MP PAS Pengkalan Chepa: AUKU seolah-olah ‘mengkontrol’ kebebasan pemikiran pelajar … sehingga pelajar

Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi, Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa salah satu daripada kriteria kenapa ranking kita jauh kerana sebahagian daripada pelajar-pelajar kita ini kurang berminat untuk bekerja di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, lebih 20,000 pelajar kita berada di Britain, yang lebih daripada tempoh yang mereka bekerja di sana. Sebahagian besarnya ialah siswazah-siswazah yang lebih, yang telah mendapat PhD ataupun dari segi kemahiran. Begitu juga di Australia dan juga di Singapore.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah kerajaan ingin mengubah dasar supaya membenarkan pelajar-pelajar ini bekerja di luar negara dan mendapat permit kerja di tempat tersebut?

Yang kedua, saya ingin mendapat penjelasan. Kalau kita pergi ke Britain, sebahagian daripada supervisor yang mengawasi atau yang menyelia siswazah-siswazah PhD ini, dia melahirkan rasa kurang puas hati kerana pelajar-pelajar kita yang membuat kajian untuk mendapat ijazah master dan juga PhD ini kurang kritikal terhadap sesuatu case tesis ini, dia menceroboh, dia bertanya saya, adakah di Malaysia ini mempunyai satu undang-undang seolah-olah mengkontrolkan kebebasan pemikiran pelajar-pelajar ini sehingga pelajar-pelajar ini tidak boleh bersikap kritikal dalam tesis dia.

Adakah kerajaan ingin memansuhkan AUKU yang menjadi sebab utama pelajar ini menjadi robot? Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang pertama sama ada boleh atau tidak pelajar itu terus bekerja di sana, itu bergantung kepada yang memberi biasiswa. Yang pertama juga berkaitan dengan soal mengenai pelajar yang bekerja di luar negara.

Jawapan saya itu ada hubung kait dengan soal ranking, yang mana saya katakan bahawa salah satu daripada markah yang akan diambil ialah soalan yang dikemukakan kepada agensi ataupun syarikat yang mengambil pelajar untuk bekerja, dan soalan itu dikemukakan kebiasaannya kepada Syarikat-syarikat Multinasional yang mana banyak pelajar kita tidak bekerja di situ. Jadi, berbeza dengan kefahaman Yang Berhormat berikan tadi.

Perkara yang kedua Yang Berhormat bangkitkan, itu saya ingat lebih banyak kepada satu persoalan politik. Perkara yang Yang Berhormat kemukakan, kalau boleh dinyatakan di universiti mana kerana yang mengambil master, yang mengambil PhD itu sebahagian besar adalah pelajar tidak semestinya yang datangnya ambil under graduate dari universiti tempatan.

Banyak yang kerja sebagai pensyarah dan sebagainya, ijazah pertama mereka daripada luar negara. Itu saya anggap sebagai satu persoalan politik melainkan Yang Berhormat boleh nyatakan universiti mana yang mengatakan bahawa pelajar PhD kita kaku, tidak kritikal dan sebagainya. Kita boleh…

Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Ini bukan persoalan politik Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Kalau tidak mana satu, sebab saya nyatakan Yang Berhormat kaitkan dengan AUKU yang banyak masuk ambil PhD dan sebagainya, pensyarah yang tidak semuanya belajar dari dalam negara.

Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Saya boleh namakan universiti. Salah satunya…
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Saya boleh terima dan kita boleh…
Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Salah satunya Universiti Birmingham, Maffey, Lester.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Kita akan ambil dan kita akan tengok sama ada ia pelajar yang dikatakan.
Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Dan pelajar ini bukan pelajar lulusan luar negara tetapi daripada dalam negara.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Kita akan ambil dan lihat perkara itu.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat dari…
Tuan Yang di-Pertua: Pengkalan Chepa.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Pengkalan Chepa sebab dia selalunya belah sana dia tidak ada langsung isu ini. Baguslah, satu pembaharuan oleh PAS, ini PAS yang tulenlah, PAS yang ala Turki itu cerita lamalah.
Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Puji pun marah juga. Saya puji di depan presiden sebab yang tulen sokong presiden, yang lagi satu itu belum tahu.

Rujuk: Sesi Pencelahan Penggulungan Menteri pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin3 November 2008 ms 32-35

Tinggalkan komen