MP PAS Titiwangsa: Bahas peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

13 November 2008:

Ahli Parlimen Titiwangsa membahaskan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 13 November 2008.

Teks penuh:
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Pengerusi, walaupun saya seorang Ahli Parlimen di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur tetapi saya terpanggil juga untuk bercakap tentang beberapa isu. Iaitu tentang butiran 010800 berkenaan dengan Institut Kemajuan Desa ataupun INFRA. Jadi saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang baru, jadi saya pun baru mengetahui pada hari ini tentang Institut Kemajuan Desa ini dan juga saya mendapat maklumat daripada internet yang
terletak di Bangi.

Di mana institut ini salah satu daripada tujuannya adalah untuk meningkatkan jati diri dan juga kemahiran pekerja-pekerja agensi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan termasuklah JKKKP tadi itu. Jadi saya ingin mengetahui di sini sebab antara program yang dijalankan ialah program pengkomputeran desa untuk kanakkanak desa.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan berapa banyakkah program-program yang telah dijalankan sejak tahun 2007 sehingga sekarang dan peratusnya mengikut negeri.

Kemudian yang seterusnya, saya juga dimaklumkan bahawa ada penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan. Jadi apakah bentuk penyelidikan yang dijalankan oleh INFRA ini? Adakah penyelidikan-penyelidikan ini, kalau boleh disenaraikan penyelidikan-penyelidikan ini yang telah dan sedang dijalankan dan apakah hasilnya.

Dan sebanyak mana hasil penyelidikan ini digunakan untuk pembangunan masyarakat. Di samping itu, di antara aktiviti INFRA, saya lihat ada seminar-seminar dan juga konvensyen-konvensyen peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah dijalankan.

Bagaimanakah, apakah hasil daripada seminar-seminar ini? Dan siapakah peserta-peserta ataupun golongan-golongan sasaran yang telah mengikuti seminarseminar dan konvensyen tersebut.

Seterusnya, saya selaku wakil rakyat mewakili rakan-rakan yang lain ingin bertanya bagaimanakah kami wakil-wakil rakyat dapat memanfaatkan aktiviti-aktiviti dan program-program INFRA secara langsung.

Kemudian, Butiran 010900 – pembasmian kemiskinan. Sebanyak RM1.652 juta telah diperuntukkan untuk pembasmian kemiskinan ini. Apakah program-program yang telah dijalankan? Adakah dengan RM1.652 juta yang diperuntukkan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membasmi kemiskinan seperti yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dan wakil-wakil rakyat yang lain. Jadi di sini kita mengharapkan supaya komitmen yang lebih daripada kerajaan untuk pembasmian
kemiskinan.

Sepatutnya setelah 51 tahun dengan hasil mahsul yang begitu subur dan juga begitu makmur di negara kita, sepatutnya tidak timbul lagi miskin tegar di negara kita. Jadi saya mengharapkan supaya kementerian memainkan peranan yang lebih serius dan bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan kementerian ini lebih kepada untuk membawa agenda BN dan juga propaganda BN. Seperti apa yang berlaku, kita tahu guru-guru KEMAS ini memang digunakan untuk kempen BN.

Jadi kalau sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, sudah pasti kita akan menjadikan KEMAS ini agen rakyat, bukan agen Barisan Nasional ataupun agen BR. Sekian, terima kasih.

Rujuk: 13 November 2008, ms 122-123

Tinggalkan komen