MP PAS Pendang dan Parit Buntar: Mencelah penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan industri

19 November 2008:

Ahli Parlimen Pendang dan Parit Buntar mencelah penggulungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya hendak bertanya berhubung dengan SMIDEC ini. Saya mendapat keluhan daripada pembuat-pembuat makanan yang sepatutnya mendapat label halal yang mereka ini berhasrat untuk mengeksport ke luar negara. Keluhan mereka adalah mereka sering menghadapi birokrasi untuk mendapatkan logo halal ini.

Mereka kata, kalau kita hendak mengeksport barangan ke luar negara terutama barangan makanan, misalnya biskut, saya berjumpa dengan mereka dan mereka mengatakan bahawa hendak mendapatkan logo halal itu pun sampai enam bulan baru boleh dapat. Ini birokrasi yang terdapat di dalam Halal Industry Development Corporation (HDC).

Sekiranya kita sudah mendapat pinjaman daripada bank tetapi untuk mendapatkan cap halal itu cukup sukar dengan birokrasi yang terdapat di sini.

Saya harap pihak kementerian boleh menghuraikan perkara ini dan boleh mempercepatkan ataupun berhubung dengan HDC untuk memberikan mereka ruang dan peluang yang lebih cepat untuk mendapatkan cap ini. Sekiranya tanpa cap ini mereka mengatakan bahawa kalau barangan daripada negara Malaysia ke negara Timur Tengah misalnya, sukar untuk masuk. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Jacob Dungau Sagan: Terima kasih, Yang Berhormat. Ini adalah di bawah jagaan Halal Industry Development Corporation (HDC). Jadi, kita akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenaan supaya pengeluaran cap ini dapat dipercepatkan. Mungkin mereka mempunyai masalah yang tertentu di mana kadang-kadang kajian perlu dibuat sebelum cap itu dikeluarkan bagi menentukan barangan tersebut benar-benar halal ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, kita akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan supaya kita boleh
mempercepatkan lagi pengeluaran cap dengan secepat mungkin.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya adalah lagi soalan tentang perindustrian kecil dan sederhana kecil. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya memetik antara masalah yang dihadapi oleh produk-produk kecil sederhana ini yang merupakan satu sektor yang besar dalam industri kita.

Masalahnya, apabila mereka menyertai Ekspo Antarabangsa yang difacilitatekan oleh MATRADE dan sebagainya timbul masalah dari sudut apabila produk itu kita promosikan, saya memetik kata-kata Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Dia menyebut apabila mengadakan promosi di luar negara, produk IKS memang mendapat sambutan menggalakkan.

Namun yang ini yang masalahnya, saya minta penjelasan, kegagalan menyediakan bekalan berterusan menyebabkan pengimport bimbang menjadikan mereka sebagai rakan kongsi tetap. Apakah pihak kementerian sedar masalah meneruskan kelangsungan eksport produk ini dan dia hanya bukan sekali buat ekspo kemudian belanja besar, kemudian bila dapat trading partner, kemudian dia gagal untuk
meneruskan lagi satu yang berterusan. Saya minta penjelasan.

Dato’ Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Yang Berhormat dari Parit Buntar. Terlebih dulu saya menjawab komen dari Yang Berhormat Silam tadi. Dia minta tentang ingin melihat supaya ada satu one stop centre yang diadakan di kawasan sudah tentu di Sabah.

Yang Berhormat kita memang mempunyai satu Pejabat MITI di Kota Kinabalu di mana semua pegawai dari SMIDEC, MATRADE, MPC dan juga MIDF yang ditetapkan di sana tetapi setakat ini mereka ini menjalankan semua outreach programme yang kita jalankan di negeri Sabah. Tetapi, cadangan Yang Berhormat untuk mengadakan satu one stop centre itu adalah cukup baik sekali.

Ini terpulang kepada kebolehan kementerian kita untuk mengadakannya di tiap-tiap kawasan tertentu. Ini kita boleh teliti dan boleh membuat kajian. Yang Berhormat Jasin juga sentuh dari segi khidmat tadi, kita memang, terima kasihlah Yang Berhormat Jasin oleh kerana memberi satu kepujian kepada MITI , lebih-lebih lagi kepada SMIDEC. SMIDEC ini memang mempunyai banyak program yang dijalankan untuk membantu pihak SME di seluruh negara kita.

Ada soft loan, ada matching grant, ada geran-geran untuk membantu mereka menyertai program, ekspo ataupun seperti MATRADE, INTRADE ataupun MIHAS. Bukan hanya di dalam negeri sahaja tetapi juga di kawasan luar negeri.

Jadi, oleh itulah saya rasa amat penting sekali kita memberi ucapan terima kasih kepada pihak SMIDEC dan juga MATRADE, MIDA dan lain-lain dalam kementerian. Yang Berhormat Parit Buntar tadi menyuarakan masalah untuk mengeksportkan barang ini. Kita sudah tahu bahawa apabila kita mengadakan satu showcase, ataupun MIHAS ataupun INTRADE ini banyak syarikat-syarikat SME kita menyertai INTRADE ataupun MIHAS. Jadi mereka ini menunjukkan produk-produk mereka yang berkualiti juga yang masalahnya ini apabila kita ingin mengeksportkan produk-produk ini, negara-negara yang kita ingin mengeksport ini memerlukan volume yang cukup sekali.

Inilah menjadi satu masalahnya, Tuan Pengerusi. Sebab itulah saya rasa kadangkadang SME ini tidak dapat mengeksport produk mereka dengan volume yang cukup baik dengan demandnya yang diperlukan oleh negara-negara tersebut.

Di Amerika, kalau mereka ingin mengimport satu bahan handcraft sahaja mereka memerlukan banyak kontena – volume of containers, bukan satu atau dua lori sahaja. Jadi, ini menjejaskan usaha kita untuk mengeksport barang-barang produk kita.

Walau bagaimanapun, demikian SMIDEC sentiasa mempunyai program untuk meningkatkan lagi pengeluaran dan juga kualiti produk kita yang kita sedang keluarkan setakat ini. Mereka tidak putus asa supaya SME yang sekarang ini boleh ditingkatkan kepada syarikat yang lebih besar lagi iaitu mempunyai turnover yang mungkin lebih RM25 juta dalam setahun.

Tinggalkan komen