MP PAS Kuala Selangor: Melahirkan ‘Apex University’ …melahirkan ‘center of excellent in institutional learning and research’

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya sambung Yang Berhormat Menteri, soalan yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya memohon sedikit penjelasan seperti apabila kita membawa program APEX itu ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kita memberitahu kepada dunia bahawa public universiti kita ini belum bersedia untuk diukur dengan benchmark yang diguna pakai oleh global universities. Seperti begitu tanggapan dan persepsinya.

Kita dahulunya membawa pendekatan research university dan kemudian kita datang hari ini dengan APEX University dan daripada lima yang telah kita senaraikan, lalu kita memilih salah satu daripadanya dan USM telah dipilih.

Apakah kita memberitahu bahawa kita tidak bersedia untuk diukur hari ini dan datang kembali then, in 5, 10 years down the road, apakah itu underline philosophy nya? Itu satu penjelasan yang saya minta.
Keduanya, kalau kita perhatikan Ivy League University, top-notch university di Barat, di Amerika, Eropah dan sebagainya. Kita tahu bahawa ia mempunyai tradisi yang agak lama dan antara lainnya kemasukan students, very stringent.

Maka kalau kita hanya memilih salah satu daripada universiti tempatan, katalah USM, kita sedar bahawa bagaimana students from all various, performance dan background dapat memasuki universiti seperti itu.

Bayangkan kalau kita bandingkan dengan Cambridge, Oxford, kita tahu bagaimana sukarnya mereka memasuki Ivy League University seperti itu, tetapi kalau USM dijadikan universiti APEX kita ataupun top-notch university di negara kita ini, kita tahu bahawa ia tidak bertepatan dengan kita tanggapi sebagai Harvard, Ivy League University.

Lalu saya lebih mencadangkan, ini cadangan, bahawa daripada kita mahu bersaing dalam pendekatan melahirkan APEX university seharusnya kerangka pemikiran kita adalah untuk melahirkan center of excellent in institutional learning and research di mana kita tidak perlu memilih daripada empat, lima universiti tempatan yang agak hebat tetapi kita memilih bidangbidang tertentu sama ada seperti nano technology, sama ada seperti kalau kita hendak pergi kepada human genome, bio informatics sama ada kita hendak masuk kepada semantic, AI, artificial intelligent dalam pendekatan-pendekatan yang instead of art, instead of technology dan sains.

Jadi daripada itu, kita lakukan expertise sharing, information sharing, research sharing yang akhirnya akan dapat menjana seperti center of excellent, seperti kita ada IJN contohnya, daripada kita cuba untuk memaksa salah satu daripada universiti tempatan menjadi Ivy League University kita. Itu agak jauh dari sudut sasaran dan pendekatan strategiknya.

Apakah boleh kementerian dan menteri mendepani cabaran ini supaya datang satu framework yang di luar kerangka pemikiran yang biasa kerana kita memerlukan universiti-universiti ini, bukan hanya diangkat menjadi tiba-tiba dalam waktu yang terdekat sebab kita takut kriteria, citation index contohnya, itu adalah diguna pakai oleh Times Higher University Supplement, tetapi kita takut untuk mendepani cabaran seperti itu.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kuala Selangor, ada beberapa aspek mengenai APEX saya akan jawab sekali gus dengan yang lain-lain, tetapi yang menyatakan mengenai kesediaan kita untuk di taraf ataupun dikaji melalui sistem-sistem penerapan daripada tempattempat lain, sukalah saya menyatakan bahawa kita tidak ada masalah untuk di taraf ataupun mengikuti sistem-sistem penarafan di peringkat dunia dan sebagainya.

Hanyalah kita perlu sedar bagaimanakah sistem itu diguna pakai yang baru-baru ini dipakai sistem Times Highway Education Supplement, ia berasaskan kepada persoalan-persoalan, questionnaires yang dihantar sebanyak 200,000 lebih kepada pelbagai pihak yang ada kaitan dalam IPT seluruh dunia tetapi
yang datang balik hanya kurang daripada 2%.

Berbeza dengan sistem kita, apabila kita buat untuk APEX dan saya telah pun terangkan juga dalam Dewan yang mulia ini, ia berasaskan kepada qualitative dan quantitative penilaian yang mana selepas itu kita juga akan melihat, mengkaji, membuat audit, membuat interview menentukan semua maklumat yang kita dapat itu adalah benar kerana ia ada implikasi kewangan dan kita perlu membuat pilihan yang tepat. Berbeza dengan TEST, ia hanya questionnaire.

Jadi atas sebab itu, walaupun kita tidak khuatir untuk universiti kita tertakluk dan menyertai TEST, tetapi kita tidak boleh ambil itu sahaja yang boleh memenuhi, menepati keperluan kita.

Jadi itu adalah dua perkara yang berbeza. TEST juga melihat kepada pencapaian sebelum itu, manakala APEX kita lihat selain daripada pencapaian, kalau kita gunakan TEST sebagai asas pertama untuk kita filter siapa yang layak menyertai program APEX, kemudian barulah kita lihat sejauh manakah masa hadapan di universiti itu mempunyai perancangan-perancangan, mempunyai pelan-pelan yang boleh membawa universiti itu ke arah kecemerlangan sebagaimana yang telah kita rangka dan juga kita rancang.

Mengenai Segambut, saya akan jawab juga soal-soal yang ada kaitan dengan APEX. Perkara kedua, biasiswa itu sebenarnya di bawah tanggungjawab JPA…

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Cadangan center of excellent tadi macam mana menteri?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Saya akan jawab melalui APEX. Adalah di bawah tanggungjawab JPA, bukan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Maka sudah tentulah patut soalan itu dikemukakan kepada pihak JPA.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit penjelasan Yang Berhormat Menteri, atas track…
Tuan Yang di-Pertua: Jangan timbulkan perbahasan, itu sahaja.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Ya, ini bukan berbahas tetapi cadangan. Atas track yang kedua tadi, apa yang pentingnya adalah untuk bukan hanya satu center of excellence di mana-mana universiti tetapi yang perlunya di sana ialah sharing termasuklah pensyarahnya, lecturer academicnya dan resourcesnya.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Ini boleh dibahas dalam jawatankuasa.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi, daripada kita mengusahakan hanya satu – dalam track II itu satu centre of excellence, satu centre of excellence itu dikongsi dan diangkat bersama oleh the public universities together to create one centre of excellence that is really an Ivy League University ataupun the top-notch of institution atas satu-satu bidang yang tertentu yang kita merupakan leaders dari segi researchnya, international papers dan seumpamanya…

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin; Sebelah sini lebih cepat, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ..supaya tidak ada turf mentality di kalangan akademia ataupun akademik ini.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Ya, ya. Sebelah sini lebih cepat. Semua itu memang sudah dalam perancangan dan akan diumumkan untuk dilaksanakan. Terima kasih. Jadi, tidak lari pandangan itu.

Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan]: Sedikit saya, Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan bahawa Universiti Sains Malaysia ini mungkin tidak seperti Universiti Malaya ataupun UKM menurut Times Higher Education Supplement, saya tidak tahu kenapa USM dipilih sebagai APEX University.

Berita terkini saya juga dapat tahu bahawa VC-VC ini semua suruh pergi ke Germany untuk melawat universiti-universiti dan lagi pula maklumat yang terkini adalah seorang pensyarah yang buat penilaian akan dibayar RM5,000. Saya rasa ini sangat-sangat memeranjatkan saya, ini bukan tujuan APEX universiti. So boleh bagi sedikit penjelasan?

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Kriteria untuk memilih USM, tadi telah pun saya nyatakan. Ada tiga kriteria yang kita gunakan dan saya ingat lawatan yang dibuat itu adalah untuk melihat dan meninjau program yang sama yang dilaksanakan di Germany. Satu perkara yang amat penting yang perlu difahami ialah mana-mana universiti yang telah kita pilih untuk menyertai APEX jika gagal untuk mencapai sasaran maka maknanya ia perlu diambil tanggungjawab oleh Naib Canselor dan itu maknanya kegagalan dia.

Jadi, kita meletakkan asas yang tinggi dan mengenai perkara lecturer itu saya tidak begitu jelas, harap dapat Yang Berhormat maklumkan selepas daripada ini.

Rujuk: Sesi Pencelahan Penggulungan Menteri pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin3 November 2008 ms 34-38

Tinggalkan komen