MP PAS Kuala Selangor: Sesi soalan jawab lisan, 26 Nov. 2008

26 November 2008:

Soalan No. 8 – Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan angka rasmi kadar pengangguran mahasiswa untuk 3 tahun lalu sehingga kini dan apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah ‘miss-match’ antara dunia akademik dan sektor industri serta keperluan pasaran.

Menteri Sumber Manusia [Datuk Dr. S. Subramaniam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2005, jumlah pendaftar aktif melalui portal jobs Malaysia di kalangan siswazah adalah sebanyak 32,279 manakala bagi tahun 2006 berjumlah 40,498 orang dan tahun 2007 sebanyak 41,579 orang dan sehingga 19 November tahun ini sebanyak 84,701 orang telah didaftarkan.

Akan tetapi, saya kena terangkan bahawa ini adalah jumlah siswazah yang daftar melalui sistem ELX di bawah Kementerian Sumber Manusia dan ada seberapa banyak daripada mereka yang sudah berjaya mendapat kerja.

Oleh itu, maklumat yang benar dan tetap tentang sebenar-benarnya bilangan yang menganggur ini adalah satu maklumat yang kita tidak perolehi kerana tidak ada sistem yang menunjukkan bahawa siswazah-siswazah yang menganggur dipastikan memaklumkan ke sesiapa kerana mereka menganggur. Oleh itu, maklumat tepat itu tidak boleh diperohi tetapi ini ialah mereka yang daftar melalui sistem yang ada di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan yang mulia ini, kementerian telah dan sedang berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk kemahiran untuk mengurangkan jurang miss-match di antara kemahiran yang dimiliki oleh graduan dan keperluan industri.

Bagi tujuan tersebut, kita telah mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan graduan yang keluar daripada IPTA mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sebenar industri. Kementerian Pengajian Tinggi pun telah berusaha untuk mengubah suai program pengajian bersesuaian dengan keperluan industri.

Di samping itu, pelabur-pelabur yang berminat melabur di Malaysia diminta memaklumkan melalui MIDA mengenai jumlah tenaga kerja serta jenis dan tahap kemahiran yang diperlukan. Sekiranya kemahiran yang diperlukan itu belum ada, Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan untuk melatih siswazah dalam bidang-bidang kemahirankemahiran yang diperlukan melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah kementerian.

Contohnya, pada baru-baru ini, dalam bidang business outsourcing, kita ada diberikan maklumat bahawa ada peluang lebih kurang 13,000 tenaga kerja pada tiap-tiap tahun. Kementerian telah mewujudkan standard iaitu National Occupational Skill Standard untuk bidang ini. Sekarang kita telah mengadakan program latihan kepada siswazah yang berminat untuk bidang ini.

Bidang ICT pun, kementerian telah menjalankan latihan di dalam bidang-bidang kemahiran khas seperti Software Development yang mana keperluannya masih tinggi di kalangan industri. Melalui tindakan-tindakan yang sedemikian, kementerian berharap masalah pengangguran di kalangan siswazah dan miss-match akan dapat ditangani dengan lebih berkesan. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengiktiraf kesungguhan dan komitmen Yang Berhormat Menteri dan kementerian beliau. Namun, nampaknya kita masih bergelut dalam usaha untuk menyelesaikan masalah miss-match ini.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, ada dua bahagian. Pertamanya saya ingin tanya kementerian manakah yang bertanggungjawab akhirnya mengeluarkan dengan satu blue print kah, satu master plan human capital ini?

Semalam saya bercakap tentang e-Master plan tenaga untuk sekian lamanya kita tidak tahu Kementerian Pengajian Tinggi kah, atau pun Kementerian Sumber Manusia. Itu soalan pertama kerana kita perlukan satu yang jelas dari sudut wawasannya dari sudut, strategik optionnya dan segalanya kerana kalau kita tidak ada blue print, maka inilah akibatnya, missmatch yang berterusan.

Itu yang pertama soalan saya, siapa yang bertanggungjawab? Who takes the ownership? Keduanya dalam soalan miss-match ini Tuan Yang di-Pertua kita tidak lagi boleh sebagaimana Yang Berhormat menteri sebutkan lakukan latihan retraining dalam bentuk generate.

Kita membelanjakan setengah million, RM500 million a year. Satu jumlah yang cukup besar dan sekali gus menunjukkan di mana gagalnya proses pendidikan kita. Apa yang saya hendak tekankan keperluan untuk kementerian melihat kepada critical strategic clusters yang seharusnya mengenal pasti keperluan.

Pertamanya kalau saya boleh sebutkan sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, clusters yang di samping ICT yang disebutkan tadi, creative technologies, software development dan SSO outsourcing perlu juga dilebarkan kepada bioteknologi, logistik, hospitality, Islamic Finance and banking. Kesemuanya ini memerlukan kita melakukan psychometric analisis terhadap graduan ini dahulu untuk kita kenal pasti attitude mereka, kecenderungan mereka.

Barulah kita boleh lakukan satu retraining yang akhirnya akan dapat mengatasi sedikit persoalan mismatch. Akan tetapi persoalan mismatch tadi perlu kod satu blue print. Modal insan yang kita sebut-sebutkan hingga hari ini tidak nampak di mana perkara itu, terima kasih.

Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat kerana kemukakan dua soalan yang mempunyai nilai yang tinggi. Satu ialah tentang tanggungjawab agensi terhadap pembangunan sumber manusia. Saya mengakui bahawa tanggungjawab ini ialah di bawah Kementerian Sumber Manusia dan baru-baru ini iaitu minggu lalu kita telah dengan rasminya melancarkan National Labour Blue Print untuk negara kita di mana segala isu-isu tentang keperluan tenaga sumber manusia dan dari segi keperluannya serta cadangan-cadangan macam mana kita kena menangani isu ini dari segi keperluan.

Sebelum ini, sistem pendidikan kita dan sistem latihan kita ialah daripada pengeluaran, tetapi tidak mengambil kira apa yang diperlukan. Sekarang ada satu pemindahan paradigma ini dalam hal ini di mana kita memberikan tumpuan yang lebih kepada apa yang keperluan di hand receiver iaitu di industri. Ini supaya sistem-sistem latihan kita bukan sahaja di dalam institusi pengajian tinggi, tetapi di dalam institusi vokasional kita di tujukan kepada keperluan yang telah ditetapkan supaya mereka yang keluar dari sistem ini boleh diserap dan boleh diterima di dalam sistem.

Itu ialah anjakan paradigma yang telah berlaku dan melalui itu pelbagai jenis perubahan sedang dibuat. Untuk menjawab soalan yang kedua itu, ialah tentang critical strategy. Saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa memang minda seseorang itu berlainan dan mereka mempunyai minat yang berlainan dan dari segi psikologi mereka dan daripada jati diri mereka.

Oleh itu, kita mesti memerlukan satu-satu kajian untuk memastikan bahawa apa yang sesuai untuk seseorang. Perkara ini sudah diambil kira oleh kementerian dan untuk membantu siswazah-siswazah yang menghadapi kesusahan untuk mendapat kerja, kita menggalakkan mereka supaya menjalankan testing macam apa yang disebutkan oleh saudara yang akan buat matching dengan skill yang mereka ada. Selain daripada segi psikologi, apa yang mereka suka dan daripada kemahiran mereka dan latihan mereka, latar belakang mereka.

Selepas itu memberi cadangan supaya mana-mana bidang yang mungkin lebih sesuai dengan mereka. Ini adalah usaha-usaha yang telah dia,bilangan, segala cadangan yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat sudah jadi pengamalan di bawah kalangan kementerian, terima kasih.

Satu Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: Sesi soalan jawab lisan, 26 Nov. 2008 Posted on November 27, 2008 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

Tinggalkan komen