MP PAS Padang Terap: Kenapa Projek tidak dilaksana secara PFI

Tuan Mohd. Nasir bin Mohd Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pengangkutan menyatakan terma utama dalam condition contract yang telah ditandatangani oleh kerajaan dengan MMC-GAMUDA JV baru-baru ini bagi pelaksanaan projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Tuan Yang di-Pertua, terma utama dalam Condition Contract yang telah ditandatangani oleh kerajaan dan MMC-GAMUDA JV baru-baru ini bagi melaksanakan projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar adalah seperti berikut:

(i) harga pelaksanaan projek ialah sebanyak RM12.485 bilion dan ini telah pun saya terangkan dan menteri saya juga telah jawab di dalam Dewan yang mulia ini;
(ii) tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama lima tahun bermula pada 1 Januari 2008 hingga 17 Januari 2013;
(iii) pelaksanaan projek ini adalah secara design-build dan ianya mengikut berdasarkan kepada kontrak yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya;
(iv) skop kontrak adalah meliputi perancangan, reka bentuk, pelaksanaan projek, pengujian, pertolehan dan juga penyelenggaraan; dan
(v) kontrak telah ditandatangani pada 25 Julai 2008. Terima kasih.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Kenapakah projek ini dijalankan secara reka dan bina, design and build dan tidak dilaksanakan secara PFI ataupun private finance and initiative yang diuar-uarkan oleh kerajaan bahawa ini salah satu daripada cara baru kepada pihak swasta dalam projek-projek infrastruktur.

Adakah kos yang dianggarkan, yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi adalah merupakan kos yang berpatutan setelah kita ambil kira perbandingan dengan kos pembangunan cadangan projek electric double tracking di kawasan selatan iaitu Gemas ke Seremban, terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Kenapa kerajaan tidak melaksanakan cara PFI, dan saya tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat di Dewan yang mulia ini tetapi mengenai dengan kos yang diambil kira setelah diadakan perundingan melalui design and build, ianya berdasarkan kepada tatacara dan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya dan setelah dibuat oleh Jabatan Kerajaan Raya dan telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat keputusan. Terima kasih.

Rujuk: Sesi soalan jawab lisan, 3 November 2008

Tinggalkan komen