MP PAS Kuala Selangor: Kerajaan Gagal Lagi Menggamit Pelaburan Asing

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya kira semua kita bertanggungjawab sama ada kerajaan mahupun di sebelah sini Pakatan Rakyat. Saya rasa tidak ada yang cuba untuk subvert ataupun sabotaj ekonomi negara. Ini kepentingan bersama yang kita perjuangkan. Di sana tidak ada pertikaian seharusnya. Sana kerajaan, this is royal opposition, begitu sepatutnya sikap. Bercakap tentang pelaburan dan apa yang menjejaskan pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sedia maklum. Dalam persoalan kegagalan kita menggamit pelaburan asing langsung ia bukan hanya satu faktor. Kalau satu jari kita menuduh orang lain, mungkin empat atau tiga balik kepada kita Yang Berhormat Menteri. Kita kena sedar juga.

Di samping political uncertainties ini dengan izin ataupun ketidaktentuan kedudukan politic, kita sudah pun mengalami dan diakui sendiri oleh research houses seperti CIMB, ASEAN Bankers. Pada tahun ini juga kita mendapati walaupun Yang Berhormat Menteri menafikan perkara ini, actual outflow yang lebih daripada inflow.

Pada 15 Ogos hingga 29 Ogos yang lalu kita dapati RM3 bilion outflow and there is a resultant outflow
of RM8.99 billion.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, isu ini telah pun dibahaskan Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi kalau Yang Berhormat Menteri cuba untuk menolak begitu sahaja dengan tidak mengakui bahawa di sana ada faktor-faktor lain, kalau boleh saya sebutkan isu dari segi Malaysian ranking in doing business.

Kita belum selesa untuk mengatakan bahawa kita di kedudukan yang baik. Saya sebutkan apabila saya membahaskan perkara ini, mission the ten kalau kita lihat daripada dalam konteks South Asia sendiri pun, kita tidak menduduki tempat yang selesa. Jadi oleh kerana itu, satu contoh yang nak saya sebutkan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat dalam minta penjelasan.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sikit lagi. Faktor kalau kita lihat persoalan orang yang nak masuk dan satu perkara di sudut undang-undang yang saya katakan multi factorial tadi bukan hanya dari sudut political uncertainties, tetapi dari sudut undang-undang pun, kepercayaan kepada undang-undang.

Most yang saya tahu, yang mahu membuat pelaburan di sini, apabila mereka mahu memateraikan di mana undang-undang yang mereka mahu merujuk kepada arbitration seandainya berlaku pertikaian, mereka tidak mengambil undang-undang di Malaysia ini.

Ramai yang mahu merujuk arbitration di Middle East di Dubai contohnya, di Singapura contohnya atau pun di negara-negara lain, kenapa? Kerana ada persepsi kepada ketidakyakinan kepada undang-undang dan ini merupakan juga satu perkara yang perlu dilihat oleh negara ini.

Jadi ia tidak semudah untuk mengatakan bahawa dituduh pembangkang cuba untuk menjejaskan kemasukan FDI. Saya rasa itu tidak bertanggungjawab sama sekali kerana perlu dilihat faktor-faktor yang lain dan perkara ini tidak boleh diambil mudah mengikut kata Yang Berhormat Pasir Salak sebegitu saja untuk disokong oleh menteri. Terima kasih

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Boleh jawab sekali?
Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Melanjutkan apa yang disebut Yang Berhormat Pasir Salak tadi dan diakui sendiri oleh menteri yang menjawab. Kalau mendakwa bahawa pembangkang memberikan sumbangan kepada apa yang dikatakan political uncertainties ini, isu pengambilalihan kuasa ini dianggap satu faktor yang menteri mengakui tadi.

Apa kata kalau saya pula mendakwa, saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri bahawa ia juga disumbangkan oleh masalah dalaman UMNO itu sendiri. Bila menteri sendiri turn the table yang mahu peralihan kuasa itu disingkatkan juga memberikan sumbangan pada hari yang menteri membuat penyataan itu berapa angka BSKL kita jatuh?

Menyebabkan berlaku juga political uncertainties. Jadi bagi saya pelabur di luar sana lebih melihat government of the day dengan izin, faktor dalaman itu sebagai juga faktor yang menyebabkan berlakunya kemungkinan apa yang dikatakan political uncertainties bagi menjawab apa dilontarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi bahawa bertepuk itu tidak sebelah tangan.

Apa pandangan Yang Berhormat menteri bakal Timbalan Presiden UMNO.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, menyambung daripada Yang Berhormat Pasir Salak sebentar tadi. Kita diperingatkan asalnya AP ini adalah satu daripada kaedah redistributive justice khususnya affirmative action dalam DEB dalam kaum Melayu, itu asalnya. Akan tetapi hari ini jelas bahawa ia telah diabuse, salah guna. Saya diberi faham bahawa ada yang mendapat sehingga separuh daripada AP dikeluarkan setiap tahun.

Jadi tentunya dalam hal ini Yang Berhormat Menteri dan kami cukup menyokong pandangan Yang Berhormat Menteri supaya perkara ini di review dan dinilai semula dan perlu diambil tindakan segera untuk meletakkan kembali keadilan pengagihan itu. Ini supaya yang miskin ataupun yang kurang tidak dimangsakan dan yang kaya terus diperkayakan.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang benarlah saya dah jelaskan tadi kita dah buat audit dan kita mendapatkan satu gambaran yang jelas kedudukan setiap syarikat yang dapat AP kemampuan mereka, modal mereka, tenaga dia, bilik pameran dan sebagainya semua sudah pun hampir siap.

Akan tetapi saya mengambil kira apa Yang Berhormat Pasir Salak sebutkan tadi memang kalau kita hendak ambil langkah mungkin drastik tetapi saya faham itu tidak mungkin kita lakukan.

Kita ambil kiralah ini ihsan pertimbangan, kalau pun dia telah membuat satu perkara dianggap tak berapa betul, penyelewengan, kita boleh perbetulkan balik tetapi mesti berdasarkan kepada keupayaan dia sendiri.

Apa guna kita bagi dia AP banyak tetapi yang meraih keuntungan besar bukan dia pihak orang tengah. Ini istilah jual AP sudah jadi popular di kalangan pemilikpemilik AP dan orang yang baru terlibat dalam bidang perniagaan kenderaan ini. Yang Berhormat daripada Pasir Salak pun saya tahu dia pun berniaga kereta juga. Saya pun Tuan Yang di-Pertua pernah berniaga kereta juga. Saya pun berniaga kereta juga, saya faham.

Rujuk: Pencelahan penggulungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, 30 Oktober 2008, ms 135-136, 155-156

Tinggalkan komen