MP PAS Tiwangsa: Debat dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

26 November 2008:

Ahli Parlimen Titiwangsa mencelah penggulungan timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, pada 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak dapat hadir dalam waktu perbahasan tadi oleh sebab dua orang menteri turun kawasan saya iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat, kita pun tidak boleh tunggu Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad binti Ghazali [Titiwangsa]: Ya, saya pun tahu memang tidak boleh tunggu saya. Walau bagaimanapun saya terima kasih kerana mendapat peluang ini. Berkenaan dengan perpindahan ke PPR ini saya ingin bertanya bagaimana dengan merekamereka penghuni yang menjadi pemilik kepada rumah-rumah yang sebelum mereka miliki kemudian dipindahkan ke PPR dan dijanjikan akan menjadi pemilik pada PPR itu.

Sebagaimana contohnya misalnya penghuni-penghuni di Flat Pekeliling yang dipindahkan ke Desa Rejang. Sehingga kini mereka masih lagi terumbang ambing tidak tahu sama ada mereka akan diberi
pemilikan atau tidak di rumah PPR yang mereka telah dipindahkan sekarang.

Yang keduanya juga saya dimaklumkan dalam satu retreat dengan Kementerian Wilayah sebelum ini iaitu mungkin dalam beberapa peratus ataupun mungkin dalam 50% misalnya daripada PPR ini akan dijual kepada mereka yang menghuni unit-unit tersebut. Jadi bagaimanakah polisi terus berjalan ataupun tidak.

Yang ketiganya saya juga akan minta celahan kemudian nanti untuk tentang Pasar Datuk Keramat yang baru sahaja selesai saya lawati bersama-sama dengan Menteri. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Datuk Saravanan a/l Murugan: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang seterusnya mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bandar Tun Razak mengenai program-program mempertingkatkan taraf hidup kawasan perumahan awam. DBKL sentiasa menjalankan program-program berkaitan dengan mempertingkatkan taraf hidup di kawasan perumahan awam seperti kelas-kelas tuisyen dan kelas motivasi. Yang Berhormat juga telah membangkitkan isu mengenai perancangan Bandaraya Kuala Lumpur mesti disesuaikan dengan perancangan di negeri Selangor.

Jawatankuasa Bersempadan Kuala Lumpur-Selangor ditubuhkan untuk memantau dan menyelaras pembangunan-pembangunan di sempadan Kuala Lumpur dan Selangor. Di dalam penyediaan draf pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020, agensi berkenaan – pihak perancangan telah dijemput untuk turut serta dalam proses penyediaan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan pihak-pihak berkuasa tempatan persempadanan dengan Kuala Lumpur.

Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Jempol kekurangan tempat letak kereta di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Adakah perancangan untuk mengatasi. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini dalam perancangan untuk membina sesebuah kompleks yang dilengkapi dengan lot-lot penjaja dan juga tempat letak kereta bertingkat di lot PT80 di belakang Wisma Shen Jalan Masjid India.

Ianya dijangka dapat menambah tempat letak kereta sedia ada di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India. Walau bagaimanapun orang awam digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan-kawasan tersebut.

Ahli Yang Berhormat juga telah membangkitkan masalah petunjuk jalan lokasi di Putrajaya. Perbadanan Putrajaya sememangnya telah menyediakan petunjuk jalan sistem papan tanda di kawasan Putrajaya. Dari masa ke semasa pengunjung malah Perbadanan Putrajaya juga bekerjasama dengan pihak JKR untuk menyediakan papan tanda dari luar Putrajaya bagi untuk memudahkan pengunjung ke Putrajaya.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad binti Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Pengerusi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab soalan tentang PPR tadi.

Datuk Saravanan a/l Murugan: Sebenarnya Yang Berhormat masuk lewat. Saya telah mengumumkan kedudukan kerajaan ataupun kementerian dan jumlah PPR-PPR yang akan dijual kepada penyewa. Saya akan beri salinan kepada Yang Berhormat selepas mesyuarat ini.

Masalah Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas telah membangkitkan isu masalah pertindihan lot tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Masalah pertindihan lot yang berlaku adalah kerana terdapat perubahan pelan-pelan sesuatu yang digunakan semasa proses perpindahan daripada pentadbir Selangor ke pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan isu mengenai pembangunan Kampung Baru. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mempunyai perancangan untuk membangunkan tapak pasar minggu Kampung Baru di mana pembangunan ini akan menyediakan kemudahan-kemudahan kepada peniaga-peniaga sedia ada.

Di samping itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai perancangan untuk mengindahkan kawasan Kampung Baru dan kawasan sekitarnya yang melibatkan pembinaan siar kaki dan juga menaik taraf jalan. Untuk pembangunan fasa pertama yang melibatkan Jalan Raja Muda Musa telah pun disiapkan pembinaannya.

Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Taman Tasik Perdana, Taman Sri Budaya. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menaik taraf Panggung Anniversary di Taman Tasik Perdana dan dijangka siap pada bulan Mei 2009. Dijangkakan setelah dinaiktarafkan, persembahan dan pertunjukan seni budaya dapat diadakan secara menyeluruh pada waktu siang dan malam.

Untuk makluman Yang Berhormat, luas kawasan Tasik Perdana ialah seluas 101 hektar. Dalam kawasan Tasik Perdana ini terdapat beberapa taman-taman seperti Taman Bunga Raya, Taman Orkid, Taman Rusa, Taman Kancil, Taman Herba dan Taman Conservatory.

Selain daripada itu, sebuah Panggung Anniversary sedang dalam proses pembangunan semula. Adalah diharapkan dengan siapnya panggung ini akan dapat meningkatkan aktivitiaktiviti kesenian dan pelancongan serta rekreasi di ibu kota.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad binti Ghazali [Titiwangsa]: Laluan sedikit.
Datuk Saravanan a/l Murugan: Boleh saya habiskan Yang Berhormat dan akhir saya beri laluan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad binti Ghazali [Titiwangsa]: Tentang naik taraf jalan Kampung Baru. Sedikit sahaja Yang Berhormat.

Datuk Saravanan a/l Murugan: Boleh saya habiskan dan saya beri laluan selepas ini. Ahli Parlimen dari Pasir Mas juga telah membangkitkan isu pemalsuan dan penipuan urusan tanah di Wilayah Persekutuan. Sehingga kini PTG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengenal pasti sebanyak 20 hak milik yang terlibat dan isu pemalsuan hak milik tanah. Laporan dan siasatan telah dijalankan oleh pihak polis mengenainya dan isu masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam usaha menangani masalah pemalsuan dan penipuan PTG, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melaksanakan sistem biometrik di mana tujuan utama biometrik adalah bagi merekod maklumat mengenai pemilik tanah, wakil pemilik tanah dan wakil syarikat guaman.

Identiti individu yang berurus di pejabat tanah dikenal pasti melalui padanan cap jari dan MyKad. Seterusnya beberapa Ahli Yang Berhormat dari Lembah Pantai, Cheras telah membangkitkan isu trend Bajet DBKL yang berubah. Penyediaan Bajet DBKL adalah bergantung kepada kedudukan kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membiayai dan operasi projek pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sumber kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membiayai pelan perbelanjaan mengurus datangnya daripada sumber dalaman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri seperti melalui cukai taksiran, lesen-lesen dan sewaan serta kenderaan denda dan kompaun. Projek pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga dibiayai melalui dua sumber.

Sumber dalaman iaitu melalui lebihan operasi yang dikumpulkan di dalam rizab pembangunan dan juga caj-caj permohonan yang dikenakan ke atas permohonan pembangunan oleh pemaju. Di samping peruntukan Kerajaan Pusat melalui Rancangan Malaysia juga telah diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melaksanakan projek-projek pembangunan.

Penyediaan Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergantung kepada hasil yang diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk operasi dan juga rizab pembangunan bagi membiayai projek pembangunan.

Untuk makluman, trend Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebenarnya semakin menurun disebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak dapat menjana sumber pendapatan baru bagi membiayai perbelanjaan operasi di samping peruntukan daripada Kerajaan Pusat bagi aktiviti-aktiviti yang bukan menjadi tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tidak diberikan seperti penyenggaraan ITIS dan penyenggaraan jalan-jalan utama di samping beberapa kerja-kerja penyenggaraan yang sepatutnya dilaksanakan oleh agensi lain.

Projek pembangunan yang menggunakan rizab pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri terpaksa dikurangkan kepada rizab permohonan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri semakin berkurang. Kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat meningkat hasil bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh ditambah bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada warga kota.

Tinggalkan komen