MP PAS Sik: Minta kerajaan wujudkan kedai-kedai harga contoh

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Menteri, sambung sikit. Terima kasih, masalah harga beras tadi. Sehingga semalam di kawasan pedalaman harga beras masih belum turun dan bila kita tanya kilang-kilang mereka kata belum ada arahan rasmi mengenai benda ini.

Jadi apa yang saya nak timbulkan bahawa walaupun tindakan kementerian berjaya dalam masa yang singkat tetapi apa yang berlaku sebenarnya, sasaran di kawasan-kawasan luar bandar ini lambat kesannya dan menyebabkan mereka ini masih tertekan dengan kenaikan harga ataupun harga yang tinggi itu.

Yang keduanya, saya ingin mencadangkan kepada Menteri kalau boleh kita wujudkan kedai-kedai harga contoh. Bukan sahaja beras tetapi barang-barang keperluan lain untuk membolehkan rakyat di kawasan pedalaman mengukur keadaan harga sesuatu masa.

Kerana kalau kita katakan benda atau harga-harga itu turun hanya di kawasan pekan, di supermarket supermarket yang besar, kesan yang akan diterima oleh rakyat pedalaman lambat sekali ataupun mungkin tak sempat nak terima, kalau harga minyak naik, barang akan naik.

Jadi mungkin keadaan ini akan berlaku berterusan dan saya mintalah benda ini diberi perhatian oleh pihak menteri. Terima kasih.

Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Menteri, satu lagi soalan.
Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, mengenai …
Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Menteri, satu lagi soalan mengenai food security. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, soalan saya adalah mengenai isu jaminan pemakanan ataupun food security. Bolehkah mana-mana negara pada hari ini memberi jaminan mengenai food security atau food… memandangkan harga-harga barang makanan sekarang ditentukan ataupun di control by speculators through various speculative activities.

Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kelang. Jaminan 100% memang mustahil untuk mana-mana negara buat tetapi kita ikhtiar, kita cuba sedaya upaya dan dalam konteks negara kita, kita telah berjaya mencapai sedikit kejayaan dan kita berharap satu hari nanti kita akan dapat memberi jaminan secara umum bahawa kita akan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Inilah yang cuba diikhtiarkan oleh kerajaan.

Secara umumnya ada international trade, mana negara yang tidak cukup mengeluarkan sesuatu produk itu perlu mengimport daripada negara-negara lain, ini asas perdagangan antarabangsa. Akan ada international trade dan pada masa yang sama dalam konteks makanan utama atau staple food,

kita harus berikhtiar untuk memastikan bahawa kita cukup bukan semua makanan tetapi khususnya bagi bekalan makanan utama, staple food kita harus berusaha untuk memastikan kita cukup bekalannya. Kalau tidak, apa-apa emergency yang berlaku kita akan berhadapan dengan masalah.

Rujuk: Sesi Pencelahan Penggulungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mustapa Mohamed3 November 2008 ms 52-53

Tinggalkan komen