MP PAS Titiwangsa: Menteri sambut baik cadangan mempromosikan lagu-lagu tadisional

Dr. Lo’ Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya tentang muzik tradisional ini.

Adakah pihak Yang Berhormat menyedari bahawa di dalam kapal terbang misalnya dalam kapal terbang MAS, dalam kapal terbang AirAsia dan juga dalam ERL yang kita naiki untuk KLIA. Lagu-lagu yang dimainkan bukanlah lagu-lagu muzik tradisional tetapi lagu-lagu dikatakan simfoni barat dan sebagainya.

Jadi, tidaklah ada satu tindakan daripada kementerian dalam mempromosikan lagu-lagu tradisional melalui pengangkutan-pengangkutan yang begitu penting dan popular di negara kita?

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih atas pandangan dan saranan Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Sebenarnya, pihak kementerian berhubung dengan agensi-agensi seperti penerbangan di peringkat awal dan di peringkat Kabinet pun kita banyak bincangkan bukan hanya dari segi makanan tradisional perlu dihidangkan bahkan juga lukisan atau pun gambaran yang ada di dalam kapal terbang itu harus menggambarkan identiti keunikan seperti label MAS itu sendiri.

Begitu juga dengan muzik yang ada. Sebenarnya saya tidak tahu mungkin masa Yang Berhormat terbang itu muzik tradisional tidak kedengaran. Saya apabila balik ke Sabah kadang-kadang muzik yang saya dengar, malahan apabila ke London Music yang saya ingat, Sekapur Sirih..,. lagu itu teringat
masa saya kahwin di Sungai Petani.

Jadi, itu satu muzik yang agak tradisional yang mengenangkan beberapa peristiwa. Sebenarnya ada, walaupun demikian cadangan Yang Berhormat saya alu-alukan dan saya akan usahakan untuk meningkatkan lagi, mungkin di ERL.

Mungkin itu pun satu daripada mungkin cadangan yang perlu kita guna pakai. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Lo’ Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya kira satu usaha yang lebih bersungguh-sungguh perlu dilakukan oleh kementerian dalam mempromosikan makanan tradisional di lapangan-lapangan terbang.

Kalau kita pergi ke lapangan-lapangan terbang lain misalnya di Thailand dan juga Indonesia, makanan-makanan tradisional ini diletakkan di hadapan dan amat mudah kita membeli misalnya kek lapis dan juga kek Betawi Indonesia itu kita boleh dapati dengan mudah kalau kita pergi ke conference sehari dua dan tidak ada masa untuk pergi ke bandar-bandar atau pusat-pusat pelancongan lain untuk membeli ebagai buah tangan.

Akan tetapi di Malaysia ini, seperti di KLIA yang kita nampak di kedai-kedai yang menjual makanan atau pun barang runcit adalah coklat-coklat terutama coklat yang diimport. Jadi, saya kira walaupun mungkin ada di rak-rak sebelah belakang itu, saya kira kementerian perlu menggalakkan supaya makanan-makanan tradisional seperti baulu, mungkin kuih goyang dan sebagainya hadapan supaya menarik minat untuk pelancong-pelancong membawa balik.

Malah, mungkin juga kita boleh menyediakan gerai-gerai kecil untuk memberi peluang kepada

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Gerai-gerai kecil untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk mempromosikan makanan tradisional. Terima kasih.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat

Rujuk: Pencelahan Penggulungan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, 30 Oktober 2008, ms 196-198

Tinggalkan komen