MP PAS Rantau Panjang: sesi soalan jawab lisan

17 November 2008, Soalan tambahan:

Kerajaan masih enggan mengambil kaedah Islam bagi menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat mutakhir ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Chong Chee Heung kepada soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat.

“Kita tidak boleh buat sekali gus ala Kelantan kerana negara kita Malaysia ini majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada sidang dewan.

Siti zailah dalam soalan tambahannya, meminta penjelasan kerajaan bagi mempertimbangkan cadangan untuk menggunakan undang-undang yang terkandung dalam agama Islam bagi menyelesaikan peningkatan masalah jenayah saban tahun.

“Ini adalah memandangkan Malaysia merupakan negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” ujarnya tegas.

Ia merupakan soalan tambahan yang dikemukakan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang meminta penjelasan mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi mencegah kadar peningkatan indeks jenayah pada masa hadapan.

Soalan asal No. 6. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan “trend” jenayah dalam negara keseluruhannya dan negeri Pulau Pinang secara amnya untuk tiga tahun yang lepas dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegah peningkatan indeks jenayah pada masa depan.

Teks penuh:
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, kerakusan nafsu manusia tidak mungkin dapat diselesaikan dengan undang-undang semata-mata. Apakah kerajaan bercadang untuk menilai balik undang-undang Islam yang terbukti lebih berkesan untuk menangani jenayah?

Jadi apa sebabnya, kenapa kita sebagai negara Malaysia tapi kita enggan, agama Islam sebagai agama rasmi tapi kita kurang berkeyakinan untuk melaksanakan sistem undangundang Islam dalam menangani jenayah di negara Malaysia. Terima kasih

Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Kita tidak boleh sekali gus buat ala Kelantan sebab negara ini adalah sebuah negara majmuk. Akan tetapi walau bagaimanapun, nilai-nilai Islam telah pun diserap masuk dengan begitu banyak undangundang supaya ianya dapat dinikmati oleh rakyat.

Walaupun majmuk kita dapat serapkan nilainilai Islam, nilai-nilai bangsa lain yang agak baik yang boleh semua ini kita bantu kerajaan supaya dapat menurunkan lagi indeks jenayah di negara ini. Yang Berhormat kata apa? Oh!, tanya DAP dulu. Perak dia kata Yang Berhormat. Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Tinggalkan komen