MP PAS Pokok Sena: Bahas peruntukan Kementerian Pelajaran, 27 Nov. 2008

27 November 2008:

Ahli Parlimen Pokok Sena membahaskan peruntukan Kementerian Pelajaran (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 27 November 2008.

Sesi penggulungan:

Teks penuh akan menyusul …

MP PAS Titiwangsa: Sesi soalan jawab lisan, 27 Nov. 2008

Soalan tambahan kepada soalan No. 8 – Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) statistik perbandingan kes-kes bayi yang kekurangan gizi di bandar dan luar bandar; dan
(b) perancangan dan tindakan Kerajaan untuk menangani masalah ini.

MP PAS Bachok: Sesi soalan jawab lisan, 27 Nov 2008

27 November 2008:

Soalan tambahan kepada soalan No. 5 – Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kedudukan dan perancangan Malaysia dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau memandangkan beberapa perkembangan di negara-negara jiran yang mungkin akan menjejaskan hasrat mencapai matlamat-matlamat Wawasan ASEAN 2020.

MP PAS Sik: Bahas peruntukan Kementerian Pelajaran

26 November 2008:

Ahli Parlimen Sik membahaskan peruntukan Kementeri Pelajaran (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terlebih dahulu terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan atau menyertai perbincangan ini.

Pertama sekali saya hendak ambil tajuk B.41 010300. Saya hendak ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana mungkin saya ini pembangkang, kawasan saya cukup jagalah. Tak ada sekolah yang tak elok, semua sekolah elok-elok. Terima kasih. Puji kena puji juga Tuan Pengerusi.

Yang keduanya, saya hendak pergi kepada tajuk B.41 010700 – Pengurusan Sumber Manusia berserta 030600 – Pengurusan Pentadbiran Negeri. Dalam hal ini, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai di kementerian kalau boleh duduk tenang-tenang dan kajilah kedudukan perjawatan sama ada di kementerian, di Jabatan Pelajaran Negeri ataupun di PPD serta sekolah. Ini kerana saya merasakan ada yang tak kena bila mana pada masa saya bertugas dahulu pengarah DG51 tetapi terdapat guru-guru di bilik darjah yang mendapat JUSA.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Bahas usul potong gaji Menteri Pelajaran

26 November 2008:

Ahli Parlimen Kubang Kerian membahaskan usul di bawah peraturan 66 (9) daripada DAP Serdang mencadangkan memotong gaji Menteri Pelajaran, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan juga saya untuk membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Serdang. Tuan Pengerusi, yang luhur itu budi, yang indah itu bahasa. Bahasa jiwa bangsa.

Saya mengambil bahagian ini untuk sekali lagi menegaskan dan mengharapkan supaya Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil suatu pandangan yang serius terhadap hujah-hujah yang kami kemukakan. Saya juga merasakan dan mendengar sebentar tadi bahawa hujah-hujah kami yang berada di sebelah sini telah merentasi dengan izin transcend untuk kebaikan dan kepentingan negara dan juga seluruh rakyat dalam negara ini.

Saya mengambil sudut bahawa daripada bahasa itu sendiri yang mesti diperkukuhkan dan negara kita yang bernama Malaysia ini sejak kita merdeka 50 tahun ditakdirkan hadirnya masyarakat majmuk dan perlembagaan negara itu sendiri mengizinkan supaya bahasa-bahasa yang lain itu berkembang, progresif dan diperkasakan dan peruntukkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan itu bahasa Melayu itu telah jelas dalam Perkara 152.
Teruskan membaca

Debat MP BN dan Pakatan Rakyat bahas usul potong Gaji Menteri Pelajaran

26 November 2008:

Ahli Parlimen Pasir Salak debat dengan Shah Alam, Gombak dan Parit Buntar membahaskan usul di bawah peraturan 66 (9) daripada DAP Serdang mencadangkan memotong gaji Menteri Pelajaran, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita mendengar Gombak menyokong kononnya perjuangan sekolah Cina tetapi sebenarnya ini adalah lakonan, lakonan Hindustan. Dalam hati dia lain, mulut untuk dapat sokongan politik tetapi tidak – kalau dapat pun tidak dapat bentuk kerajaan, tidak cukup. Baik duduk situlah melalak jadi jaguh pembelot bangsa. Ini yang akan berlaku. Tengoklah satu masa, kalau panjang umur kita tengok siapa yang membelot jadi pembelot.

Tuan Pengerusi tadi ada dari Parit Buntar menyebutkan tadi ayat-ayat Al-Quran. Saya hendak bertanya kepada beliau dia belajar Al-Quran ini dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Boleh saya jawab?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya boleh jawab.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya berkelulusan Al-Azhar dalam bahasa Arab dan sastera.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagus. Tidak saya tanya masa belajar Al-Quran itu belajar dalam bahasa apa?
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Bahasa Arablah Universiti Al-Azhar dia ajar bahasa Arab.
Teruskan membaca

MP PKR Gombak: bahas usul potong gaji Menteri Pelajaran

26 November 2008:

Ahli Parlimen Gombak membahaskan usul di bawah peraturan 66 (9) daripada DAP Serdang mencadangkan memotong gaji Menteri Pelajaran, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil bahagian untuk menyokong usul yang dibawa oleh sahabat saya daripada Serdang dan telah pun disokong oleh beberapa teman sebentar tadi termasuk Yang Berhormat Ipoh Barat.

Persoalan yang dibangkitkan bukan soal RM10 yang hendak kita potong. Apa makna RM10 kepada Menteri Pelajaran? Terlalu kecil bagi beliau, tetapi yang kita hendak tekankan ini mesej yang hendak kita sampaikan. Kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran haruslah bertanggungjawab bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga kepada semua kaum dalam negara kita.

Akan tetapi kalau kita teliti usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Serdang sebentar tadi, jelas Yang Berhormat Menteri Pelajaran telah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya untuk memastikan apa yang telah dijanjikan selama hari ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan bertanggungjawab serta beramanah.
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: bahas usul potong Gaji Menteri Pelajaran

26 November 2008:

Ahli Parlimen Shah Alam membahaskan usul di bawah peraturan 66 (9) daripada DAP Serdang mencadangkan memotong gaji Menteri Pelajaran, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: 36(12) ucapan Yang Berhormat Bintulu yang mengatakan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat hendak mengharamkan penjualan arak di seluruh negeri Selangor adalah satu kenyataan yang tidak benar.

Apa yang telah berlaku ialah satu cadangan yang dikemukakan di pihak PBT di Shah Alam dan setelah di bincang ianya dipersetujui untuk disekat penjualan arak melalui kedai-kedai seperti 7-eleven, stesen-stesen minyak yang beroperasi di dalam kawasan PBT itu…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: …demi menyekat dan mengurangkan masalah sosial yang dihadapi oleh kalangan remaja yang dengan mudah boleh pergi ke 7-eleven yang beroperasi 24 jam untuk membeli minuman beer, arak, jadi mat rempit dalam keadaan mabuk.
Teruskan membaca

MP PAS Parit Buntar: Bahas usul Potong Gaji Menteri Pelajaran

26 Nov 2008:

Ahli Parlimen Parit Buntar membahaskan usul di bawah peraturan 66 (9) daripada DAP Serdang mencadangkan memotong gaji Menteri Pelajaran, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berdiri bagi menyatakan sokongan saya kepada usul yang telah dibawa. [Dewan riuh] Yang ini masalah wakil rakyat Barisan Nasional ini, dia tidak dengar lagi, dia sudah buat satu rumusan.

Nanti, apabila saya hendak bagi alasan saya, saya ada alasan lagi ini. Bukan pasal isu ini sahaja, saya ada lagi besar alasan yang merentasi permasalahan yang disebutkan tadi. Dia bukan soal kepentingan politik pun. Saya insya-Allah akan bercakap dalam kerangka negara kita, kepentingan semua kaum dalam negara ini.

So, dengar dahulu kemudian komentar, terima kasih. Sebelum itu, saya hendak bagi sedikit introduction. RM10 ini memang tidak ada makna apa-apa pun tetapi sebagai mana yang disebut, dia ini serve as a lesson. Satu peringatan.

Gaji berpuluh ribu tolak RM10 ada apa? Macam saya di sekolah dulu dalam kelas bahasa Inggeris kalau siapa cakap Melayu, potong 5 sen, lima duit. Apa ada lima duit? Tak ada apa, tapi dia bagi saya kesedaran. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dan timbalannya pun ada sini. Ambil dalam spirit itulah. Jangan kira sangat dalam anggaran RM10 itu.
Teruskan membaca

MP PAS Tiwangsa: Debat dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

26 November 2008:

Ahli Parlimen Titiwangsa mencelah penggulungan timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, pada 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak dapat hadir dalam waktu perbahasan tadi oleh sebab dua orang menteri turun kawasan saya iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat, kita pun tidak boleh tunggu Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad binti Ghazali [Titiwangsa]: Ya, saya pun tahu memang tidak boleh tunggu saya. Walau bagaimanapun saya terima kasih kerana mendapat peluang ini. Berkenaan dengan perpindahan ke PPR ini saya ingin bertanya bagaimana dengan merekamereka penghuni yang menjadi pemilik kepada rumah-rumah yang sebelum mereka miliki kemudian dipindahkan ke PPR dan dijanjikan akan menjadi pemilik pada PPR itu.
Teruskan membaca