MP PAS Kuala Selangor: Mencelah penggulungan Menteri MITI

19 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor meencelah penggulungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit sahaja, saya sambung sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kuala Selangor. Ya, dalam pendekatan yang sama juga kerana kita telah menyebutkan untuk menjalinkan perdagangan, trade dengan khususnya inter-ASEAN.

Semalam ada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bercakap tentang keperluan untuk intensify perdagangan dengan OIC countries tetapi nampaknya kita seolah-olah terikat, beholden to dengan izin, kepada Amerika. Kita boleh mendapat lagi penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mahupun Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa kita perlu untuk sekian kalinya yang sudah hampir dua tahun lebih, masih lagi mengharapkan termeterainya FTA ini, boleh tidak kita mendapat penjelasan are we better off or in fact worse off dengan izin?

Kita masih lagi menunggukan jawapan ini secara jelas dan secara tegas. Kalau kita sentuh perkara-perkara yang akan kita terkorban ataupun perkara yang dipertikaikan itu tidak perlu saya senaraikan termasuklah bagaimana intrusion kepada sovereignty perdagangan kita atau hak kita, kedaulatan kita. Itu semakin parah because we are dealing with the only unipolar super power mungkin. Terima kasih.

Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ada persoalan yang sama tetapi isu lain.
Dato’ Jacob Dungau Sagan: Yang sama? Kalau isu lain tidak payahlah, jalan sahaja.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Ada soalan, ada soalan.
Dato’ Jacob Dungau Sagan: Soalan samakah?
Tuan Charles Santiago [Klang]: Bukan soalan sama.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: [Bangun]
Tuan Charles Santiago [Klang]: Bolehlah satu soalan sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Jacob Dungau Sagan: Tunggu dulu, dengar cerita dari saya dulu dan kalau ada perkara yang belum jelas nanti kita akan sentuh.

Tuan Pengerusi: Sila teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila teruskan.
Dato’ Jacob Dungau Sagan: Okey. Tadi Yang Berhormat Batu Pahat dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor telah menyentuh mengapa kita terus menjalankan rundingan dengan Amerika Syarikat ini kerana ini satu negara yang terlalu kuat sekali di dunia ini dan juga mempunyai kuasa yang kuat dalam rundingan. Kita nampak bahawa kita ingin melihat supaya negara kita ini mempunyai satu peluang untuk syarikat-syarikat kita ini mengeksport barangbarang keluaran negara kita termasuk SME yang banyak sekali mengeluarkan barang-barang yang perlu dieksport.

Jadi, kita ingin melihat supaya negara kita ini dapat memperoleh satu tempat di mana kita boleh eksport produk-produk kita ini.

Jadi oleh sebab itulah walaupun kita sudah mempunyai lapan rundingan tetapi kita tidak akan meneruskan rundingan ini sampai ke satu tahap di mana kita sama-sama berpuas hati seperti mana yang saya disebutkan tadi win-win situation. Jadi ini yang penting bagi kita. [Disampuk]

Jadi memang kita tahu apabila kita mempunyai perjanjian FTA dengan US ini nanti, memang mereka mungkin mempunyai kuasa yang kuat seperti yang disentuh itu tadi, mungkin mempengaruhi kita tetapi saya beri jaminan di sini kumpulan rundingan kita yang menjalankan tugas ini akan terus bergerak mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan kita.

Satu Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: Mencelah penggulungan Menteri MITI Posted on November 20, 2008 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

Tinggalkan komen