MP PAS Kuala Selangor: “…dasar MOSTI belum lagi menunjukkan satu ketegasan, kejelasan ke arah deployment of sumber nuklear ..”

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, dalam mengunjurkan pembentangan renewable energy blueprint dan juga Yang Berhormat Menteri sedia memaklumi tentang keperluan kita to go atau pun untuk menggunakan alternatif renewable energy sources.

Jelasnya energy per kilowatt daripada petrol derived energy – 9 sen, gas – 7 sentiasa. Kalau tidak silap saya dan kalau nuklear 1.73 sen per kilowatt. Maka dari sudut dasar MOSTI belum lagi menunjukkan satu ketegasan, kejelasan ke arah deployment of sumber nuklear ini. We are always too late, too few.

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan sedikit penjelasan akan perkara ini khususnya walaupun nuclear sources ini dulunya ditanggapi sebagai suatu yang bahaya, diingatkan Chernobyl, kes-kes seperti Three Miles Island incident pada tahun 1979. Namun dengan IAEA, nuclear plant adalah lebih selamat dalam teknologi hari ini.

Bagaimana pandangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam dasar nuklear ini. Terima kasih.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

Saya sebenarnya akan menyentuh juga perkara itu dalam penyampaian ini. Saya hanya mengatakan bahawa kita sedang giat meneliti peranan dan sumbangan dalam sektor nuklear ini dari segi pembekalan tenaga. Namun memandangkan dasar belum lagi dibentuk maka pihak kementerian MOSTI dan KTAK sedang menyediakan satu rangka di peringkat dasar untuk dibawa kepada pihak Kabinet dan akhirnya kepada Parlimen dalam perkara ini.

Namun persiapan-persiapan sedang dilaksanakan bukan sahaja melalui MINT dan khususnya MOSTI
akan bertanggungjawab dari segi teknologinya dan akhirnya KTAK adalah bertanggungjawab dari segi pengeluaran. Namun selagi peringkat dasar itu belum lagi ditetapkan ataupun dikemas kini maka setakat ini perhatian MOSTI dalam perkara ini adalah dari segi minat industri dan persiapan tenaga kerja kita.

Untuk makluman, saya sudah maklum apa yang disentuh tadi kos untuk per unit itu sampai dua dan perubahan-perubahan besar di negara-negara lain di Eropah adalah menuju clean energy seperti nuklear. Namun saya melihat dalam perbahasan yang dijalankan bahagian Pembangkang pun berbelah-bagi dalam perkara ini. Ahli-ahli Yang Berhormat lain menyokong saintis-saintis tetapi Yang Berhormat Seputeh misalnya, dia menegur. Jadi, tidak mengapa.

Itulah pandangan yang kita perlu selagi kita dalam proses pembentukan dasar tersebut. Yang Berhormat saya ingin majukan, melihat Timbalan Tuan Yang di-Pertua menyentuh bahawa sebenarnya di negara ini sudah ada yang cuba memandu kereta yang dipacu oleh kuasa elektrik.

Jadi, minatnya memang ada. Kalau di negara Amerika Syarikat dan beberapa negara lain sebenarnya sebahagian motor ini boleh kita lihat di jalan raya. Sememangnya kita memantau perkara ini untuk tujuan penggunaan di peringkat industri dan komersialisasi.

Rujuk: Sesi Pencelahan Penggulungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili] 3 November 2008 ms 74-75

Satu Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: “…dasar MOSTI belum lagi menunjukkan satu ketegasan, kejelasan ke arah deployment of sumber nuklear ..” Posted on November 6, 2008 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

Tinggalkan komen