MP PAS Shah Alam: bahas usul potong Gaji Menteri Pelajaran

26 November 2008:

Ahli Parlimen Shah Alam membahaskan usul di bawah peraturan 66 (9) daripada DAP Serdang mencadangkan memotong gaji Menteri Pelajaran, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: 36(12) ucapan Yang Berhormat Bintulu yang mengatakan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat hendak mengharamkan penjualan arak di seluruh negeri Selangor adalah satu kenyataan yang tidak benar.

Apa yang telah berlaku ialah satu cadangan yang dikemukakan di pihak PBT di Shah Alam dan setelah di bincang ianya dipersetujui untuk disekat penjualan arak melalui kedai-kedai seperti 7-eleven, stesen-stesen minyak yang beroperasi di dalam kawasan PBT itu…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: …demi menyekat dan mengurangkan masalah sosial yang dihadapi oleh kalangan remaja yang dengan mudah boleh pergi ke 7-eleven yang beroperasi 24 jam untuk membeli minuman beer, arak, jadi mat rempit dalam keadaan mabuk.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat…
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jadi ahli PBT meluluskannya di Shah Alam bukan satu dasar ataupun polisi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat untuk seluruh negeri Selangor.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Bintulu berniat jahat dan bertujuan untuk mengelirukan Dewan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya mendengar tapi saya tidak mengetahui secara detail mengenai perkara ini sehinggalah Yang Berhormat Shah Alam memberitahu tentang perkara yang sebenar. Saya rasakan bahawa Yang Berhormat Bintulu juga mungkin mendapat information yang sedemikian.

Jadi Yang Berhormat, perkara 36(12) ini adalah perkara yang serius dan saya rasakan saya berpuas hati bahawa Yang Berhormat Bintulu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan dan tidaklah sampai ke tahap untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana kenyataan sedemikian Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Pengerusi, saya rasa Tuan Pengerusi kena nasihat dia paling kurang kalau dia tak tahu tentang satu perkara jangan pandaipandai hendak cakap. Sekiranya perkara ini dia tidak perbetulkan maka saya mengesyorkan bahawa dia terus dirujuk mengikut seperti mana yang 36(12) itu kerana ianya merupakan satu tindakan yang sengaja dilakukan.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baik. Isu itu telah berakhir

Tinggalkan komen