Ucapan Ketua Pembangkang membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan

10 November 2008, 11.41 pagi:
Anwar Pertikai Status IPP, PERWAJA

Ketua Pembangkang membahaskan peruntukan Kemeterian Kewangan (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat. Setiap Ahli Dewan dibenarkan berucap selama 10 minit.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimmenegaskan tindakan kerajaan meluluskan semua hutang kumpulan Perwaja Holding Berhad (Perwaja) kepada bentuk geran pada 13 September 1998 hanya merosakkan kedudukan kewangan ekonomi Negara.

Katanya, dua minggu sebelum tarikh tersebut iaitu sebelum beliau dipecat daripada Kabinet, semua hutang Perwaja itu masih ditahan di Kementerian Kewangan untuk penelitian berdasarkan laporan ketua audit Negara dan PricewaterhouseCoopers (PwC).

“Jadi ini meyakinkan saya bahawa langkah tersebut ada muslihatnya,” katanya pada sidang Dewan rakyat disini, semalam.

Jelasnya, laporan ketua audit Negara menyarankan supaya peruntukan untuk tujuan itu perlu disediakan kerana sumber pembiayaan pinjaman adalah daripada kumpulan wang amanah rakyat.

Anwar berkata, sehingga kini belum membuat penjelasan sama ada saranan ketua audit Negara agar menyediakan peruntukan dan dibentangkan di dalam Parlimen belum dilakukan, kerana jumlah ini adalah daripada kumpulan wang amanah rakyat,” katanya.

Menyentuh mengenai isu Penjana Tenaga Bebas (IPP) Anwar berkata ia membebankan rakyat kerana kerajaan tidak bersedia untuk berunding semua dengan IPP yang mengaut keuntungan berliapat kali ganda sedangkan rakyat membayar harga petroleum pada kadar tinggi.

“Syarat-syarat perjanjian IPP diingkari dan wang tenaga Nasional Berhad (TNB) digunakan untuk membeli tenaga daripada IPP walaupun syarat-syarat itu diingkari”.

“Alasan kerajaan hormat perjanjian, sebenanya hormat syarikat ‘gergasi’ dan tidak ada keberanian piahk kementerian khususnya Menteri untuk berdepan denagn konglomerat besar walaupun perjanjian itu nyata merugikan pengguna,” katanya.

Mengulas kanjut pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Anwar berkata beliau tidak fikir kerajaan memilih untuk memberikan satu ruang berbincang dengan IPP kerana selalunya kerajaan menyebelahi syarikat besar.

“Kerajaan cakap IPP ini sedang dirunding semuala, tetapi 10 tahun sudah berlalu dan IPP terus mengaut keuntungan besar”.

“Sepatutnya kita harus jaga keseimbangan di antara kepentingan pengguna yang terpakasa buat bayaran tinggi dan keuntungan syarikat”.

“Sekarang ini kita hanya memilih membantu syarikat-syarikat besar dan IPP manakala rakyat di bawah dibebankan dengan tanggungan yang besar,” katanya.

Teks penuh ucapan:
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Pengerusi, Saya akan tumpukan B.1020300. Ini mengenai kemelut ekonomi yang melanda negara akibat dari kegawatan ekonomi dunia. Saya mencadangkan agar Kementerian Kewangan mengambil satu sikap lebih terbuka untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang diambil itu tidak hanya bermaksud menyelamatkan syarikat-syarikat teman atau kroni tetapi untuk merencana satu program ekonomi yang menyeluruh dengan mengambil kira semua pandangan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita telah mengusulkan supaya program pemulihan ini harus mengambil kira pandangan daripada pelbagai kalangan, mempertahankan usaha memacu pertumbuhan tetapi menjamin supaya pengagihan ekonomi terutama bagi rakyat miskin baik di bandar terutamanya di desa dan pendalaman diberikan perhatian.

Setakat ini Kementerian Kewangan khususnya Menteri Kewangan tidak sama sekali mengambil kira pandangan luar dari kelompok tertentu tidak seperti yang pernah diusahakan sebelum ini.

Perkara berikut ialah 30200 mengenai PERWAJA. Saya ada sentuh dalam perbahasan yang lalu tetapi saya ingin menambah satu hal yang mendesak. Saya telah mendapat maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Akaun Awam Bagi Tahun 2007.

Tuan Pengerusi, Kementerian Kewangan pada 13 September 1998. Ini menarik kerana pemecatan saya hanya dua minggu sebelum itu. Sebaik sahaja saya dipecat, maka kerajaan, Kementerian Kewangan telah meluluskan semua hutang kumpulan PERWAJA yang kami tahan di Kementerian Kewangan supaya penelitian dan berdasarkan Laporan Ketua Audit PricewaterhouseCoopers. [Tepuk]

Jadi ini meyakinkan saya bahawa langkah tersebut ada muslihatnya dan apa yang dilakukan ialah Kementerian Kewangan pada 13 September 1998 telah meluluskan semua hutang Kumpulan PERWAJA ditukarkan dalam bentuk geran daripada kerajaan dari tahun 1998 hingga tahun 2007. Ini sesuatu kerja bailout yang bermaksud menjahanamkan kedudukan kewangan ekonomi negara.

Laporan Ketua Audit Negara menyarankan supaya peruntukan tujuan ini perlu disediakan kerana sumber pembiayaan pinjaman adalah daripada Kumpulan Wang Amanah.

Sehingga akhir tahun 2007, tunggakan bayaran balik sahaja pinjaman bagi syarikat tersebut berjumlah hampir RM4 bilion. Jadi, kerajaan sehingga kini belum memberi penjelasan sama ada saranan Ketua Audit Negara agar menyediakan peruntukan dan dibentangkan di dalam Parlimen, belum dilakukan kerana jumlah ini adalah jumlah daripada Kumpulan Wang Amanah Negara.

Perkara berikut di bawah tajuk yang sama ialah mengenai isu penjana tenaga bebas. Perkara ini dibangkitkan dan ia membebankan rakyat kerana kerajaan tidak bersedia untuk berunding semula dengan IPP yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda sementara rakyat diminta bayar harga petroleum dengan kadar yang tinggi.

Syarat-syarat perjanjian IPP diingkari dan wang TNB digunakan untuk membeli tenaga dari IPP walaupun syarat-syarat itu diingkari. Alasan kerajaan, hormat perjanjian. Sebenarnya hormat syarikat gergasi dan tidak ada keberanian pihak kementerian khususnya menteri untuk berhadapan dengan pengglobalan besar walaupun perjanjian itu nyata merugikan rakyat dan pengguna.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Boleh mohon penjelasan? Terima kasih
Tuan Pengerusi. Di dalam jawapan Yang Berhormat Menteri sebelum ini, ada disebutkan bahawa sekarang ini TNB dan juga syarikat IPP ini dibenarkan berunding semula untuk menyemak kembali segala perjanjian yang ada itu. Jadi, tidakkah kita boleh menunggu sebentar daripada hasil perbincangan itu? Ini bermakna maksudnya bahawa kerajaan cukup prihatin terhadap isu yang berbangkit ini. Jadi, kita tunggulah hasil dari perbincangan tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat dari Batu Pahat, agak lumayan dan senang, boleh tunggu 10 tahun. Akan tetapi rakyat miskin di desa tidak sanggup tunggu dan terpaksa membayar setiap bulan. Itu bezanya.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Janganlah cakap begitu. Saya bertanya dalam keadaan yang…
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tidak, saya jawab pun dalam keadaan yang baik supaya fakta itu difahami. Kita…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat…
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya ingin mengingatkan bahawa perbahasan pada peringkat Jawatankuasa ini…
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Kementerian Kewangan, butirannya adalah seperti…
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya, saya sudah baca butirannya, 30020 termasuk IPP. PERWAJA sudah saya sebut. Ini termasuk isu IPP kerana ini melibatkan…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Jangan sentuh peringkat perbahasan pada isu-isu dasar.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini tidak dasar Tuan Pengerusi iaitu perjanjian IPP ini kerana melibatkan kos.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baik, baik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat tadi kerana mengingatkan saya supaya menekankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Laporan Ketua Audit Negara ini menyebut di antara lain:-
(i) tidak ada bukti yang menunjukkan laporan status operasi dan penyelenggaraan bulanan dan penyata kewangan tahunan penjana tenaga bebas digunakan oleh kementerian bagi melaksanakan fungsi kawal selia yang berkesan seperti mana yang ditetapkan di dalam Piagam Pelanggannya. Benar, kita sedang berunding.

Akan tetapi selama manakah kita harus berunding? Lima tahun, sepuluh tahun lagi? Perundingan selalunya menyebabkan kita kalah bila berhadapan dengan syarikat-syarikat besar;

(ii) tidak ada bukti menunjukkan account maintenance reserve yang diselenggara oleh Sigari Allergy Ventures Sdn. Bhd., Teknologi Tenaga Perlis Konsortium dan TNB Jana Manjung, semakan Jawatankuasa
Kewangan Penjana Tenaga Bebas terlibat mendapati maklumat berhubung penyelenggaraan akaun ini tidak didedahkan. Ini satu perkara yang cukup serius.

Pematuhan kepada syarat perjanjian penting bagi menjamin dana yang dapat membiayai kos
penyelenggaraan bagi setiap masa;

(iii) tidak ada bukti yang menunjukkan laporan status operasi dan penyelenggaraan bulanan dan penyata kewangan tahunan penjana tenaga bebas digunakan oleh kerajaan bagi melaksanakan fungsi kawal selia;
(iv) semakan terhadap penyata kewangan YTL Power Generation dan Panglima Power Sdn. Bhd.bagi tahun 2005 mendapati ada pembelian ke atas peralatan penjanaan loji tenaga dibuat melebihi had nilai ditetapkan dan tidak dapat dipastikan sama ada maklumat lengkap berhubung pembelian aset berkenaan ada dikemukakan oleh penjana bebas terlibat kepada Suruhanjaya Tenaga seperti mana dikehendaki di dalam syarat lesen;

(v) dari bulan September hingga Disember 2005 YTL Power Generation telah membekalkan tambahan tenaga berjumlah 174.4kwj berdasarkan pesanan faksimile dan secara ad hoc didapati bekalan tambahan ini tidak termasuk dalam syarat perjanjian. Maknanya syarat perjanjian bekalan yang dihadkan tidak dipatuhi.

Ini Tuan Pengerusi hanya sebahagian pelanggaran perjanjian yang dilakukan hingga akhir 2005. Maka, oleh yang demikian jaminan kerajaan untuk mengkaji semula itu tidak harus dilakukan sekadar menyenangkan habuan telinga rakyat tetapi tidak akan memberikan kesan yang sesungguhnya kerana selagi perjanjian ini tidak diperbetulkan dan IPP tidak dituntut supaya patuh kepada syarat-syarat beban akan terus ditanggung oleh rakyat.

Secara rumusan, kesimpulannya, saya ingin hanya menyentuh oleh kerana Menteri Kewangan kedua pun hadir. Terima kasih.
20400 – Saya bangkitkan tentang peruntukan PERDA yang terlalu kecil tidak munasabah.
War-war nak tolong bumiputera ini bukan hebat sekali tetapi kalau tengok peruntukkan
bumiputera Pulau Pinang ini hampas sahaja.
Yang kedua, ialah tentang kedudukan kelima-lima negeri yang di bawah pimpinan
Pakatan Rakyat. Menteri Kewangan Kedua harus sedar bahawa dia pun dari Pulau Pinang
mewakili kawasan Parlimen Tasek Gelugor. Jangan dianggap remeh untuk usaha menjamin
pembangunan negeri-negeri ini dan oleh kerana negeri-negeri ini memilih dan kebijakan,
kebijaksanaan pengundi-pengundi memilih Pakatan Rakyat jangan mereka dihukum. Kami bagi
jaminan seperti mana yang dilakukan lima-lima negeri ini, bahawa kawasan-kawasan yang tidak
memilih calon Pakatan Rakyat masih tetap diberi pembelaan. Itu bezanya pendirian kami.
[Tepuk]
Oleh yang demikian, saya ingin menekankan supaya kelulusan projek ini diteliti semula.
Bukan sahaja khusus kepada PERDA tetapi juga di Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau
Pinang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Rujuk: 10 November 2008

Tinggalkan komen