MP PAS Kuala Selangor: sesi soalan jawab lisan, 19 Nov. 2008

19 November 2008:

Soalan No. 10 – Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa memandangkan terdapat telahan penganalisis ekonomi serta terdapat indikator harga minyak mentah akan turun sebanyak 16% atau USD124 setong yang berakhir pada 25hb Julai lalu, pada harga berapakah Kerajaan bersedia untuk menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel di negara kita.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Walaupun soalan ini sebenarnya telah mungkin overtaken by event, tetapi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Kalaulah dapat saya tambah sedikit soalan itu kepada…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa kita tidak ada, Yang Berhormat. Kalau you panjang tambah, Yang Berhormat Menteri tidak ada masa menjawab.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Minta Yang Berhormat Menteri menerangkan setelah empat kali diturunkan harga petrol di pam kepada RM2 satu liter, berapa banyakkah sebenarnya subsidi yang diberikan oleh kerajaan? Terima kasih.

Timbalan Menteri Kewangan ll [Dato’ Kong Cho Ha]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menggunakan kaedah automatic price mechanism, dengan izin untuk menentukan harga runcit bagi petrol dan diesel. Harga minyak mentah dan harga produk minyak dipantau secara harian dan purata harga akan digunakan untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel di station.

Pada awal tahun 2008, harga minyak dunia telah meningkat di mana pada pertengahan tahun 2008, harga minyak dunia mencecah paras USD140 setong. Berdasarkan trend harga yang meningkat secara mendadak ini, kerajaan telah menaikkan harga runcit petrol dan diesel pada 5hb. Jun 2008.

Walau bagaimanapun, dalam bulan Ogos 2008, harga minyak dunia telah berubah dan menunjukkan penurunan. Trend penurunan ini berterusan. Selaras dengan perubahan ini, kerajaan pada masa yang sama telah mengkaji semula dan menurunkan harga runcit petrol dan diesel masing-masing.

Sehingga kini kerajaan telah lima kali menurunkan harga runcit bagi petrol dan diesel. Kali pertama penurunan pada 23 Ogos di mana RON97 diturunkan 15 sen seliter. Kali kedua pada 25 September di mana penurunannya adalah 10 sen per liter, kali ketiga pada 15 Oktober penurunan 15 sen seliter dan kali keempat pada 1 November penurunan 15 sen seliter dan kali yang kelima adalah pada 18 November dengan penurunan 15 sen seliter. Ini bermakna dalam tempoh dua bulan yang lepas ini kerajaan telah empat kali menurunkan harga petrol dan diesel.

Dari penurunan harga runcit ini dari harga semasa petrol RON97 adalah RM2.00 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing diparas RM1.90 seliter. Sekian, terima kasih.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, masalahnya adalah berapa subsidinya kerana mengikut perhitungan kita tidak ada subsidi yang diberikan oleh kerajaan seperti mana yang kita tahu kalau kita bandingkan aritmetik yang diutarakan oleh economist.

Jawab. Jangan jawab skittered dan skema punya jawapan itu. Kita hendak tahu berapa subsidi kerajaan bagi kepada rakyat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jawab mana yang patut sahajalah.
Dato’ Kong Cho Ha: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kerajaan masih memberi subsidi khasnya kepada fleet card dan subsidi nelayan khasnya kepada subsidi diesel dan pada masa sekarang apa yang dikatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa subsidi untuk harga petrol itu pada penstrukturan yang terakhir ini telah pun tidak ada.

Satu Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: sesi soalan jawab lisan, 19 Nov. 2008 Posted on November 20, 2008 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

Tinggalkan komen