MP PAS Kubang Kerian: Asas-asas pendidikan ini, kembali kepada semangat agama, kembali kepada menghayati ketuhanan itu sendiri

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan akhir, tentang modal insan. Terima kasih Timbalan Menteri yang begitu arif tentang modal insan ini. Cuma saya hendak bertanya bila bercakap tentang modal insan ini yang hendak kita bina adalah insan itu. Insan itu ada khalik, penciptanya. Saya rasa itu falsafah yang kita tidak boleh hendak tinggalkan.

Adakah dalam kita menuju kepada penyempurnaan modal insan ini, adakah kementerian telah bersedia sebenarnya untuk bagi orang Islam itu menjurus kepada agamanya. Ini rakyat kita Malaysia. Bagi orang Kristian dijuruskan kepada agama mereka itu, Hindu begitu juga.

Ini telah diamalkan saya melihat kalau kita mengkaji tentang why finnish education ini berjaya antara sebabnya ialah dia boleh membeli dunia hari ini dengan jenama Nokia seumpamanya. Kerana dia kembali kepada asas-asas pendidikan ini, kembali kepada semangat agama, kembali kepada menghayati ketuhanan itu sendiri.

Jadi adakah Kementerian Pelajaran telah menyediakan misalnya satu bengkel khusus mencari kepakaran ini sebagaimana kita seharusnya mengolah kembali perkara ini supaya modal insan yang kita hendak perjuangkan ini tidak tersasar ataupun tidak terbabas daripada falsafah asal itu iaitu untuk membina insan itu sendiri.

Kalau boleh kita kongsi bersama sebagai tanggungjawab bersama kita untuk melihat generasi yang akan datang adalah generasi bertanggungjawab kepada tuhannya, negaranya dan juga masyarakatnya. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Yang Berhormat, memang kementerian kita Kementerian Pelajaran kita bertitik tolak pendidikan itu berdasarkan kepada falsafah pendidikan kebangsaan kita. Falsafah yang menyatakan bahawa pembangunan secara menyeluruh, pembangunan diri insan berdasarkan kepada affirm believe and motion to god, berdasarkan kepada kepatuhan dan kepercayaan kepada tuhan.

Ini adalah merupakan teras dan intipati dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita. Yang diberi keutamaan ialah pembangunan diri insan, diri individu itu sendiri.

Pembangunan diri individu itu secara integrated dan secara bersepadu JERI disebutnya. Dari
segi jasadnya, dari segi rohnya, dari emosinya, dari segi sosialnya. Ini adalah merupakan fundamental dari segi falsafah pendidikan kebangsaan kita.

Jadi ini kita tidak lari. Tinggal lagi sekarang dari segi proses perlaksanaannya itu barangkali ada
menyimpang terpaksa kita tarik balik sebab itu kita selalu sentiasa mengajak guru-guru kita merenung tentang perjalanan pendidikan kita. Setakat manakah kita benar-benar telah dapat merealisasikan segala cita-cita yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita.

Memang perbengkelan dari masa ke semasa, semakkan kurikulum kita itu tidak harus lari daripada paksi tauhid paradigm, paradigma tauhid yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, ringkas. Melanjutkan apa yang rakan saya Yang Berhormat Batu Pahat. Bagi saya bukan persoalan kajian peringkat sekolah rendah dan menengah.

Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak cukupkah lagi bukti-bukti yang begitu empirical dengan izin, yang telah dikeluarkan kajian-kajian, research oleh universiti tempatan kita, tokoh-tokoh bahasa kita bahawa telah sampai masanya kerajaan review dan membatalkan langsung pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini.

Tak cukupkah lagi dengan bukti-bukti itu. Sudah lebih daripada lima tahun pelaksanaan. Rintihan guru di sekolah rendah, sekolah menengah, di luar bandar masalah-masalah yang berlaku tidak cukup lagikah sehingga kita hendak menunggu lagi kepada keputusan UPSR yang akan datang ini.

Saya rasa telah sampai masanya kerajaan mengubah balik secara total pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia dan bahasa ibunda. Apa pandangan Yang Berhormat?

Rujuk: Pencelahan penggulungan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali bin Ismail, 30 Oktober 2008, ms 175-176, 181-182

Tinggalkan komen