MP PAS Kubang Kerian: Sesi Soalan Jawab lisan 10 Nov. 2008

10 November 2008, sesi soalan jawab lisan:

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Yang Berhormat memberitahu tadi bahawa sekitar 26% sahaja syarikat-syarikat pengeksport ini di kalangan bumiputera.

Adakah di dalam 26% itu mereka benar-benar dimiliki sepenuhnya oleh golongan bumiputera ini ataupun adakah dalam maklumat kementerian Yang Berhormat bahawa syarikat ini dialibabakan? Ini soalan tambahan saya.

Dato’ Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang kita mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk kita classify syarikat tersebut tetapi yang penting sekali ialah kriteria yang 51% hak milik bumiputera itu.

Jadi kita pun tahu bahawa dalam usaha kita menjalankan mempromosikan syarikat bumiputera ini menjalankan kegiatan mereka, kita rasa memang semua kriteria atau kelayakan itu memang kita tetap ambil apabila kita memberi bantuan ataupun bimbingan kepada mereka. Sekian, terima kasih.

Soalan asal:
Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan peratusan syarikat pengeksport Bumiputera, bidang-bidang perniagaan utama yang terlibat dan apakah langkah-langkah berkesan bagi jangka masa pendek dan panjang untuk menambah secara berlipat ganda jumlah pengeksport Bumiputera.

Rujuk: 10 November 2008

Tinggalkan komen