MP PAS Tumpat: Minta Sekolah Agama Rakyat dapat bantuan Kerajaan tanpa syarat

Soalan No. 12 – Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah kerajaan akan berikan bantuan sepenuhnya kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tanpa apaapa syarat.

Timbalan Menteri Pelajaran II [Dato’ Razali bin Ismail]: Laporan Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad 2004 kepada pihak kerajaan untuk memperkasakan sekolah-sekolah agama negeri dan juga agama rakyat telah mendorong kerajaan untuk mengambil tindakan-tindakan yang positif ke arah memperkasakan sekolah tersebut.

Dengan itu sekolah-sekolah agama negeri dan juga sekolah agama rakyat telah berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ataupun (SABK).

Kerajaan juga menyarankan supaya sekolah SAR dan SAN berdaftar dengan Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan untuk membolehkan menikmati bantuan sumbangan modal dan juga sumbangan bantuan penuh seperti yang dinikmati oleh sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain.

Dari segi bantuan per kapita juga sekolah-sekolah tersebut akan mendapat kadar bantuan per kapita yang sama dengan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Di antara jenis-jenis bantuan yang lain yang akan diperoleh termasuklah makan asrama, ko-kurikulum, yuran khas, pakaian seragam, insentif pendahuluan guru, pembaikan kecil dan juga utiliti.

Untuk makluman Yang Berhormat pada Ogos 2008 sebanyak 154 buah daripada 381 Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri telah menandatangani MoU persetujuan mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan memberi manfaat kepada kira-kira 37,000 guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah SABK ini.

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum dan rakyat Malaysia seluruhnya tahu kalau kita hendak mengetahui institusi manakah yang telah mempelopori kemerdekaan negara kita, ianya bukan UMNO tetapi ianya adalah Sekolah Agama Rakyat.

Daripada Sekolah Agama Rakyat inilah tokoh-tokoh, pemikir-pemikir, pelopor-pelopor, kesedaran berkenaan dengan kemerdekaan dicetuskan. Oleh itu saya rasa apa yang telah dilakukan terhadap Sekolah Agama Rakyat ini ialah mereka telah menjadi mangsa kepada Pilihanraya Umum 1999 yang lalu lagi.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan jawapan yang kita dengar tadi yang agak baik dari segi umumnya tetapi dengan kata-kata seperti sekolahsekolah ini perlu mendaftar.

Dengan bukti Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri sebutkan tadi, hanya daripada 300 lebih sekolah, 100 lebih sahaja yang mendaftar. Dicampurkan pula apa yang saya dengar bahawa di negeri-negeri tertentu termasuk di negeri Terengganu sendiri Sekolah-sekolah Agama Rakyat walaupun telah mendaftar tetapi belum lagi mendapat manfaat, bantuan yang disebutkan tadi.

Maka saya ingin sekali lagi bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah dasar ini pun akan diubah lagi supaya Sekolah Agama Rakyat secara automatik seperti yang dipelopori oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang apabila beliau menjadi Menteri Pendidikan dahulu.

Diberikan bantuan ini tanpa syarat, tanpa perlu mendaftar dan tanpa mengira di negeri mana sekolah-sekolah ini terdapat. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Yang Berhormat, persoalan pertama tentang mainan politik itu
kalau boleh kita sangkut politik masing-masing di luar pagar, di luar sana. Apabila kita bercakap
DR. 30.10.2008
27
tentang pendidikan, kita bercakap dari segi pembangunan modal manusia kiat dengan sebaik
mungkin. [Tepuk] Dengan bersandarkan kepada al-‘adl, ehsan kita kepada anak-anak kita ini.
Untuk makluman Yang Berhormat ya, sebenarnya ada beberapa kekangan tertentu
terutamanya tanah dan milik tanah itu sendiri dan juga bangunan kekal. Ia merupakan milik
Lembaga Pengelola Sekolah, jabatan ataupun kerajaan negeri sendiri.
Ini adalah merupakan beberapa constraint dan kita tidak mahu ganggu perkara-perkara
seperti dan kita juga sebenarnya berusaha untuk memperkasakan sekolah-sekolah ini. Tentang
syarat-syarat tertentu itu perlu ada. Kadang-kadang sekolah-sekolah tertentu itu memerlukan
kebebasan dari segi kurikulumnya tersendiri. Misal kata kurikulum pengajian bahasa Arab, itu
adalah merupakan keluasan ataupun laluan-laluan yang diberi dalam rundingan kita atau MoU
kita dengan pihak-pihak sekolah ini.
Demikian juga dengan usaha-usaha. Sebenarnya kita ada usaha yang begitu gigih
sekali daripada Kementerian Pelajaran dengan mempunyai objektif untuk kita meningkatkan
pengurusan sekolah-sekolah agama rakyat yang kita lihat agak ketinggalan infrastrukturnya,
proses pengajian, pembelajarannya, sumber tenaga manusia, prasarana dan kemudahan dan
kita sedang berusaha ke arah itu.
Memang disebut tadi, sebahagian daripada sekolah itu masih belum mengikuti kita dan
kita sebenarnya mempelawa dan memang ada yang disebut tadi pengurusan kewangan masih
belum selesai. Ini adalah merupakan dalam rangka kerja malah untuk maklumat Yang
Berhormat sekarang ini pun ada persidangan seminar yang melibatkan semua sekolah-sekolah
bantuan sedang bersidang yang kita jemput sama sekolah mission, sekolah SRJK(C) dan
SRJK(T) serta sekolah agama rakyat ini untuk duduk bersama, kita berunding dan kita buka
ruang untuk melihat apakah masalah-masalah dan bagaimana Kementerian Pelajaran boleh
membantunya.

Rujuk: Sesi soalan Jawab lisan 30 Oktober 2008

Tinggalkan komen