat kita terpaksa mengubah laluan untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan lain termasuklah Singapore.

Satu ketika dahulu kalau kita ingat bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia yang berjaya mengeksport ikan hiasan ke luar negara. Akan tetapi oleh kerana MAS kargo tidak dapat menyediakan kemudahan ini, maka pengeksport ikan hiasan ke luar negara mereka menggunakan penerbangan Singapore. Sampai di Singapore, maka Singapore pun cap pengeluarannya ialah keluaran Singapore sedangkan barang itu barang Malaysia. Jadi ini, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri untuk mengatasi masalah ini?

Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Pengerusi, isu ini isu yang rumit melibatkan yang utamanya ialah connectivity kalau bandingkan dengan Thai Airways dia terbang ke lebih banyak destinasi daripada MAS, SIA pun begitu juga. Itu antara sebab kenapa mungkin tidak banyak barang yang diangkut melalui MAS.

Walau bagaimanapun saya untuk makluman Yang Berhormat Baling kita akan bincang perkara ini dengan pihak Kementerian Pengangkutan bagaimana boleh kita atasi masalah tersebut. Akhir sekali berkenaan FAMA ini Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pokok Sena ada bangkit tentang nanas. Nanas di Kedah ini ada kira-kira 200 hektar. Tidak ada pejabat nanas di Kedah cuma tahun ini baru dibuka, ada empat orang pegawai.

Masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi ialah masalah pasaran. Jadi kalau mana-mana petani ada masalah pasaran, kita harap mereka akan dapat berhubung dengan pegawai FAMA. Di setiap daerah ada pegawai FAMA dan kita difahamkan bahawa memanglah betul petani-petani memasarkan nanas ini tentang bantuan sesiapa. Baguslah, itu ini yang kita hendak.

Saya masih ingat lagi Yang Berhormat Marang selalu dia cakap dalam Dewan ini, dia hendak petani-petani yang lebih bertanggungjawab, nelayan bertanggungjawab. Ini bos Yang Berhormat Pokok
Sena maka eloklah itu kalau petani memainkan peranan, jangan selalu kita harapkan kerajaan. Ada masalah semua kerajaan, ini hendak kerajaan.

Jadi inilah yang kita hendak supaya berdikari tetapi kalau ada masalah kita boleh membantu dan hubungilah pegawai FAMA kalau ada masalah berkaitan nanas ini.

Tinggalkan komen