MP PAS Pokok Sena: MB Kelantan ada buat rombongan pelaburan ke China dan Dubai

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan pelaburan di Kelantan, tadi Yang Berhormat sebut tidak ada rombongan, pelaburan dan mungkin tidak ada pelaburan yang masuk.

Cuma saya hendak tanya adakah Yang Berhormat ada maklumat tentang wujudnya pelaburan dalam sektor pertanian daripada Singapura di Kelantan dan Jepun juga telah membesarkan pelaburan dia dalam kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa dan juga kita juga mendapat pelabur daripada China dalam industri perlombongan emas di Kelantan.

Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri memperbetulkan maklumat ini dan rombongan-rombongan yang dibuat oleh Menteri Besar ke China dan juga ke Dubai mengetuai rombongan-rombongan kontinjen pelaburan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jerlun juga bangun. Hendak beri peluang ini?
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Ya, baik.

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh apa yang Yang Berhormat sebut tadi mengenai FTA dengan Amerika Syarikat. Kalau kita sudah tahu keadaan di Amerika Syarikat begitu tidak menentu bukan hanya dari segi ekonominya yang kian merosot, skandal kewangan dan juga pilihan raya yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Tidakkah lebih wajar untuk kita buat masa ini tangguhkan dahulu perbincangan dan perundingan kita dengan pihak Kerajaan Amerika Syarikat tentang FTA ini sehinggalah keadaan lebih stabil dan kita benar-benar yakin bahawa segala yang kita putuskan itu akan mempertahankan ekonomi kita daripada sebarang masalah kelak.

Yang keduanya, berkait juga dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pokok Sena mengenai lawatan-lawatan yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Contohnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah diketuai oleh Ketua Menterinya sendiri ke Emiriyah Arab Bersatu di mana mereka sudah tentu mempromosikan negeri Pulau Pinang itu sebagai satu destinasi pelaburan yang baik. Tidakkah Yang Berhormat Menteri rasakan tidak adil bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang telah sekian lama membangunkan negeri tersebut tetapi apabila kalah di pilihan raya tiba-tiba pihak Pakatan Rakyat pula mengambil kredit, belum cukup setahun jagung pun memerintah negeri itu tetapi mempromosikan negerinya seolah-olah dialah yang membawa pembangunan yang begitu pesat hingga membawa kemajuan pada negeri tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kalah Ketua Pemuda …

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat dari Jasin membangkitkan soal apa yang harus kerajaan lakukan dalam hendak menangani kemungkinan-kemungkinan kesan daripada kegawatan kewangan atau pun krisis kewangan yang melanda dunia pada hari ini.

Saya fikir mungkin kita tunggu sedikit, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri waktu hendak menggulung itu nanti ada beberapa perkara yang akan dijelaskan dan ini mungkin akan memberikan lebih banyak pengetahuan atau pun informasi tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.

Saya telah jelaskan tadi bahawa memang kita tidak dapat mengelakkan bahawa apa yang sudah berlaku di banyak kawasan di rantau seperti Amerika dan Eropah ini akan membawa kesan kepada kita. Akan tetapi, soalnya bagaimana kesannya? Adakah itu serius atau tidak serius? A

pa sektornya sebagai contoh. Yang saya sebutkan contoh tadi dari segi perdagangan pasal kita masih berurus niaga dengan negara-negara itu. Bukan sahaja negara seperti Amerika atau pun Eropah tetapi juga berurus niaga dengan negara yang berurusan dengan mereka seperti Jepun, China yang tentu ada juga mempunyai implikasi pada perdagangan Malaysia.

Ini sudah kita ambil kira, sebab itu pendekatan yang hendak kita buat sekarang ini supaya kalau pun ada kesannya bagaimana kita dapat orang kata mitigate impact daripada kesan yang negatif tadi. Tidaklah sampai terlalu buruk sehingga kita menjejaskan ekonomi negara kita maka itu dari segi strategi untuk hendak menarik or mencari pasaran baru finding new market untuk produk-produk kita ini kita sedang tingkatkan sekarang ini.

Tidak kira di mana sehingga yang disebutkan tadi umpama di Timur Tengah. Ini yang dahulu tidak dieksploitasi secara optimumnya kita hendak melihat pasaran di situ ataupun ke Afrika yang orang kata mungkin negara ini miskin tetapi ada juga negara-negara yang mampu untuk berdagang dengan Malaysia. Walaupun sekecil mana menerusi MATRADE sebagai contoh kita hendak pergi juga cari pasaran-pasaran sebegitu, kerana kita tidak boleh orang kata memilih-milih Tuan Yang di-Pertua.

Dalam situasi di mana kemungkinan permohonan dan permintaan bagi produk –produk Malaysia itu terjejas dengan sebab kemerosotan ekonomi di negara-negara utama seperti Amerika dan Eropah. Maka kita ada orang kata tempat di mana kita boleh dapat sedikit setidaknya mengurangkan kesan tadi.

Ini inisiatif yang kita akan teruskan dan juga dari segi pelaburan yang penting bagi Malaysia kerana kalau di Amerika masalah timbul di Eropah sudah pun timbul banyak bank yang sudah pun orang kata bankrap dan sebagainya. Maka kesannya ialah modal manakah sumber modal yang kita perolehi? Kita dapati bahawa negara seperti Timur Tengah di GCC (Gulf Corporation Council) ini belum kita eksploitasi dengan sepenuhnya.

Di situ terdapat banyak lebihan modal ataupun surplus of capital. Mereka ada wang tetapi mereka hendak melabur dan kita mesti cari jalan bagaimana wang yang ada di situ, modal yang ada di situ boleh dilaburkan dalam projek-projek ekonomi yang menguntungkan kepada mereka.

Mereka tidak ada teknologi tetapi ada modal. Biasa kalau di Timur Tengah ini mereka hendak melabur. Dia orang kata tidak aktif involve secara menguruskan apa-apa pelaburan. Ini kita akan ambil kira dan sasaran kita juga ialah di kawasan Timur Tengah.

Selain daripada itu Yang Berhormat Pokok Sena memaklumkan ya, baguslah ada inisiatif itu tetapi saya kira tidak cukup. Bila pelaburan itu agak kecil saya tidak angka tetapi saya boleh maklum kepada Yang
Berhormat berbanding dengan negeri lainlah. Berbanding dengan Selangor sahaja itu antara diberi pakatan sendiri.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Itu sebahagian sahaja saya sebut itu.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Itu sebahagian mungkin kalau ada lebih lagi lebih baiklah. Memang di sektor pertanian itu mungkin Kelantan ada kemudahan sedikit kerana tanah dan sebagainya tetapi belum mencukupi kerana nilai pelaburan itu agak kecil sekali.

Ini soal hendak menangguhkan rundingan FTA dengan US ini bagi saya di peringkat ini kita belum sampai ke tahap yang kata cukup orang kata matang hingga kita kata dengan sebab masalah yang akan berlaku di Amerika kita berhenti, kerana banyak perkara dari segi teknikal Tuan Yang di-Pertua yang perlu dibincangkan.

Kalau hendak bawa di sini panjang dia punya isuisu yang berkaitan dengan pelbagai-pelbagai agensi yang di bawah kementerian-kementerian berlainan ini dia memerlukan pelbagai-pelbagai peringkat perbincangan.

Jadi kalau peringkat perbincangan itu saya fikir kita teruskan pun tidak apa kerana kita belum putuskan lagi bila masa hendak disempurnakan. Sebab itu tidak ada cadanganlah untuk kita kata hold on tangguhkan sementara masalah di Amerika itu selesai.

Sebelum ini, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan di sini pertamanya, dasar Kerajaan Pusat tentang soal pelaburan dan hubung kait kita dengan kerajaan-kerajaan negeri yang sekarang ini tidak dipimpin oleh Barisan Nasional, Pakatan Rakyat sebagai contoh.

Satu kenyataan yang saya sebutkan di peringkat awal sekali sewaktu saya mengambil alih kementerian ini ialah bahawa dari segi soal pelaburan asing sama ada kerajaan negeri itu dipimpin oleh Barisan Nasional ataupun bukan Barisan Nasional, dasar kita adalah sama, layanan kita adalah adil.

Kita tidak mengatakan jangan pergi ke negeri Perak ataupun jangan pergi ke Selangor, jauh sekali daripada kata jangan pergi ke negeri Kelantan. Itu tidak pernah kita bangkitkan. Kalau kita buat begitu, kita akan bagi satu isyarat yang tidak betul dan saya fikir itu satu perkara yang tidak akan kita lakukan kerana kita mahu supaya mereka memilih Malaysia. Di mana mereka hendak meletakkan projek mereka, kilang mereka hendak ditempatkan di mana sahaja, di utara, di selatan, di timur atau barat, itu adalah hak bagi pelabur.

Jadi kalau Yang Berhormat Pasir Mas tadi mengatakan apakah ada sekatan daripada pihak MIDA, kita tidak mahu pelaburan masuk ke negeri Kelantan, itu tidak betul, Yang Berhormat. Mungkin disebabkan oleh masalah di Kelantan sendiri kerana tidak ada inisiatif dibuat oleh pihak kerajaan negeri. Pergi ke mana-mana pelaburan tidak pernah buat. Dia harapkan pelabur masuk mencurah-curah ke Kelantan, ini tidak boleh berlaku.

Lagipun tidak jelas apakah dasar sebenarnya sama ada hendak menggalakkan pelaburan luar negara ataupun tidak. Ini tidak dilakukan. Jadi tidaklah boleh disalahkan Kerajaan Pusat kalau tidak ada pelabur berminat ke negeri Kelantan walaupun Kelantan itu mengamalkan dasar katanya Islamickah, apakah, sepatutnya membuka ruang untuk perniagaan tetapi kerana tidak ada usaha. Kalau tidak ada usaha, siapa yang hendak pergi ke sana?

Mereka melihat kemudahan-kemudahan infrastruktur pun tidak lengkap dan dasar tidak jelas, tidak ada usaha untuk mempromosi pelaburan.

Jadi, kalau itu berlaku tidak datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang, itu bukan masalah kita lah. Mungkin Yang Berhormat dari Pasir Mas boleh membisikkan kepada Menteri Besar supaya beliau boleh mengepalai satu rombongan. Saya tidak pernah dengar Menteri Besar Kelantan mengepalai satu rombongan untuk membuat satu pelaburan ke luar negara.

Jadi, demikian juga kategori yang lain. Yang Berhormat dari Gombak menyebutkan sama ada kita hendak mengamalkan dasar yang agak berbeza kerana mereka ini tidak dipimpin oleh Barisan Nasional, jauh sekali. Itu tidak kita lakukan. Ahli Yang Berhormat pun tahu, saya tidak pernah pun mengatakan kalau hendak datang ke Malaysia, pilihlah ke negeri-negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional.

Rujuk: Pencelahan penggulungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, 30 Oktober 2008, ms 144-145, 147-150

Tinggalkan komen