MP PAS Jerai: Sesi soalan jawab lisan, 26 Nov. 2008

26 November 2008:

Soalan tambahan:
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Melihat kepada peratus yang disebut oleh menteri berkaitan dengan golongan lelakilah terutamanya saya lelaki dan masa depan orang lelaki supaya lebih terjamin, apakah Kementerian Pengajian Tinggi bercadang untuk membuat kajian secara menyeluruh kenapa pelajar lelaki terkebelakang di IPTA, satu kajian yang memastikan lonjakan itu perlu dibuat segera di masa depan menteri sendiri dan semua golongan lelakilah. Minta penjelasan, terima kasih.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak dikirakan saya telah pun menjawab kerana ia lebih kepada pelajar-pelajar perempuan ini sebenarnya lebih tekun dan lebih konsisten, lebih consciences , lebih peka daripada pelajar lelaki yang lebih kepada kemahiran tangan, pergerakan dan sebagainya tetapi apa pun Yang Berhormat, fenomena ini berlaku mungkin kita membandingkan dengan satu ketika dahulu pelajar lelaki ini hendak kata tidak pandai sebenarnya pandai tetapi dia malas hendak fikir sedikit.

Yang pelajar-pelajar perempuan ini sebenarnya dahulu kala memang pandai daripada dahulu, orang perempuan, pelajar perempuan memang pandai daripada dahulu sampai IPT pun.

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Hai YB selamat, balik rumah selamat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Ini tentang kajian, mungkin kerana kekangan. Saya sebutkan kekangan keluarga di suatu ketika dahulu yang menghalang orang-orang perempuan daripada untuk membangunkan diri mereka, keluarga tidak membenarkan melanjutkan pelajaran tetapi hari ini keluarga telah diberikan pendidikan dan semuanya berfikiran terbuka.

Apabila pelajar perempuan diizinkan oleh keluarga untuk melanjutkan pelajaran sejauh mungkin, mereka telah membuktikan bahawa mereka lebih hebat daripada orang lelaki dan mungkin suatu hari akan menggoncang dunia, orang perempuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Menteri sudah mula takut dengan orang perempuan sekarang ini. [Ketawa]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Saya bukan…
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Jawab Menteri, jawab.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, saya bukan takut.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sudah mula takut ini.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Saya bukan takut tetapi saya hormat kepada orang perempuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita perlu kepada scientific research bukan sebut macam itu, bukan congakkan macam itu, scientific research.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Saya faham tetapi Yang Berhormat bercakap berdasarkan fakta. Saya bercakap pengalaman itu juga merupakan fakta dan angka. Terima kasih.

Soalan asal No. 9 – Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik mahasiswa lelaki dan perempuan di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi menangani sebarang ketidakseimbangan jumlah mahasiswa lelaki dan perempuan ini.

Tinggalkan komen