MP PAS Titiwangsa: Kementerian perlu buat kajian … 80% orang muda Islam tidak Solat

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menambah di sini sikit iaitu saya rasa saya patut dahulukan dengan ucapan tahniah dan syabas atas usaha-usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri khususnya, tetapi kita dapati banyak sekali kajian ataupun antara figure yang popular yang sering menyebut tentang kajian-kajian ini adalah Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang mengatakan 80% kita katakan orang muda Islam di Malaysia ini tidak solat.

Jadi kenapakah perkara ini agaknya berlaku dan adakah kementerian membuat kajian yang sama? Malah baru-baru ini seorang guru semasa dalam satu program motivasi untuk pelajar-pelajar SPM seramai lebih kurang 200 orang di Lembah Kelang ini, saya tak sebut nama sekolah itu. Dia bertanya, “Subuh tadi berapa orang yang solat Subuh?”

Jujur dia kata. Daripada 200 orang, cuma tiga orang saja solat. Saya tidak nak meletakkan semua salah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga kementerian tetapi bagaimana agaknya kita boleh sama-sama mencari jalan untuk mengatasi permasalahan ini. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Terima kasih. Ayat yang terakhir itu, bagaimana kita samasama. Ini adalah kolektif responsibility, ini adalah merupakan amanah dan tanggungjawab setiap seorang daripada kita termasuk diri kita sebagai seorang ayah, diri kita sebagai seorang ibu, diri kita sebagai seorang guru, diri kita sebagai seorang pemimpin masyarakat.

Apakah saja, ini adalah merupakan tanggungjawab bersama malah saya rasa perkara yang paling penting ialah asuhan di rumah. Sejak kecil lagi bagaimana anak-anak itu diasuh untuk mengerti, memahami, dapat kawal diri, dapat menyedari tentang hakikat dirinya, dapat memberi dirinya demi kebaikan.

Saya rasa ini adalah merupakan asuhan yang terpancar daripada satu keluarga yang benar-benar prihatin tentang tingkah laku dan adab anak-anak.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kementerian menyedari bahawa ada satu kaedah yang dinamakan KIU, di mana kaedah ini merupakan satu bentuk pertuturan unik di mana setiap pelajar yang cacat pendengaran diajar, dilatih bertutur dengan melihat gerakan bibir dan juga gerakan tangan serta bunyi.

Sehingga akhirnya mereka ini boleh mengeluarkan bunyibunyi. Walaupun tidak 100% sama seperti orang yang mendengar, tetapi bunyi yang boleh difahami.

Saya baru-baru ini telah dijemput menghadiri majlis khatam Al-Quran pelajar-pelajar yang berada di kawasan Kampung Pandan, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh sebuah NGO dan mereka mengguna pakaikan sistem KIU ini. Di mana, lebih kurang dalam 10 pelajarpelajar ini telah khatam Al-Quran. Mereka berumur di antara 11 hingga 12 tahun, walaupun mereka cacat pendengaran, mereka boleh membaca Al-Quran dan membunyikan Al-Quran itu sehingga kita boleh memahami.

Adakah pihak kementerian menyedari kaedah ini wujud?

Dato’ Razali bin Ismail: Sebenarnya saya tidak familiar dengan pelbagai kaedah speech therapy seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat itu. Malah, baru-baru ini saya ada berbincang dengan beberapa NGO tentang masalah-masalah anak-anak di dalam pembelajaran ini.

Saya rasa tidak ada halangan kalau sekiranya Yang Berhormat melawat di sekolah kita di Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan itu. Ada pelbagai kaedah yang digunakan di sekolah itu malah saya pernah melawat dan melihat pelbagai kaedah yang telah digunakan. Saya tidak tahu sama ada KIU yang disebut oleh Yang Berhormat itu digunakan di situ ataupun tidak.

Melahirkan ahli sukan berkualiti. Dalam usaha ini, Kementerian Pelajaran telah membantu melahirkan bakat-bakat muda dalam bidang sukan dari peringkat sekolah rendah lagi. Melalui aktiviti sukan dan program-program yang dijalankan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang bermula seawal umur 7 tahun hingga ke umur 18 tahun.

Kita telah dapat melahirkan ramai ahli-ahli sukan yang telah berjaya mengutip pingat dan juga kejayaan di pentas antarabangsa. Di antaranya, tokoh-tokoh penerjun Olimpik Negara, Bryan Nickson Lomas, Rufina Tan, menang emas sukan Asia di Doha. Datuk Nicole David, pemain nombor satu dunia bagi
sukan skuasy dan lain-lain.

Rujuk: Pencelahan penggulungan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali bin Ismail, 30 Oktober 2008, ms 173-174, 177-178

Tinggalkan komen