MP BN Tenggara, Pasir Salak dan PKR Indera Mahkota mencelah penggulungan Menteri Perdagangan dan Hal ehwal Pengguna

19 November 2008:

Ahli Parlimen BN Tenggara, Pasir Salak dan Indera Mahkota mencelah penggulungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 19 November 2008.

Teks penuh:
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri. Sejak Yang Berhormat Menteri mengambil alih kementerian ini ada banyak perubahan yang dapat dilakukan. Kalau dahulu walaupun Yang Berhormat Shah Alam tidak menyokong tidak apalah.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ha jangan lupa undi ya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Adik-beradik pun kadang tidak boleh harap. Dahulu lesen untuk buka hypermarket dikeluarkan oleh kementerian. Kalau dahulu lesen hypermarket, bila hendak buka hypermarket dikeluarkan oleh kementerian dan kami di peringkat kerajaan negeri pada waktu itu terpaksa urus dan selesaikan masalah itu mengikut kepada lesen yang sudah dikeluarkan oleh kementerian.

Sekarang ini bila Yang Berhormat Menteri ambil alih, kementerian tidak lagi mengeluarkan lesen hypermarket terus apabila permohonan itu datang daripada pihak syarikat hypermarket, tetapi pulangkan balik kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan dapatkan pandangan daripada pihak berkuasa tempatan sama ada hypermarket wajar atau tidak wajar dibuka untuk kegunaan penduduk tempatan. Itu yang berlaku sebab pengalaman saya di peringkat kerajaan negeri.

Cuma satu sahaja saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Batu Pahat tadi. Dia betul apabila kerajaan negeri dapat permohonan itu…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jangan lupa undi juga.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Dua-dua saya bagi undi. Saya ada 12 undi itu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Hai ini sudah jadi lain ini. [Ketawa]

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Batu Pahat tadi Yang Berhormat Menteri kerana apabila kerajaan turunkan permohonan itu untuk mendapatkan feedback daripada pihak berkuasa tempatan, sama ada pihak berkuasa tempatan ini mendapatkan pula pandangan daripada misal kata daripada persatuan peniaga dan penjaja dan lain-lain dewan perniagaan kalau ada di kawasan tersebut dan lain-lain.

Itu kadang-kadang tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin kerana kadangkadang pihak berkuasa tempatan dia membuat keputusan sama ada patut atau tidak patut hypermarket itu dibuka di dalam kawasan pentadbiran operasi pihak berkuasa tempatan. Jadi saya benar dengan pandangan Yang Berhormat Batu Pahat itu supaya kalau dapat garis panduan itu disediakan dan supaya….

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kerap sangat ulang Yang Berhormat Batu Pahat ini.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Cuba jangan ganggu Yang Berhormat Pokok Sena. Sudah tidak ada kerja lain asyik mengacau orang sahaja. Sudahlah mengelirukan orang memanjang. Saya akan bawa kepada Tribunal Pengguna nanti. Saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri kalau dapat…

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya tidak ada undi.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: …Garis panduan yang spesifik itu ada di peringkat pihak berkuasa tempatan sebelum diangkat kepada kerajaan negeri untuk membuat pertimbangan dan sebelum diserahkan kepada pihak kementerian sama ada hendak mengeluarkan lesen atau tidak. Yang di Kluang itu ialah hypermarket Tesco yang telah pun diluluskan di Taman Aman di Kluang.

Oleh kerana pada peringkat awal kemahuan untuk pihak berkuasa tempatan untuk membantu supaya hypermarket itu dapat diwujudkan untuk memberikan kemudahan kepada pengguna itu ada tetapi oleh kerana peruncit-peruncit tempatan, peniaga-peniaga tempatan yang ada tidak bersetuju maka kerana itulah hypermarket itu tergendala buat sementara waktu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Sedikit-sedikit.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak melihat peranan hypermarket ataupun pasar raya-pasar raya besar ini dari sudut yang berbeza. Saya rasa dari segi open competition ini memanglah kita berasa simpati kepada sektor peruncitan kecil-kecilan yang dianggotai oleh orang-orang yang rata-rata kurang ataupun bermodal kecil. Akan tetapi kalau kita ambil kira dari segi sumbangan hypermarket ini terutama dalam sektor pelaburan asing yang diwakili oleh syarikat-syarikat asing memang sumbangan dia kepada suntikan modal dalam negara kita amat besar. Apa yang saya rasa kita perlu lihat di sini…

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta penjelasan boleh?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh, Yang Berhormat dia sedang minta penjelasan sekarang daripada Menteri.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya pula hendak minta penjelasan dengan dia boleh? Dia kata modal besar, saya hendak tahu berapa besar modal itu?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Berapa besar modal?
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Saya jawablah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You know that some of them they get credit.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Hendak saya jawab ke Menteri jawab?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Other 90 days ha? 360 days credit you know?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Teruskan Yang Berhormat Indera Mahkota.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Meniaga atas angin tidak ada modal. Ini siapa tadi tidak tahu itu. Yang Berhormat Gopeng pun tidak tahu. Dia tidak tahu ekonomi, dia ingat orang Melayu sekarang ini bodoh macam dahulu tidak tahu business.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Teruskan Yang Berhormat Indera Mahkota, teruskan ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia ingat orang Melayu bodoh tidak tahu meniaga. Yang Berhormat Gopeng…
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Jangan bawa kaum, jangan bawa kaum.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Biarkan Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Tuan Pengerusi minta dia tarik balik itu. Tuduhan itu, tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bukan saya kata Yang Berhormat Gopeng bodoh, Yang Berhormat Gopeng kata ingat saya bodoh? Kita bukan bodoh tahu.
Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Saya minta tarik balik itu.
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Hendak tarik ke tidak hendak tarik?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payahlah Yang Berhormat ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa hendak tarik, bukan saya kata dia bodoh.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Tuan Pengerusi kebaikan yang saya rasa perlu kita explore di sini ialah apabila kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh sektor hypermarket ini memang banyak seperti keselesaan pengguna, pengunjung dan sebagainya.

Salah satu perkara yang barangkali kita boleh tekankan di sini kita barangkali boleh syaratkan atau minta kepada sektor hypermarket ini untuk memberi ruang yang lebih besar kepada peruncit ataupun pengusaha-pengusaha tempatan.

Akhirnya sedikit demi sedikit accumulativenya kita dapat lihat ruang-ruang niaga di dalam gedung-gedung pasar raya besar ini, akhirnya barangkali banyak ataupun kalau boleh akhirnya sebahagian besar dikuasai oleh peruncit ataupun peniaga-peniaga kecil domestik, secara beransur-ansur. Ini memerlukan satu polisi yang barangkali boleh diambil secara jelas, dimainkan peranan oleh pihak kementerian untuk membawa masuk peniaga-peniaga kecil tempatan ini untuk ditempatkan secara sedikit demi sedikit mengikut sektor masing-masing.

Akhirnya kita akan nampak satu imbangan, satu balance di dalam meletakkan ruang di dalam pusat-pusat perniagaan yang berbentuk hypermarket. Akhirnya kita barangkali dapat lihat juga kesannya ada perniagaan berbentuk yang selama ini tidak mendapat tempat ataupun tidak diiktiraf produk-produknya di dalam hypermarket, akan terbuka ruang dan kita akan dapat lihat situasi yang lebih baik. Ini yang saya rasa pihak kementerian barangkali patut fikirkan dengan serius. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Shahrir Abdul Samad: Tuan Pengerusi, sebenarnya kalau saya hendak berhenti di sini pun sudah bolehlah. Pasal begitu banyak pandangan yang telah disampaikan. Tetapi saya rasa ini satu perkara yang memang penting kerana ini mengenai dengan perdagangan dalam negeri. Khususnya satu sektor perniagaan yang berubah mengikut keadaan negara, berubah dari segi tahap perubahan ekonomi negara. Kalau dahulu kita melihat umpamanya kedai runcit berjaya dalam konteks di mana yang menguruskan kedai runcit itu duduk di atas dalam konteks shop house yang sebenarnya.

Di mana tauke kedai duduk di atas, menjalankan perniagaan di bawah ataupun tidur di belakang dan menguruskannya sebagai satu perniagaan keluarga. Tetapi hari ini konsep perniagaan seperti itu atau dengan izin, business model seperti itu sudah berubah. Kalau kita lihat pula ianya dalam edaran masa itu telah mula kelihatan model seperti convenience store umpamanya, yang telah dibuka di beberapa tempat, khususnya di kawasan-kawasan bandar yang berniaga secara 24 jam. Juga telah timbul daripada mereka yang terlibat dalam perniagaan runcit bukan lagi membuka kedai runcit secara mana yang kita faham, tetapi telah mula masuk kepada mini market ataupun pasar raya, superstore dan sebagainya yang dikendalikan oleh peniagaan tempatan ataupun pelabur-pelabur tempatan dan peniaga-peniaga tempatan.

Dari segi dasar hari ini, saya ingin hendak mengulangi bahawa keadaannya ialah kita sudah mempunyai lebih kurang 100 hypermarket asing yang telah dibuka di negara ini. 100 hypermarket asing ini dengan bilangan penduduk kita bermakna satu hyper market asing dengan bilangan hampir 250 ribu orang rationya dengan bilangan penduduk.

Pada pandangan kementerian ianya satu ratio yang membimbangkan, di samping itu kementerian sedar bahawa masih boleh dibuka hypermarket berasaskan pertimbangan-pertimbangan sepertimana saya
katakan tadi, berasaskan kepada pandangan pihak berkuasa tempatan. Bagi pihak berkuasa tempatan yang tidak ada rujukan kepada NGO dan badan bukan kerajaan, itu saya tidak boleh membantu.

Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dan insya-Allah kita semua dapat menggalakkan kepada pihak berkuasa tempatan dan juga kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapat pandangan daripada akar umbi, golongan yang berniaga kecil-kecil umpamanya.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bangun]
Dato’ Shahrir Abdul Samad: Kalaulah ada satu-satu permohonan, saya ingat Yang Berhormat daripada Pasir Mas kalau boleh tadilah masuk. Ini saya ingat sudah panjang sangat ini. Saya hendak cuba habiskan hypermarket. Di sini boleh kita mungkin menggalakkan satu kesedaran bahawa keputusan sebenarnya dalam konteks demokrasi, kita kena bukan sahaja mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Kita juga harus bertanggungjawab di atas keputusan yang telah kita buat. Iaitu bermakna bahawa adanya penglibatan kita di dalam keputusan yang dibuat sama ada di peringkat Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri. Supaya dalam soal perdagangan dalam negeri ini adanya penglibatan pandangan semua pihak. Itu status yang terbaru bahawa bukan tidak dilarang, tetapi diperhatikan dengan lebih teliti, kerana sebenarnya kita sudah sampai kepada satu ratio yang agak padat. Satu hypermarket kepada 250 ribu orang penduduk.

Kedua yang saya hendak nyatakan bahawa bertolak daripada perubahan suasana perniagaan ini memangnya sudah timbul masalah pandangan, kebimbangan daripada peniagapeniaga tempatan kerana ada berlakunya perubahan dari segi suasana ekonomi hari ini, dan cara pelanggan ataupun pengguna membeli belah dan sebagainya. Jadi dari segi itu bermakna bahawa konsep hypermarket ini mungkin lebih logik atau lebih memadai bagi kawasan bandar.

Dari segi tinjauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna, ini menyatakan bahawa sebenarnya sektor peruncitan bukan menguncup dengan adanya hypermarket. Malahan sektor peruncitan yang dimaksudkan peruncitan dari segi konteks retails yang maksud yang lebih besar. Bukan hanya dari segi provision shop.

Sektor peruncitan yang dalam konteks yang lebih besar, sebenarnya berkembang bersama dengan sektor pengedaran peruncitan, iaitu dalam bentuk hypermarket. Ini berlaku di bandar-bandar. Mungkin memang jelas bahawa masalah harga dari segi pengguna memang berpuas hati dengan adanya hypermarket.

Oleh kerana mereka mendapat tawaran. Adanya golongan yang boleh mendapat pekerjaan dalam hypermarket. Mungkin ada juga kesan-kesan sampingan umpamanya dari segi perubahan, dari segi logistik, dari segi pengedaran, dari segi penjimatan perbelanjaan, pengurusan yang telah membawa kepada satu model perniagaan yang membawa faedah. Di dalam keadaan itu sudah mula sepertimana saya katakan timbul satu kebimbangan di kalangan mereka, peniaga-peniaga Malaysia tempatan tentang perubahan yang sedang berlaku.

Daripada keadaan ‘non and top store’ sebuah perniagaan famili dalam bentuk kedai runcit kepada convenience store, kepada mini market masuk pula hypermarket asing sudah mula adanya
kebimbangan.

Terutama bagi golongan yang kita dapat tahu, golongan mereka yang berniaga di kompleks-kompleks membeli-belah. Di mana mereka sudah memulakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Apakah cara mereka pula untuk menyesuaikan diri dengan satu keadaan bahawa kompleks membeli-belah umpamanya boleh berjaya kalaulah mereka terlibat dengan mempunyai kedai-kedai yang barang-barangnya berharga mahal – designer stalls. Tetapi tidak pula berjaya kalaulah peniaga-peniaga dalam kompleks membeli-belah ini terdiri daripada peniagaan-perniagaan yang biasa sahaja.

Ini menunjukkan perubahan yang sudah berlaku dan permintaan kepada kementerian untuk melihat dan menggunakan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri ini ataupun dalam satu peranan kementerian yang ditambahkan untuk melihat ke hadapan, apakah perubahan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan peniaga-peniaga Malaysia bersesuaian dengan keadaan yang sudah pun berubah.

Ini satu cabaran saya rasa yang boleh kita fikirkan bersama-sama. Akan tetapi yang pokok saya rasa ya lah, kalau kita lihat kepada indeks harga pengguna dan ini pun terbukti dalam indeks harga pengguna bahawa masalah yang kita hadapi bukan kerana di dalam kawasan bandar kerana ia ada hypermarket, ianya ada kuasa pembeli, adanya persaingan tetapi di kawasan luar bandar dan ada daripada Ahli Yang Berhormat yang mengingatkan saya tentang projek perintis yang telah saya lakukan di Seberang Prai Utara dan juga di daerah Pekan yang mana projek perintis ini bukan bertujuan untuk mewujudkan sebuah agensi kerajaan.

Saya nak menyatakan di sini bahawa projek perintis yang dilakukan ialah melihat kepada pengedaran kerana teori saya, pandangan kementerian ialah bahawa satu masalah yang besar yang menyebabkan harga barang kita ataupun tidak berlakunya bekalan barangan ke luar bandar khususnya ialah kerana kos pengangkutan atau kos pengedaran itu.

Dan sistem pengedaran negara ini tidak efisien kerana kalau kita membuka kedai, kita menjadi seorang pekedai, yang menjual kicap/pembekal kicap datang dengan van dia, yang membekal/menjadi pemborong beras datang dengan van bawa beras dia. Satu lagi pembekal tepung datang dengan van dia sendiri.

Jadi bermakna sentiasa adanya perbelanjaan yang menjadikan pengedaran itu tidak efisien, itu pandangan saya. Projek perintis yang kita telah lakukan di Seberang Perai Utara dan juga di daerah Pekan telah menunjukkan pertamanya bekalan barangan perlu yang dulu tak boleh sampai ke kedai-kedai di luar bandar pada harga yang berpatutan boleh dilakukan dengan bukan banyak belanja.

Bukan dengan cara kita membuka sebuah syarikat milik kerajaan, letakkan seorang pengurus besar gaji besar dengan kereta yang besar dengan setiausaha sulit yang juga gaji besar dengan berbagai-bagai pegawainya dan pula syarikat itu mempunyai kenderaan yang mahal dan juga melabur dalam lori dan sistem pengangkutannya ataupun dengan melabur dan membeli untuk mendirikan gudang-gudang simpanan. Itu pendekatan yang tradisional, yang dulu. Kalau kita lihat sekarang, kita boleh menjadi seorang pengedar dengan menguruskan pengedaran secara …

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Yang Berhormat tak jawab…
Dato’ Shahrir Abdul Samad: …minta maaf. Kalau tak nak dengar, saya boleh berhentikan. Saya jawab, saya tahu Yang Berhormat dari Batu mungkin tak timbulkan perkara ini. Yang Berhormat dari Pokok Sena yang bertanya kepada saya. Saya minta maaflah, ini yang menjadi masalah.

Bukan saya nak mengajar, saya bukan seorang doktor bukan seorang pensyarah. Saya bercakap daripada segi hati yang melihat kepada masalah di bawah. Saya mungkin tak betul tapi saya punya pandangan, yang ini memberi pandangan sahaja bahawa kita boleh menjadi seorang pengedar. Kita boleh melakukan pengedaran tanpa kita reinvent the wheel atau kita melabur secara besar-besaran.

Kita boleh menggunakan sistem pengedaran dan pengangkutan yang sedia ada iaitu kerana sistem pengangkutan hari ini seorang itu dia pemborong minyak masak, saya ambil contoh Yang Berhormat Pekan. Dia pemborong minyak masak, kementerian saya upah dia tolong bawa beras 15%, tolong bawa tepung edarkan ke daerah Pekan. Satu daerah Pekan di mana pekedai-pekedainya tak pernah pun menerima beras 15%, sukar untuk mendapat tepung tetapi dengan harga bawah RM10,000 sebulan dapat kita menentukan pengedaran barangbarang ini kepada kedai-kedai satu daerah Pekan.

Jadi bermakna tanpa pelaburan yang banyak, tanpa dengan cara melihat secara tradisi tetapi dengan menggunakan sistem pengedaran yang sedia ada, pemborong yang sedia ada, kita boleh juga menambahkan efficiency ataupun kecekapan dan keberkesanan dari segi pengedaran barang-barang perlu terutamanya di dalam kawasan luar bandar.

Jadi, projek perintis ini juga kita akan panjangkan ke negeri Sarawak untuk dicubakan dan juga di negeri Sabah. Satu daerah di negeri Sabah dan satu daerah di negeri Sarawak kerana di negeri Sarawak dan negeri Sabah, masalah pengedaran lebih besar daripada masalah yang kita lihat di Semenanjung Malaysia ini.

Jadi kalau kita perit hati di Semenanjung, apatah lagi rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak dan sebab itu kita akan juga mengadakan percubaan yang sama, projek perintis yang sama untuk Sabah dan Sarawak. Umpamanya memang rakan-rakan kita di Sarawak memang tahu bagaimana tanpa…
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun]
Dato’ Shahrir Abdul Samad: Ha inilah tak boleh campur macam ini. Duduk, duduk. Next subject, subjek yang …
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bila nak habiskan?
Dato’ Shahrir Abdul Samad: Saya rasa ini baru bab hypermarket pak. Eh, Yang Berhormat Datuk. [Ketawa]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, duduk dulu Yang Berhormat. Saya ingin memperingatkan semua Ahli Yang Berhormat kita hanya baru lapan kementerian, dah lapan hari. Kita hanya tinggal hanya lapan hari lagi untuk menghabiskan 20 kementerian. Jadi, saya berharaplah semua bekerjasama untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan ini Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Shahrir Abdul Samad: Jadi, untuk nak menghabiskan bab pengedaran barangbarang perlu itu dan masalah harga di luar bandar. Saya berpendapat Tuan Pengerusi bahawa ianya bukan soal penguatkuasaan sahaja kerana kalau peniaga itu jual dengan harga yang mahal di luar bandar, ianya bukan kerana dia ini suka menindas orang tetapi kerana dia pun juga membeli pada kos tambahan pengangkutan yang membuatkan harga itu mahal. Kalau dikatakan udang di Pasir Salak, udang ke, ada udang?

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Udang galah.
Dato’ Shahrir Abdul Samad: Datang di sana RM30, datang ke Kuala Lumpur tentunya berbeza harga. Pilihannya ialah sama ada saya pergi ke sana ataupun saya menunggu beli udang di Kuala Lumpur. Soalnya soal kos pengangkutan dan di Sabah dan Sarawak, fakta pengangkutan memang besar. Memang merupakan satu fakta yang besar dan sebab itu projek perintis yang kita nak laksanakan di Sarawak dan di Sabah insya-Allah dengan hasil maklumat yang telah kita dapat daripada projek perintis di Seberang Prai Utara dan juga di Pekan dapat kita gabungkan untuk menentukan supaya masalah harga itu di mana kalau kos pengangkutan itu dibiayai oleh kerajaan, ia dapat membantu mengurangkan kos barang di kedai-kedai di luar bandar. Itu satu daripada perbahasan yang telah kita lihat mengenai dengan soal hypermarket.

Yang keduanya Tuan Pengerusi ialah mengenai dengan soal kepenggunaan. Saya percaya bahawa soal kepenggunaan ini tak akan habis-habis kita bincang. Bagaimana pun dilaksanakan pun saya rasa agak sukar untuk kita nak selesaikan masalah kepenggunaan sama ada dari segi penerangan, sama ada dari segi didikan, sama ada dari segi pelaksanaan konsep kepenggunaan itu dari segi hanya bentuk harga ataupun dari segi khidmat dan sebagainya memang berbagai-bagai pandangan yang akan ditimbulkan dari semasa ke semasa.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pandangan-pandangan yang telah disampaikan tentang soal kepenggunaan kerana saya rasa memang ia merupakan satu isu yang perlu mendapat perhatian kita.

Dalam soal ini, kementerian mempunyai Majlis Harga Barang Negara umpamanya yang telah ditubuhkan sebelum pilihan raya yang dahulu. Di dalam mesyuarat Majlis Harga Barang Negara itu telah dicadangkan perwujudan pemantaupemantau harga umpamanya.

Dan tentunya pemantau-pemantau harga ini sebagai mereka yang mempunyai kelulusan dari universiti. Tak akanlah mereka akan hanya menjadi pemantau harga tanpa memberikan perkhidmatan yang ada tambah nilai kerana kalau kita memilih mereka yang kelulusan dari universiti, peranan mereka walaupun secara kontrak dan gaji yang tidak sama dengan pegawai tetap di dalam kerajaan tetapi mereka mempunyai potensi untuk menyumbang lebih kepada peranan mereka sebagai pemantau harga. Mungkin kalau tak pun dari segi pemantauan, harus terlibat juga dalam penganalisaan dan juga melihat kepada aspek-aspek yang lain dari segi peranan mereka sebagai pemantau harga.
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bangun]

Dato’ Shahrir Abdul Samad: Ini sedang kita uruskan di mana buat permulaan kita mengadakan, ini bahagian yang kedua ya, ok.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan pasukan pemantau harga barang, memang ditubuhkan untuk memberi manfaat kepada pengguna secara amnya. Akan tetapi kalau kita tengok, pasukan ini ditubuhkan untuk memantau preskripsi dan juga harga dan sebahagiannya sebagai kualiti untuk barang-barang yang diedarkan kepada pengguna supaya pengguna tidak tertipu.

Dalam masa yang sama kalau kita lihat, kebanyakan barang-barang yang dipantau ini, origin nya, asal usulnya bukannya datang dari produk tempatan. Sebahagian besarnya datang daripada hasil barangan import yang dibawa masuk melalui agen-agen ataupun rangkaian yang tertentu. Saya ambil contoh satu, beberapa bulan dulu…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau bertanya Yang Berhormat, bukan berucap ya.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Okey, saya ringkaskan. Tindakan Council of European Union yang menolak barang-barang kita termasuk hasil laut dan sebagainya yang mengakibatkan kita kerugian lebih dari RM1 bilion. Saya rasa kalau perkara ini dilihat, kita juga sepatutnya mampu untuk menubuhkan council yang bertaraf atau bersifat begini untuk barangbarang dibawa masuk dari negara luar untuk diteliti dari segi kualiti, dari segi contaminationnya, pencemarannya, dari segi kesihatannya, dari segi rangkaian dan sebagainya.

Dan sudah tentu dari segi harganya juga menjadi isu yang paling mustahak. Dan kalau kita mampu tubuhkan perkara ini dan gabungkan sekali dengan pasukan pemantau ini yang terdiri dari cerdik pandai kita, saya rasa kita berjaya akan bangunkan satu struktur pengedaran dan peruncitan ataupun kepenggunaan yang lebih baik dalam negara kita. Terima kasih.

Tinggalkan komen