Debat MP BN dan Pakatan Rakyat bahas usul potong Gaji Menteri Pelajaran

26 November 2008:

Ahli Parlimen Pasir Salak debat dengan Shah Alam, Gombak dan Parit Buntar membahaskan usul di bawah peraturan 66 (9) daripada DAP Serdang mencadangkan memotong gaji Menteri Pelajaran, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita mendengar Gombak menyokong kononnya perjuangan sekolah Cina tetapi sebenarnya ini adalah lakonan, lakonan Hindustan. Dalam hati dia lain, mulut untuk dapat sokongan politik tetapi tidak – kalau dapat pun tidak dapat bentuk kerajaan, tidak cukup. Baik duduk situlah melalak jadi jaguh pembelot bangsa. Ini yang akan berlaku. Tengoklah satu masa, kalau panjang umur kita tengok siapa yang membelot jadi pembelot.

Tuan Pengerusi tadi ada dari Parit Buntar menyebutkan tadi ayat-ayat Al-Quran. Saya hendak bertanya kepada beliau dia belajar Al-Quran ini dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Boleh saya jawab?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya boleh jawab.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya berkelulusan Al-Azhar dalam bahasa Arab dan sastera.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagus. Tidak saya tanya masa belajar Al-Quran itu belajar dalam bahasa apa?
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Bahasa Arablah Universiti Al-Azhar dia ajar bahasa Arab.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak boleh buat suarasuara begini Yang Berhormat berbahas sahajalah ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang lain tidak faham soal Al-Quran jangan campur.
Tuan Pengerusi jadi dia belajar saya pun belajar. Orang Islam belajar Al-Quran kita kena belajar dalam bahasa Arab. Ilmu Al-Quran dalam bahasa Arab, jadi kalau kita belajar sains ada bahagian-bahagiannya yang perlu kita belajar dalam bahasa Inggeris, apakah salah? Kita belajar bahasa Inggeris atau menggunakan bahasa Inggeris belajar ilmu itu? Sebagaimana Yang Berhormat belajar Al-Quran dalam bahasa Arab.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat hendak bagi jalan?
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Itu tidak ada kena mengena itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa pula tidak ada kena mengena itulah. Kalau tadi kalau saya gunakan perkataan ini jadi serupa saya tiru pergi ke sekolah. Kena pergi sekolahlah balik.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Boleh saya tanya sedikit?

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Namun saya tidak mahulah guna perkataan itu kerana ini doktor, profesor dan sekolah tinggi sudah pun kan. Saya tidak mahu menghina hendak mengatakan saudara Yang Berhormat terpaksa belajar lagi, pergi sekolah lagi. Kalau Gombak ada ke gunakan ayat itu? Bahasa dia itulah bahasa yang baik pada dia.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bahasa itu termasuk juga Ipoh Barat menggunakan bahasa-bahasa yang cantik tetapi niat dia jahat, menyakitkan hati sebagaimana yang disebutkan oleh Hulu Terengganu. Saya hendak bagi ingatan ini ingatan. Perkataan-perkataan yang menyakitkan hati ini akan menimbulkan…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: …pergaduhan. Jangan ingat ini Dewan kita boleh bercakap sesuka hati. Kita ada perasaan. Perasaan kita keluar Dewan akan terikut-ikut. Jangan kata we can agree to disagree. Jangan ingat boleh cakap…

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Ini bahas usul ini bahas usul ke hendak bagi advise?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak perlu tegur Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau bagi masa saya boleh berhujah. Perkara apa itu? Boleh, ini pakar juga ini bagi ini. Shah Alam dia rasa dia hebat kita dengar.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Belajar Al-Quran dalam bahasa Arab maknanya kalau tidak tahu bahasa Arab tidak boleh baca Quran. Maknanya kalau Pasir Salak tidak pandai cakap bahasa Arab tidak baca Quran lah ini? Saya hendak tanya Pasir Salak. Pasir Salak boleh cakap bahasa Arab tidak? Boleh tidak?

Kalau tidak boleh, kalau ikut teori Pasir Salak bererti tidak belajarlah Al-Quran kerana hendak belajar Al-Quran kena guna bahasa Arab. Ini samalah macam dahulu ada sekali sorang ustaz dia kata, “Hendak pergi naik haji saya ajar dalam bahasa Arab”. Pasal hendak pergi ke Saudi Arabia, hendak pergi Mekah, hendak pergi Madinah. Pergi ke sana semua hendak baca dalam bahasa Arab mari masuk kelas saya ajar dalam bahasa Arab. Habuk dia tidak faham. Dia kena ajarlah dalam bahasa Malaysia bahasa Melayu baru dia faham.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Pesuruhjaya PAS sudah kena pecat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Boleh jawab?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau belum puas lagi dengan soalan itu teruskan saya hendak dengar.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dengar jawapan dahulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dengar jawapan dahulu. Saya kata kalau hendak faham apa di dalam Al-Quran itu kita kena belajarlah dia punya dalam bahasa Arab dan apa terjemahannya kepada bahasa Melayu. Kita kena mengerti Bismillaahir Rahmaanir Rahiim itu bahasa Arab. Kita kena faham apa itu Bismillaahir Rahmaanir Rahiim itu dalam bahasa Malaysianya. Jadi bagaimana kita kena mengerti juga bahasa Arab bahasa Al-Quran itu untuk mengetahui maksudnya.

Begitu juga apabila kita membaca buku Sains bagaimana kalau kita baca kita tidak tahu apa ertinya dalam bahasa kita, pemahamannya. Ini yang saya maksudkan. Jadi berbalik kepada tajuk, mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris…

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Yang itu. Setuju ke tidak kalau kita tukar balik ke dalam bahasa Melayu Sains dan Matematik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak perlu.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Okey, kita hendak dengar itu sahaja.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sebab saya hendak negara ulasan Tuan Pengerusi, saya pun dari Malay medium I’m from Malay medium. Saya daripada aliran Malaysia. Saya masuk universiti, saya ada handicap dalam bahasa Inggeris untuk belajar ekonomi, untuk belajar accounting, untuk belajar itu dan ini. Saya terpaksa untuk saya menguasai ilmu accounting, ilmu ekonomi saya terpaksa belajar dalam bahasa Inggeris, bukubuku dalam bahasa Inggeris.

Saya pejuang bangsa Melayu, saya mengambil bahagian dari Bulan Kebangsaan dan Minggu Kebangsaan. Saya johan syarahan dalam Minggu Kebangsaan. Saya memperjuangkan bahasa Melayu. Akan tetapi demi ilmu di universiti, saya belajar bahasa Inggeris. Apa salahnya…
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Boleh saya…
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Macam mana boleh dapat johan?
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Minta laluan.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jangan perlekeh kita.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jangan perlekeh.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya,sila sambung.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya hendak tanya Tuan Pengerusi apa masalah kalau belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya jawab.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Apakah bahasa Melayu ini tidak mampu untuk menjadi satu medium…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sekarang saya jawab.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Itu maksud saya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahma n [Pasir Salak]: Ya saya jawab.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Sebab di Jepun, orang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Jepun. Akan tetapi merekalah…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, saya sudah faham.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Ini soal bahasa ibunda, jadi tidak boleh sama belajar Bahasa Arab, Al-Quran itu kena belajar. Itu sudah wajib. Asal bahasa Quran itu Bahasa Arab. Akan tetapi sekarang ini soal ini kita bercakap soal bahasa ibunda. Apakah apabila kita tidak bagi ajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda, ini bermakna bahasa ibunda ini kurang ke, macam mana? Apa masalah ini?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Teman hendak jawab sekarang.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Silakan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Balik Pulau hendak minta penjelasan sedikit, boleh?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Ketawa] Boleh teman jawab.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Boleh sekali? Masuk sekali, jawab sekali. Boleh sekali? Ini pun jawab sekali.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Semua pun boleh sekalilah. [Ketawa]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis, Yang Berhormat. [Ketawa]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Ketawa] Habis…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini yang saya tidak… macam mana… Tuan Pengerusi, saya hendak menjawab soalan dia.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada, masa 10 minit Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Pengerusi, janganlah macam itu. Saya berasa saya tidak puas hatilah. Saya minta maaflah. Kalau macam ini saya ingin menyatakan, kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor menghina kerusi, menghina Speaker boleh lepas, macam mana ini?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Apa kena-mengena Yang Berhormat. Saya cuma bagi tahu Yang Berhormat masa Yang Berhormat sudah habis.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau habis saya tidak boleh bercakap. Saya fikir… Tuan Pengerusi, boleh saya bercakap lagi?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: 10 minit kita tunggu. Apa hujah dia?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah begitu Yang Berhormat.
Habiskan Yang Berhormat, habiskan. Habiskan ayat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Pengerusi, janganlah berat sebelah.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya tidak ada niat begitu Yang Berhormat. Tindakan saya pun ini adalah untuk memperlihatkan saya tidak berat sebelah Yang Berhormat. Semua orang kena subject kepada 10 minit. Kalau satu minit, dua minit lebih saya cuma bagi tahu Yang Berhormat bahawa masa mahu habis. Sila habiskan point yang terakhir. Itu adalah kebiasaan kita di Dewan Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, point terakhir. [Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Pokok Sena pun
hendak tumpang sekaki? Kita belajar bahasa Inggeris itu kerana kita hendak menguasai
ilmunya. Sekarang ini saya hendak tanya Yang Berhormat Parit Buntar, berapa banyak sudah
buku-buku yang ada dalam Bahasa Melayu yang sudah mencukupi bagi pelajar-pelajar sudah
cukup. Profesor-profesor boleh cakap, tulis buku pun tidak ada. Berapa orang daripada profesor
yang membuat kajian, kalau boleh tulis buku dalam Sains, mata pelajaran Sains, ilmu sains, ilmu
itu dan ilmu ini, buat kajian. Kita pun buat kajian juga bagaimana laporan dalam akhbar
menyatakan begitu ramai murid, begitu ramai ibu bapa yang merasakan…
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Minta laluan.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada masa Yang Berhormat, tidak ada
jalan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: …bahawa menguasai ilmu… ya
tidak apa-apa.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payahlah, tak payah komen tentang
permasalahan seseorang ya.
DR. 26.11.2008
137
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Mereka menguasai mereka suka,
mereka boleh menguasai ilmu itu kerana belajar di dalam bahasa Inggeris. Tidak ada masalah.
Jadi kata jangan kita melihat hanya laporan profesor. Profesor ada banyak jenis profesor. Begitu
juga Yang Berhormat, ada banyak jenis Yang Berhormat. Jangan jadi macam Yang Berhormat
Gombak ini. Biul sahaja, daripada dahulu biul sampai hari ini. Balik, balik…
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Pengerusi, inilah masalahnya kalau
Tuan Pengerusi…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa lagi boleh bercakaplah ini, tidak
ada minta laluan pun. Macam mana boleh bercakap? Duduk, ini floor saya, duduk. Duduk,
duduk Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Pengerusi, dia tidak ada point…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Gombak duduk.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: 36(6).
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada. Duduk.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Eh! Siapa kamu?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa 36(6) itu? Tolong duduk.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat, point of order.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Duduk, duduk, duduk.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Point of order.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Duduk, duduk.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada order apa dalam itu? Tidak ada apanya? Tidak usah carilah. Baru hendak cari.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Ini point of order Dewan Rakyat. Ini bukan Genting Highlands punya point of order.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, kita kena hormat peraturan mesyuarat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Gombak tolong duduk. Saya hendak gulung ini.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Pengerusi, 36(6).
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya hendak gulung.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli yang lain.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam mana saya sangka baik?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, mesyuarat ini berjalan mengikut peraturan Yang Berhormat. Apabila ada peraturan mesyuarat dikemukakan oleh mana-mana ahli, ahli yang bercakap itu kena duduk Yang Berhormat. Sama ada relevan atau tidak relevan, akan ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua, itulah peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya bangkitkan peraturan mesyuarat ini kerana dilihat Yang Berhormat Pasir Salak ini telah melampaui batas. Kalau satu dua kali langgar peraturan, kita faham. Akan tetapi setiap kali dia buka mulut, langsung tidak mematuhi peraturan dan adab tatasusila.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, secara spesifik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Secara spesifik, saya duduk secara elok tadi, dia kata saya biul. [Ketawa] Ini satu istilah dan sangkaan yang… ini bukan satu perkara permainan, saya serius.
Saya kenal siapa Yang Berhormat Pasir Salak. Akan tetapi jangan buat tuduhan seperti ini kepada saya. Kalau hendak bangun bahas baik. Saya bangun secara berfakta. Kalau tidak setuju bahas. Ikut peraturan yang sedia ada. Ini Dewan Rakyat bukan Genting Highlands.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa pula kena mengena dengan Genting Highlands itu? Kalau bercakap, cakap terus terang, jangan cakap sedikit-sedikit tergantung. Betul tidak?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Pengerusi, kalau dia kata dia kenal saya, saya pun kenal dia.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Point of order.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Ipoh Barat duduk.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sekejap Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Perkara 36(6) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak, saya tidak hendak address dahulu. Saya sependapat bahawa perkataan biul itu bererti dengan bodoh, gila dan perkataan ini tentulah perkataan unparliamentary. Saya minta sekali lagi Yang Berhormat untuk menarik balik perkataan biul yang diaddresskan kepada Yang Berhormat Gombak. Janganlah kita guna perkataan-perkataan dengan unparliamentary Yang Berhormat ya.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okeylah Yang Berhormat Gombak ini orang baik, orang pandai, orang yang bijaksana…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Bukan itu Yang Berhormat…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: … orang yang pemurah, orang yang cun, orang yang menarik. Lagi apa hendak? Saya tarik balik yang biul itu.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. Mana lagi Yang Berhormat?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: 36(6). Semasa Yang Berhormat Pasir Salak sedang bahas, dia telah menggunakan perkataan berat sebelah kepada Tuan Pengerusi. Saya rasa perkara ini serius.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat…
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini kerana semalam, sekejap Tuan Pengerusi. Minta maaf Tuan Pengerusi. Semalam Yang Berhormat Puchong telah dikenakan dua hari gantung kerana menggunakan perkataan yang sama. Kita tidak perlu ada double standard. Beliau macam mana boleh gunakan perkataan tersebut kepada Tuan Pengerusi? Saya rasa ini sangat serius, kita tidak boleh membenarkan seseorang Ahli Parlimen menggunakan bias dan berat sebelah. Ini saya rasa perlu ambil tindakan susulan oleh Tuan Pengerusi terhadap Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, perkara itu telah pun saya selesaikan tadi Yang Berhormat dan penjelasan telah pun dibuat dan saya rasakan tidak sampai ke tahap sama seperti apa yang berlaku sebelum ini.

Tinggalkan komen