MP PAS Kota Raja: Pemantauan terhadap sijil halal yang dikeluarkan?

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada HDC kerana proses pensijilan sekarang mengambil masa yang singkat.

Namun, apakah kekuatan penguatkuasaan, pemantauan dari segi penguatkuasaan setelah sijil ini dikeluarkan oleh HDC, kerana kita selalu mendengar kes-kes di mana ada sijil, ada logo, tetapi banyak lagi berlaku penyelewengan dari segi kehalalannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Terima kasih Yang Berhormat. Kota Raja. Kalau kita bercakap tentang penguatkuasaan, kita lihat bahawa sijil yang dikeluarkan oleh HDC ini memang sah lakunya adalah selama tiga tahun dan dalam masa tiga tahun itu, pada setiap enam bulan akan diadakan pemantauan.

Dalam masa yang sama juga sekiranya HDC mendapat aduan daripada mana-mana pihak, spot check akan diadakan secara berkala dan juga dengan sertamerta sekiranya ada aduan yang dibuat. Jadi saya lihat dengan apa yang telah dilaksanakan ini, kita akan dapat mengawal sedikit sebanyak berlakunya penyelewengan ini. Terima kasih.

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Soalan saya berapa kuat kekuatan penguatkuasaan ini, how many manpower you have?
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Kita bekerjasama Yang Berhormat daripada Kementerian Kesihatan dan juga KPDNHEP jadi pegawai yang ada daripada HDC akan bekerjasama. Kalau tiga power sudah booster sudah triple boosterlah cukup kuat Yang Berhormat.

Soalan asal
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) setakat mana perkembangan pelaksanaan Pensijilan Halal yang dilaksanakan, HDC di Malaysia; dan
(b) bagaimana penerimaan negeri-negeri di Malaysia tentang pelaksanaan Pensijilan Halal dan Logo Halal, HDC.

Rujukan: Sesi soalan jawab lisan, 3 November 2008

Tinggalkan komen