MP PAS Titiwangsa: Sesi soalan jawab lisan, 19 Nov. 2008

19 November 2008, Soalan tambahan:

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat usaha-usaha kerajaan untuk memajukan kraf negara ini. Walaupun tadi disebut senaraisenarai pameran yang disertai dan hasil-hasil pendapatan yang kita dapat daripada pameranpameran tersebut dan dikatakan mungkin ada perjanjian dengan Harrods dan sebagainya untuk mendapatkan peluang kraf tangan negara di pamerkan ataupun dijual di sana.

Saya kira usahausaha kerajaan ataupun kementerian masih lagi agak tertinggal dan terkebelakang berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan juga Filipina. Malah kalau tadi
disebut di luar negara, kalau kita tinjau…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalannya, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ini soalannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah sebut, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Kalau kita tinjau di dalam negara kita sendiri, misalnya dikatakan di bazar-bazar MARA yang banyaknya adalah kraf tangan daripada luar negara. Jadi, saya mahu bertanya di sini untuk mendapatkan penjelasan seperti Yang Berhormat Kinabatangan tadi, apakah langkah drastik kerajaan untuk memastikan kraf tangan negara ini bukan sahaja dapat dieksport ke luar negara tetapi juga diberi fokus dan juga perhatian yang besar dalam negara kita sendiri dan menjadi kebanggaan negara kita. Terima kasih.

Tuan Teng Boon Soon: Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa. Memang selain daripada usaha promosi dan mempromosikan produk di peringkat antarabangsa, promosi untuk pasaran domestik juga diberi perhatian. Cadangan Yang Berhormat Titiwangsa untuk memperbanyak dan menonjolkan lagi kraf tangan negara di pasaran tempatan itu memang diterima dengan baik.

Saya hendak menunjukkan pencapaian kraf tangan di bawah SDSI iaitu Satu Daerah Satu Industri. Pada tahun 2003 kita mula mengadakan SDSI di bawah produk tekstil, hasil rimba, logam dan seramik.

Pada tahun itu kita hanya mendapat pendapatan jumlah RM278,000. Kita hanya menghasilkan 20 orang pengusaha kraf tetapi setelah usaha kementerian sehingga tahun 2008, pendapatan daripada kraf negara itu sudah meningkat menjadi RM15.7 juta.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua saya mahu langkah drastik untuk mengatasi masalah kraf tangan negara yang tertinggal dalam negara sendiri bukannya pendapatan yang ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat saya tidak minatlah dengar intervention masa Menteri menjawab Yang Berhormat.

Tuan Teng Boon Soon: Itulah Yang Berhormat itulah hasil daripada usaha kementerian hasil, daripada tindakan-tindakan drastik. Kalau tidak macam mana hendak mencapai peningkatan keuntungan. Daripada RM278,000 hingga ke RM15.7 juta hasil daripada tindakan drastik. Kita menghasilkan 20 orang pengusaha sahaja pada tahun 2003, tetapi hingga 2008 kita sudah meningkatkan bilangan pengusaha itu menjadi 442 orang pengusaha. Adakah itu hasil…

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Jawab pun cara drastiklah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon: Itu adalah hasil ketara daripada tindakan-tindakan drastik yang diambil oleh kementerian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik terima kasih. Baik Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat Menteri boleh menjawab dengan macam ini, jawapan itu lebih elok daripada baca skrip itu Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dia marah, jawab bagus.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia marah jawab bagus saya setuju, tetapi jangan marah Yang Berhormat ya tidak boleh marah dalam Dewan.
Seorang Ahli: Marah kena jual.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Titiwangsa sudah kasi…

Soalan asal 3 – Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan bantuan yang boleh diberikan kepada persatuan untuk mendorong aktiviti kraf tangan yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah seperti Persatuan Pekebun Kecil Wanita Gadong di Rembau yang berkecimpung di dalam industri kraf tangan berasaskan rotan.

Tinggalkan komen