MP PAS Kuala Selangor: Bahas peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

13 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor membahaskan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 13 November 2008.

Teks penuh:
Dr. Dzulkiefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekadar hanya menyambut perkara-perkara yang telah pun disebutkan oleh ramai Yang Berhormat dalam perbahasan Maksud B.22 ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sudah menjadi semacam semua Yang Berhormat mengutarakan senarai aduan nampaknya, a wish lists. Saya pun turut sama nampaknya kerana khususnya

Tuan Pengerusi, inilah kementerian yang seharusnya mampu merapatkan jurang pembangunan wilayah. Namun sekian lamanya, di mana silapnya pun kita tidak tahu Tuan Pengerusi.

Saya ingin untuk menyambung sedikit sini dalam peruntukan yang sebesar RM3.8 bilion ini. Satu, Butiran 02000 kembali kepada perkara yang paling asas, Bekalan Air Luar Bandar. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak sahaja.

Ini di Kuala Selangor masih lagi terdapat di negeri maju, Kuala Selangor Tuan Pengerusi. Rakyat kami di Kuala Selangor yang tidak punya bekalan air bersih. Di Kampung Seri Aman Tambahan berdepan dengan Penjara Sungai Buloh, 30 buah rumah di DUN di bawah Parlimen Kuala Selangor yang masih tidak ada lagi bekalan air bersih. Masih menggunakan perigi.

Begitu juga sepertimana Yang Berhormat Rembau sebutkan, kita tidak nampak satu komitmen khususnya untuk membawa keluar kepompong kemiskinan dalam estetestet

Butiran 02000 ini dari segi bekalan air luar bandar yang terperangkap dalam estetestet ini. Estet di Kuala Selangor ini banyak Coldfield, Bukit Ijok dan seumpamanya. Mereka terperangkap dalam kemiskinan ataupun peminggiran daripada pembangunan.

Kita minta menteri supaya memberikan penegasan yang lebih supaya perkara ini dapat ditangani segera dan mereka dapat bersama dalam arus pembangunan negara. Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, Butiran 02500 Jalan Kampung dan Penyelenggaraan.

Saya kira sudah sampai masanya spec jalan-jalan di luar bandar ini perlu dipertingkatkan, supaya dapat semacam jalan-jalan yang dibina oleh JKR kerana kerosakan jalan-jalan ini dengan tambahan, dengan lampu-lampu yang walaupun telah banyak kali kita pohon. Kalau di tempat Kuala Selangor ini Jalan Raja Abdullah, Kampung Bukit Kerayung masih lagi tidak dapat bekalan ataupun tidak dapat ameniti yang asas seperti jalan yang baik ataupun dengan juga lampu-lampu.

Jadi ini perkara yang saya kira akan dapat membantu keceriaan, keselamatan dan juga peningkatan
kualiti hidup rakyat di luar bandar.

Butiran 02401 – Ameniti Sosial satu lagi cara bagaimana kementerian mampu berikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita di luar bandar ini menikmati sedikit ameniti sosial seumpama futsal, padang bola mereka yang kesemuanya memerlukan peruntukan-peruntukan itu sampai dan dapat dinikmati. Contohnya permohonan yang kami buat di Pantai Remis Jeram, Jeram Batu 20. Kesemua ini masih lagi menunggu untuk sekian lamanya. Paling tidaknya lapan bulan sejak saya jadi Wakil Rakyat di
Kuala Selangor.

Juga begitu saya ingin masuk sedikit kepada perumahan. Saya masih menunggu bagaimana kementerian boleh memberikan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira dia daripada kerajaan mahupun Pakatan Rakyat – pembangkang.

Borang-borang seperti Program Mesra Rakyat ini di samping PPRT, sehingga kini rakyat bertemu dengan kita di Pusat Khidmat Rakyat. Akan tetapi borang itu tidak ada, mengapa perlu diadakan ataupun dipinggirkan ataupun dinafikan hak Ahli Parlimen untuk sekadar mendapat borang dan dijadikan saluran yang berkesan untuk menyalurkan peruntukan-peruntukan ini. Jadi itulah antara perkara yang ingin saya
sebutkan.

Saya ingin bertanya program lonjakan mega luar bandar ini. Peruntukan RM28 juta ini bagaimana? Bagaimana untuk benar-benar rakyat, semualah di luar bandar termasuk Kuala Selangor ia dapat memanfaatkan program-program yang besar bunyinya, hebat bunyinya tetapi kita mahu lihat perkara ini dapat disalurkan dengan berkesan dengan sistem penyampaian yang baik dan dapat dielakkan ketirisan dan kebocoran.

Andainya boleh sekiranya kalau sistem penyampaian itu baik dengan tidak ada dualisme ataupun khususnya dengan wujudnya JKKP yang bercanggah dengan semangat dan amalan demokrasi federalism. Ini perkara yang perlu diperhatikan. Sekian, terima kasih.

Rujuk: 13 November 2008, ms 115-117