MP PAS Titiwangsa: Status Rakyat luar negara berkahwin dengan Rakyat Malaysia?

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengemukakan juga berkenaan dengan keluhan sebahagian daripada masyarakat kita iaitu mereka ini adalah terdiri daripada pasangan kepada rakyat Malaysia. Mereka ini rakyat luar negara berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Malangnya berkahwin dengan rakyat Malaysia ini walaupun telah duduk di sini berbelas-belas tahun tapi mereka masih belum lagi mendapat kerakyatan dan tidak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia meskipun anak-anak mereka bersekolah di sini.

Mereka membesarkan anak-anak mereka di Malaysia malah sering kali apabila mereka kerana Jabatan Imigresen itu kalau sekiranya terlambat sedikit misalnya atas apa-apa sebab maka mereka telah dicharge over stay dengan izin.

Jadi mereka mengatakan bagaimana kami overstay in our own home country dalam negara kami sendiri. Jadi saya kira ini pun juga perlu diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat panjang lagi Yang Berhormat?
Dato’ Chor Chee Heung: Sikit sahaja. Tinggal sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, habiskan Yang Berhormat ya.
Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih kepada dua-dua Yang Berhormat. Satu mengenai permohonan sama ada status pemastautin tetap ataupun kewarganegaraan sukarlah saya di sini ingin memberikan jawapan kepada Yang Berhormat.

Bukan macam dulu yang biasa kita dengar tapi saya ingin bagi tahu Yang Berhormat kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri sentiasa memberi pertimbangan. Akan tetapi oleh kerana begitu banyak permohonan termasuk dengan kerja-kerja terlibat untuk memastikan supaya seseorang ini layak atau tidak layak diberikan ataupun sama ada seseorang pemohon telah memenuhi semua syarat akan
mengambil masa yang agak lama.

Kita memang beri kelulusan tapi agak tidak begitu banyak seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, saya setuju.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Dato’ Chor Chee Heung: Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah pun buat keputusan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas supaya mempercepatkan lagi permohonan pemastautin tetap dan juga kewarganegaraan.

Rujuk: Pencelahan Penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, 30 Oktober 2008 ms 124-125

Tinggalkan komen